~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Wednesday, September 25, 2013

..:: Ma Emak Bersara Sudah...At Last ::..

Assalamualaikum semua...

Entah ada ke ke tidak lagi 'semua' yang aku maksudkan...almaklumlah sekian lamanya menyepi...
Uhuk! Uhuk! See dah bersawang berhabuk page aku ni...hihi...

Nway tq so so much pada yang masih setia menanti coretan tidak seberapa...ketuk-ketuk jari atas keyboard ni masih lancar lagi...idea pun banyak tapi apakan daya masa tak mengizinkan...Ampun Ya Allah sekali lagi aku menyalahkan masa yang Engkau peruntukan...
 ~ ok ok aku tahu intro merapu~

To the point...congratulations mak sebab sudah berjaya melunaskan amanah dan tnggungjawab sebagai seorang guru...berjaya mengharungi liku dan cabaran seorang pendidik selama 34 tahun (16 April 1979 hingga 19 September 2013).

Aku tahu mak tak baca blog aku sebab mak tak berapa minat sangat dengan kerancakan dunia ict ni...keinginan tu ada tapi bila macam tak bleh follow (atau xbleh blah dalam bahasa skang) mak akan suruh kitorang selesaikan...hikhik...tapi aku still nak mak tahu apa perasaan aku bila emak dengan rasminya sudah bersara...aku nak korang semua tahu perasaan aku...and maybe one day emak akan baca juga semua ni...

Kegembiraan atas persaraan emak adalah satu anugerah kelegaan yang hanya Allah yang tahu...terbang segala kebimbangan tentang emak walaupun bukan 100% tapi ruang tenang itu wujud dalam hati aku...menjadi seorang anak...dan anak sulung bukan sesuatu yang mudah (bagi aku mungkin tidak sama bagi orang lain)...

Emak,
Bila mak dah bersara hati Along tak bimbang sebab selalu Along yang lambat hantar mak ke sekolah...mak sepatutnya sampai sebelum 720 pagi tapi kadang-kadang mak sampai dekat 730pagi...maafkan Along mak....

Emak,
Bila mak dah bersara Along tak bimbang memikirkan emak dengan siapa kat sekolah selepas semua cikgu2 balik...atau kat mana mak duduk selepas waktu pejabat tamat...sebab kerja Along kadang-kadang tak tentu kelapangannya...walaupun waktu rehat Along dari 100petang sampai 200petang tapi kadang2 Along tak dapat amik mak...

Emak, 
Bila mak dah bersara Along tak bimbang bila terpaksa keluar pergi kursus atau ke mana-mana tugasan luar dari kawasan Banting sebab kalau mak sekolah siapa yang akan hantar mak dan amik mak...

Emak,
Bila mak dah bersara Along tak bimbang untuk memulakan hidup baru jauh dari mak dan abah...dan adik adik...bukan sebab tak sayangkan mak atau suka berjauhan dari mak...tapi Along tau adik adik akan amik alih tugas tu...dan Along pun tau emak yang mendoakan semua ni dan memohon kesenangan urusan ni...

Emak,
Bila mak dah bersara Along selalu tertanya-tanya...cukup ke apa yang Along buat selama ni untuk mak...cukup ke Along meringankan beban Abah dalam menjaga dan memelihara mak...

Emak,
Along tak nak minta banyak...Along cuma nak minta ampun dan maaf atas kekurangan menjaga mak selama ni...dan Along nak minta mak doakan Along...

Emak,
Ketika mak menamatkan segala usaha mak selama 34 tahun ni Along baru nak memulakan kehidupan yang baru...Along harap mak aan sentiasa kuat dan sihat sebab Along masih perlukan mak...

Along sayang mak...

~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~