~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, May 3, 2013

..:: Salahkah Aku ::..

assalamualaikum dan selamat pagi

followers...
bloggers...
blogwalkers...
sesiapa sahaja yang mungkin terjumpa entri ini...

salam pagi Jumaat yang indah...di bumi aku berpijak ni rasa segar sebab perjalanan ke kolej pagi ni disimbahi hujan...hujan rahmatlah hendaknya...

tapi, jauh di sudut hati aku sedikit sayu sebab aku mula menerawang tentang kesungguhan dan keikhlasan dia yang baru semalam berbincang tentang sesuatu yang serius tentang kami...benarkah perkenalan singkat itu satu risiko jika membuat keputusan menamatkannya dengan ikatan sah yang halal? ntahlah...tapi bagi aku tempoh masa bukan jaminan kan? malah mengenali luar dan dalam juga bukan jaminan kerana ukuran itu adalah atas diri kita sendiri...juga pasangan kita...

salahkah aku mengharapkan yang terbaik dan terbaik dan terbaik...untuk aku...jika bukan di puncak sekalipun aku harap lebih baik dari yang sebelumnya...itu kan yang sering diulang bicara oleh golongan ilmuwan...menjadikan yang kemudian lebih baik dari yang sebelum...seriuskah dia dengan apa yang kami bincangkan semalam...

Tuhan...
aku tidak perlu ruang ini buat pemahamanMu...
aku tak perlu coretan ini buat memohon simpatiMu...
berilah hati ini peluang...
merasai nikmat memberi dan menerima
keindahan yang tidak kesampaian
kenikmatan yang tidak tergapai
hanya untuk berkongsi pinjaman perasaan...
untuk melabur pahala dengan laluan indah itu Tuhan...

Ya Allah
jika telah Engkau takdirkan pertemuan ini
jodoh buatku
eratkanlah hati dan perasaan ini dengan keredhaanMu
jika telah Engkau takdirkan perkenalan ini
kekasih buatku
sudahkanlah hingga akhir hayat kami
Ya Allah
Engkau permudahkanlah

Ya Allah
jika ujian lagi yang Engkau tentukan
janganlah Engkau jadikan kami bermusuhan
janganlah Engkau jadikan hati kami berdengkian
jnganlah Engkau jadikan perasaan kami dalam kesakitan
Ya Allah
Engkau kuatkanlah


~it's me~

2 comments:

  1. solat istikharah yang penting.. :)

    ReplyDelete
  2. tak salah untuk rasa bahagia kerana kamu mmg berhak

    ReplyDelete

~korang de nak kata apa2~