~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Showing posts with label UlasanBuku. Show all posts
Showing posts with label UlasanBuku. Show all posts

Friday, April 17, 2015

..:: Ulasan Buku : Anda Berhak Hebat ::..

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat...esok cuti!!! Hoyeah!!!

Semoga Allah memberkati kita semua followers yang disayangi...keluarga besar bloggers...blogwalkers...members #groupswassupsahabatblogger...and semua umat manusia...

So as usual Jumaat hari nak review buku...ekceli baru start 2 minggu lepas kan kan kan...buku nak review arini ialah...jeng jeng jeng...

buku ni abah yang bagi...tq abah...along sayang abah...

Tengok kata-kata pujangga depan buku pun dah terbakor ati...kihkihkih...so, apa cer buku ni...ekceli memula dapat macam tak berapa berminat nak baca...tapi as i said, aku ni positif semedang...tangan gatal ni pun belek2...mana taknye otak ni asik paksa paksa...bacalah...bacalah...dan terjumpa part depan sekali...terus 'termula' baca...series susunan penulisan buku ni berjaya...

the motivation started here
Part ini yang akan kita jumpa memula sekali sebelum perkara-perkara lain dalam buku ni...bayangkanlah pandangan positif tentang buku ni...siap mention lagi "patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya orang Melayu.." maka aku yang memang Melayu ni rasa bersemangat nak tahu kenapa dan kenapa dan kenapa...seriusly memang best...

isi kandungan buku simple and easy to go

Pada aku isi buku ni memang padat tapi tak sarat...maksud aku xde begitu berbunga2 pujangga dengan kosa kata dewan bahasa dan pustaka sangat tapi padat dengan isi-isi nasihat dan motivasi...bahasa yang digunakan penulis pun senang faham...and yang menarik lagi ada disertakan quotes dari pelbagai lapisan tokoh dunia...quotes yang mudah difahami dan sesuai dengan setiap situasi...

Antara banyak-banyak bab dalam buku ni aku suka nombor 3 dan 4...dua-dua tu related...exactly Keputusan Anda Adalah Destini...apa yang kita pilih itulah yang menjadi tujuan kita nanti...kadang2 susah membuat keputusan...sebab kita kena fikir banyak perkara...dan kadang2 bila kita ada keputusan kena pula fikir banyak faktor lain...daripada buku ni penulis share tentang apa kaedah yang boleh kita gunakan untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan.

Aku suka bila penulis mengingatkan masa depan itu hak kita...kita kena tahu keputusan yang terbaik untuk kita...dan keputusan tu bukan untuk sekarang tetapi untuk masa depan...sebab yang nak buat tu kita...

best gak ada panduan cenggini

Secara keseluruhannya buku ni memang sangat positif...sangat memberikan motivasi kat aku...kadang2 bila aku macam ketandusan dan kebuntuan aku selak buku ni...hahaha...cari ilham...aku sarankan klu sesiapa yang rase terlalu kekurangan semangat atau asik negatif je dalam sesuatu perkara wajib miliki buku ni...percayalah...penulis berjaya menyuntik keyakinan bertepatan dengan tajuk penulisannya 'Anda Berhak Hebat!'

percaya diri...antara nasihat bukan dari individu sembarangan

harapan penulis...untuk kita...

kena tahu...dan kena cari...apa dimana dan bagaimana menjadi hebat...
~kehebatan itu datang dari dalam diri kita...buku ni takkan menjadikan kita hebat...buku ni cuma boleh meyakinkan kita bahawa kita mempunyai hak untuk hebat...kalau kita ada matlamat dan impian tapi tak ada keyakinan, aku sarankan buku ni...tapi kalau kita tak ada keyakinan, tak ada impian dan tak ada matlamat...aku sarankan Al-Quran...sebab Al_quran membuka mata hati...lepastu baru kita topup sket dengan buku ni sebab buku ni tongkat je...~

Tuhan
Jangan biarkan hati ini mati dengan ujian
Jangan biarkan jiwa ini mati dengan dugaan

Tuhan
Jangan jadikan jiwa ini besar dengan pujian
Jangan jadikan hati ini teguh dengan kebanggan

Kukuhkan hatiku kerana Quran dan sunnahMu Ya Allah
Kuatkan semangatku kerana cendikiawan pilihanMu Ya Rabb

Kau memberi ilham sebagai panduan
Kau memberi ganjaran atas kesabaran

#sayasayangencikazid
#iamZaraAqeela

~it's me~

Friday, April 10, 2015

..:: Ulasan Buku : I Want To Be A Writer ::..


Assalamualaikum

Salam Jumaat sayyidul ayyam...
Buat semua followers...bloggers...#sahabatblogger geng #groupwassupsahabatblogger..blogwalkers...and semua yang sengaja atau tak terenter entri ni...

Rasa macam best plak review buku...nak add labels baru la "UlasanBuku" hehe...
Menulis sambil layan lagu Mewangi dan suara serak serak basah Akim...

Buku untuk direview arini


Cover Buku
Penulis...Comey

To be honest I never thought to be a writer...aku cuma melayan 'ketagihan' aku dalam hal hal membaca dan menulis...seriusly since aku faham tentang penyampaian melalui penulisan, aku selalu berjaya mendapat pujian dalam kelas kelas yang berkaitan dengan menulis...dulu masa aku darjah satu de mata pelajaran yang dipanggil tulisan...bukunya bergaris warna biru dan merah...dan ada buku berita yang atasnye kosong untuk lukiskan storyboard cerita yang ditulis di bahagian bawahnya...(aku dah minta tolong atuk google cari tak jumpa) aku selalu dapat pujian dalam kerja untuk kedua-dua tajuk tu... pastu aku sangat suka kalau masuk tajuk karangan bahasa melayu...aku pun rajin buat review kisah-kisah yang aku baca dalam surat khabar...tapi aku tak pernah termimpi atau bercita-cita menjadi penulis...cita-cita aku nak jadi Jurutera Landskap...tapi its okay...tinggalkan kisah cita-cita tu...

Jom aku share apa yang menarik tentang buku ni??

Penulisan Yang Sempoi
Seriyes pengkisahan penulis tentang perjalanan kehidupannya sangat sempoi...mudah dibaca dan diterima...buku ni memang akan membuatkan kita rasa macam 'I Want To Be A Writer'...penulis berjaya buat kita cintakan penulisan...bagi aku sebagai orang yang jenis suka membaca dan menulis ni memang bertambah best bila baca buku ni...korang akan tahu penulis bukan setakat menulis tapi berkongsi...berkongsi tentang pengalaman pemerhatian...

Membuatkan Aku Sebak
Part ni aku lah yang rasa cenggitu...mungkin tak sama dengan korang...dalam buku ni de banyak bab...tapi ada part yang buat aku teringat tentang diri sendiri...ada kata-kata nasihat yang bukan menjentik ati lagi malah menampar ke pipi lalu berdesing telinga...


Ini Pengisian Buku

Aku Rasa Kerdil
Sebagai bekas pelajar aliran agama aku rasa ada bahagian dalam buku ni yang memuhasabah aku...betul-betul membangkitkan aku...sampai aku menangis bila baca part ni berulang kali...


Sentap...Kena Anak Panah Kat Dahi


Jantung Rasa Kena Rentap
Dunia yang lama aku kebelakangkan...aku tinggalkan...aku harap aku masih berpegang dengan sikap baik seorang individu yang punya pendidikan aliran agama...mengawal diri dengan selimut sifat-sifat mahmudah...aku berdoa semoga terus kuat mengingat nasihat ustaz ustazah para naqib dan naqibah tentang amalan surah-surah yang punya aura dan kelebihan jika diamalkan...dulu tak pernah tinggal sekarang selalu lupa...

Isi Yang Bermakna
Ternyata buku ni memang bukan sekadar tulisan...tapi perkongsian...ingatan...semoga bermanfaat buat kita semua

Ya Rabb
Pada satu titik yang aku tidak tahu
Harap Engkau munculkan cahaya

Ya Rabb
Pada satu ruang yang aku sering kegelapan
Mohon Engkau luaskan sempadan

Ya Rabb
Pada suatu waktu yang tidak aku ketahuan
Mohon Engkau menrima aku dengan segala kekurangan dan kelemahan

Tuhan
Jangan pernah lupa mengirim malaikatmu mengejutkan aku

Allahuakbar

#myfingers
#mypassion
#sayasayangencikazid
#alfatihahbuatarwahsuamiku

~it's me~

Friday, April 3, 2015

..:: Ulasan Buku : Carilah Masa ::..

Assalamualaikum...

Back to basic aku rupanya...dulu memula terlibat dengan dunia blog ni aku memang spend hari Jumaat untuk menulis...pastu mula celup celup buat tak buat...pastu mula asik nak menulis setiap ari...pastu...pastu...pastu...
~am bubbling :-P~

Salam Jumaat my luvly followers...all bloggers out there...#sahabatblogger especially...blogwalkers and sesapa la yang menerjah atau tak sengaja terjah

Pagi2 ni terpandang buku yang dah lama aku baca dan berkali kali juga baca...


...ini bukan ehsan encik google...
Memula aku beli buku ni baru baru arwah meninggalkan aku...aku tengok mak and abah macam sedih je bila aku tetiba kehilangan dan dalam kejutan...ooo korang boleh terjah entri Cerita Me And Him untuk mengelakkan kekeliruan...and beberapa entri lainnya dengan label Me And Him...

Okay sambung kisah buku tadi...dan kadang kadang diskusi dan persoalan tak terjawab tentang beberapa perkara macam wasiat, harta, hubungan dan ikatan dengan keluarga dia dan macam macam lagi la...so that beli buku...baca dan lepas tu buat rujukan kepada pakar...

And kalau tak kerana itu pun, aku sangat sarankan buku ini dibaca...banyak memberi panduan untuk kita muhasabah diri dan bermuzakarah untuk kebaikan...walaupun tajuk dia '501 Persoalan Fikah Wanita' kan...tapi aku pun galakkan u ols guys out there beli dan baca...sebab kalau korang tak ada anak perempuan maybe wife...klu tak ada wife maybe adik...kalau tak ada adik maybe emak...paling tidak pun sekadar ingatan untuk diri sendiri dan menambah ilmu...

Dalam buku ni ada 32 Bab yang akan berkongsi dengan pembaca tentang banyak perkara...bab yang aku paling suka :-

#8 Bersolek : sebab kita kadang kadang dah menutup segala aurat yang kita faham...menjaga segala batasan yang kita tahu...tapi terlupa plak kurangkan perasa tambahan yang boleh mendatangkan kesan lain.

...sama beringat...

#21 Wasiat : sebab kita kadang kadang lupa bukan semua benda atau perkara boleh diwasiatkan sesuka hati...menyediakan wasiat bukan dengan emosi...

...jangan wasiat bukan bukan hokeh...
Banyak lagi la sebenarnya...aku rasa inilah dulu perkongsian untuk hari Jumaat yang mulia ni...hehe...semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri untuk menjadi lebih baik dan lebih baik lagi...

::kita selalu berusaha keras dan bersungguh untuk meningkatkan kemajuan dan pendapatan kita demi kelangsungan hidup...kita lupa keadaan ini sebenarnya dugaan Allah untuk kita lebih bijak membahagikan masa supaya ada ruang untuk Dia kerana yang lain itu urusan dunia...kita selalu memberi rungutan untuk perkara perkara yang kita rasa tidak adil untuk kita...kita lupa semua itu dugaan yang Allah bagi atas kealpaan dan kelalaian kita...kita lupa segalanya Dia punya...dia yang berhak menetapkan untuk siapa waktu bila semua itu akan diagihkan...Allahuakbar Ya Allah...terima kasih mengejutkan aku pagi ini...wallaua'lam::

~it's me~