~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Thursday, August 30, 2012

..:: Teman Pengganti ::..

~inilah kisah selepas cukup setahun pemergian teman hidupku...zahir dan batin...yang mencuri hati aku...yang meyakinkan tentang kekuatan jodoh dan ajal pertemuan~

assalamualaikum ...
selamat petang Khamis...
aku memang bercadang nak menulis di hari Jumaat seperti kebiasaan jadual menulis blog dalam kehidupan blog aku...tapi memandangkan Jumaat jatuh esok (hari cuti sempena Merdeka) so aku rasa aku akan gagal menulis nanti...oleh sebab itu biarlah aku menulis arini...
~okay okay...aku sedar ni intro yang bosan dan agak panjang~

aku memanjatkan kesyukuran atas ketabahan yang Allah berikan untuk kehidupan aku selama setahun ini...selagi mampu aku cuba untuk bertahan tanpa menimbulkan kebimbangan dalam diri sesiapa pun juga di sekeliling aku terutamanya emak dan abah...ya itu yang aku harapkan...itu yang sepatutnya...dan alhamdulillah itulah hakikatnya...
selepas dia yang aku sayang itu pergi, memang aku terlalu rindu pada kehidupan yang hanya aku dan dia yang tahu...ya sudah pastilah Allah juga maha mengetahui dan memahami apa yang ditulis olehNya...kalau tidak masakan wujud entry-entry tenang yang boleh membuatkan airmata mengalir macam Terima Kasih Suamiku dan Airmata Yang Degil dan post yang memang aku lahirkan atas rasa kerinduan yang teramat sangat...betul betul menekan sampai ke ulu hati pedihnya mestilah Post Untuk Amir Danial Mummy yang memang sangat sangat aku harap Danial akan membacanya satu hari nanti...kerana cinta dan sayang untuk dia yang tercinta jugalah aku realize that Danial memang pengubat lara aku yang kerinduan...kesesakan...kepayahan dalam melalui kehidupan baru yang sukar sebananya...mujurlah Allah berikan aku Amir Danial yang kadang kadang aku rasa sangat memahami perasaan hati aku yang tak terzahir untuk dia yang aku sayang...sebab tu lah aku rasa Danial dan dia Both Are My Babies... ye itulah hakikatnya...
~terlalu banyak nak aku kongsi walaupun aku rasa entry pos ni kadang kadang tak kena langsung dengan isinya...hahaha...well korang yang setia dengan blog aku mesti faham kan~

tapi...syukur alhamdulillah aku berjaya melalui hari hari penting yang pernah aku lalui bersama dia yang boleh menyebabkan aku kadang kadang terkejut...dan teringat kat dia sangat sangat sangat...macam Ulangtahun Perkahwinan Kitorang and hari hari dalam bulan Ramadhan...ironinya Ramadhan yang lepas adalah saat saat akhir yang kami habiskan bersama sebelum dia tinggalkan aku Syawal lepas...macam mana aku tertunggu tunggu dia balik ke rumah Syawal lepas, macam tu jugalah perasaan aku Ramadhan tahun ni bila Aku Tertunggu Tunggu Kepulangan Dia...
~korang tau tak sebenarnya aku dah tak mampu sangat nak menulis ni...tapi tak apa aku nak share juga perasaan aku~

dan sehinggalah selepas melaluinya setahun ini...cerita cerita simpati masih banyak terutamanya di kalangan kawan sekolah dan kawan kerja...cuma di kalangan ahli keluarga tu dah berubah sikitlah...biasalah orang tua kan...hhhmmm...korang mungkin masih ingat tentang cerita My Encik Sayang...aku rasa aku tak boleh melaluinya sebab susah bagi aku nak mulakan...walaupun hakikatnya aku dah cuba mulakan hari tu...sebab tu la aku slow down blogging sebab aku cuba kuatkan semangat selepas menolak encik sayang yang tidak bersalah dalam hal idup aku ni...terlalu banyak yang crossing my mind terutamanya bila mengenangkan Hari Dia Tinggalkan Aku...aku harap aku betul betul redha...
~ya aku memang pasrah dan redha~

selepas setahun dia pergi juga aku mula sedar aku perlu bangun...memulakan hidup baru dalam apa juga keadaan dan suasananya...bila aku sendiri aku sedar sepanjang bersama dia...sebenarnya selalu dia memberitahu bahawa dia tidak bimbang kalau terpaksa meninggalkan aku sendiri...tapi, itu bukan jaminan senangnya aku berubah mencari Teman Pengganti
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi

Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi

Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

~it's me~

Thursday, August 16, 2012

..:: Warkah Untuk Dia Suamiku Yang Tercinta ::..

~kerana cinta ini telah Tuhan takdirkan wujud antara aku dan dia...dia yang telah tiada~

assalamualaikum abang...
cayang harap abang sihat bersama Dia yang kita cintai dan kasihi...
rindunya cayang kat abang hanya Allah yang tahu...abang rindu cayang tak?

abang...
sebelum puasa aritu semua persiapan yang perlu cayang dah siapkan ikut yang mana cayang termampu...macam biasa...sama macam empat tahun lepas...cayang ingat abang balik Ramadhan ni tapi sama juga macam sebelum sebelum ni cayang tunggu dan tunggu tapi abang tak balik...tapi tak apa sebab cayang tahu abang dengan Dia...lagipun cayang tahu abang jauh...sebab tu cayang tulis surat ni untuk abang...kalau ada kelapangan nanti sebelum raya abang balik la sekejap jenguk cayang ye...sekejap pun jadilah bang...insyaAllah raya nanti cayang melawat abang...abang tunggu tau...

abang...
tahun ni cayang raya kat umah mak+abah sama macam tahun lepas tau...cayang tak beli apa apa pun sebab cayang tau abang tak ada raya ni...kan selalu abang yang rajin pilih pilih keperluan raya...tahun ni pun tak tau nak masak apa...cayang suruh je dorang pilih apa nak masak raya ni...ooo lupa plak...langsir kita cayang pasang kat umah mak je sebab kita tak raya kat umah kita kan...huhuhu...

abang...
tahun ni insyaAllah semua raya kat banting kecuali abang je tak ada...Danial pun raya kat sini juga...nasib baik ada Danial...kalau abang balik Ramadhan ni dapatlah abang tengok dia...dia dah besar tak macam Danial yang kita jaga masa dia baby baby dulu...bawa dia pergi nursery pagi pagi...amik dia balik umah petang petang sampai mama dia balik keje...Danial dah besar...baju melayu untuk raya pun sampai empat pasang...entah berapa lama dia puasa pun cayang tak pasti...konpois kata Acik....

lupa plak nak bagitau abang...mak dah sihat...dia dah tak guna wheelchair lagi alhamdulillah...abah okay okay je macam basa...Isnin aritu besday abah kitorang p makan kat Secret Recipe...angah+khafi macam biasa je...Acik pun okay2 je...nanti dia nak kenalkan 'kawan' dia kat kitorang...kalau abang ada dapatlah abang berkenalan skali...abang kan geng dengan Acik...tu lah cayang cakap kalau abang sempat singgah umah mak Jumaat ni sebab kawan dia tu datang Jumaat ni...kalau abang datang cakap kat cayang tau...rindu abang...Naim sambung degree September ni...Anas skang tengah buat Diploma kat MSU...dia amik Kulinari macam dia cakap kat kita dulu...dia dah besar tak payah kita hantar dengan amik macam dulu...Naqib macam biasalah bang...masuk kete pagi2 membuta dia tu la...

cayang? cayang macam ni lah bang...ketawa+tersenyum...untuk semua orang...penting tu...nangis nangis bila orang tak ada je macam selalu...nak peluk abang...abang tak ada...nak minta pujuk pun abang tak ada kan...cayang memang ingat abang nak balik Ramadhan ni tapi abang tak balik pun...tapi tak apa cayang faham situasi dan keadaannya....

okaylah abang...
kat mana pun abang berada...cayang sentiasa sayangkan abang...
apa pun keadaan dan situasi abang...cayang tetap cintakan abang...
sesukar manapun kehidupan abang sekarang...cayang sentiasa doakan kesejahteraan abang dari sini...

cayang tulis surat ni sebab terlalu rindukan abang...
tapi cayang tak tahu nak pos surat ni ke alamat mana...
sebab tu cayang pos kat sini dengan harapan Allah memanjangkan perasaan rindu ni pada abang...

salam aidilfitri buat abang kat sana
ampunkan dosa dosa sayang zahir dan batin
halalkan makan minum cayang

salam sayang buat suamiku EMMIAZUAN SHAH

~it's me~

Tuesday, August 14, 2012

..:: Happy Birthday Abah ::..

selamat ulangtahun abah yang ke 56

along doakan abah panjang umur
along doakan abah sihat wal 'afiat
along doakan abah diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat
along doakan abah gembira dengan kerja abah

along harap kegembiraan abah masa emak lahirkan along akan terus kekal sampai bila-bila
along harap selama 30 tahun ini along dah menjadi anak yang baik untuk abah
along harap selama 31 tahun perkahwinan abah dengan mak along dah menjadi kekuatan dan semangatnya
along harap selama melalui kesukaran membesarkan adik-adik along telah menjadi penyokongnya

along mohon abah terus doakan along
along mohon abah terus sayangkan along
along mohon abah ampunkan semua dosa dan kesalahan along
along mohon abah halalkan segala yang abah berikan kepada along
along mohon abah redhakan segala yang abah sediakan untuk along

terima kasih abah sebab sentiasa ada untuk masa senang along
terima kasih abah sebab tak pernah gagal untuk masa susah along
terima kasih abah untuk kecintaan seorang emak sebaik isteri abah
terima kasih abah untuk kasih sayang adik-adik seperti angah, ami, naim, anas dan naqib
terima kasih abah untuk sebuah keluarga yang bahagia

Ya Allah aku sayangkan dia
Ya Allah peliharakanlah dia untuk aku di dunia dan akhiratMu

~it's me~

Thursday, August 9, 2012

..:: Bonus Pada 20 Ramadhan ::..


~ my myvi telah lebih dulu mengih bonus yang belum masuk..arini bonus tu untuk dia...untuk dia...untuk dia...myvi aku lah~

salam Ramadhan yang ke 20...
cepatnya masa berlalu...tinggal lagi berbaki 10 hari sebelum Syawal menjelang...
orang kata inilah hari-hari indah menanti kehadiran lailatul qadar...

apa aku nak kongsi untuk Ramadhan 20 ni ek?

hhhmmm...pertamanya tentulah tentang bonus setengah bulan gaji yang aku terima...syukur alhamdulillah...klu tak sebab Allah tuliskan semua dapat bonus, mungkin aku tak dapat bonus tu kan...as aku mention earlier, myvi kesayangan aku memang awal-awal dah menagih duit bonus aku walaupun masa tu duit de a week lagi nak kredit dalam akaun...so, sudahnya, pagi-pagi ni tadi aku dah minta adik aku bawa my baby pergi 'spa' and hope that every single thing gonna be okay...insyaAllah...amiiinnn...
~tak payahlah details sangat kot kan~

my Encik Sayang? ohoho korang plak lelebey nak tau kisah kasih aku dengan Encik Sayang ni ye? setakat ni alhamdulillah semuanya okay-okay belaka...kesibukan kerja biasalah...tambah bulan-bulan puasa ni kadang-kadang mood kerja kita berbeza-beza kan?cuma yang syukurnya mood kasih sayang kami tu masih sama juga...ahaks!!!
~korang jeles la tu!!!~

aku lupa nak sharing maring pasal satu story ni...actually bukan lupa macam malas nak cite tapi aku rasa okay gak kot kalau cite...20 Ramadhan ni juga adalah kemuncak kepada segala persiapan untuk Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012...auditor atau juri akan mula buat penilaian pada 13 August...mean next week...so that everything should be well prepared before tomorrow coz saturday & sunday ari cuti...penatnya bukan kepalang sampai terlupa Aidilfitri just around the corner...really at the last lap...aku harap semua usaha kami satu kolej either u r lecturers, admins' staff or students akan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah...insyaAllah amiiinnn...
~MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!~

okaylah u ols...
bonus dah dapat...
harap digunakan ke landasan yang betul...

salam Ramadhan al-mubarak...

~it's me~