~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Showing posts with label azma azid. Show all posts
Showing posts with label azma azid. Show all posts

Friday, August 26, 2016

..:: Azma Azid : You Will Always Be My Baby ::..



Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua...
Siapa rindu Azma angkat tangan...
Siapa rindu Azma cakap Hora Horey!!! Eh?? Cam Didi and Friends plak ek...

Banyak benda nak sembang tapi memang xtau bila nak amik masa curi curi masa nak tulis...so arini nak share dua pict baby Azma yang semakin membesar...gambar gambar ni masa Azma nak p nursery every morning...naik kete baringkan dalam carier and selimutkan dia...on aircond supaya dia  tak rimas...dia memang tak suka suasana rimas...klu dia dah layu layu mata terus covered kepala dia dengan napkin ke tuala kecik ke supaya dia warm sket...biasanya dia tidur sampai nursery...kadang kadang mulut dia bising suruh kita selawat or zikir...kadang kadang minta aku nyanyi lagu kanak kanak...

Azma dah sepuluh bulan alhamdulillah perkembangan kesihatan yang baik dan tumbesaran pun baik...gigi Azma pun dah banyak...now dah start nak lepas lepas tangan bila berdiri...mummy luv u baby...

~it's me~

Tuesday, June 7, 2016

..:: Azma Azid : She's Grown Up Very Well ::..


~ she's alwiz ready to captured by camera ~
Assalamualaikum
Salam Ramadhan...

Fuuhhh lama gile tak menulis...
So this is my luvly sweet and cute baby girl...my princess Azma
Alhamdulillah dia membesar dengan sihat...de la sikit2 masa2 yang dia batuk or selsema...kadang2 nangis2 macam sakit2 badan hahaha...

Azma dah nak masuk 8 bulan...perkembangan yang sangat banyak dia dah lalui...
* dah tumbuh gigi 2 batang
* dah pandai merangkak
* dah acah acah pandai duduk sendiri...walaupun tak seimbang...
* dah paham kalau tengok mummy pakai tudung (ekceli bukan mummy je mama or nenet or mimi pun sama...dia akan beriya2 panggil and hulur tangan minta dukung)
* now dah pandai minta minta peluk time tido
* dah pandai makan...

#throwback sket
// Azma mula mengiring masa umur dia masuk 4 bulan...mostly 5 month dia dah mula meniarap...
// berat bertambah dengan baik everymonth...setiap bulan naik almost 1kg
// temujanji dengan pakar pun dah mula menjarak...every three month...
// dia tak tido buai...never...

Kisah Ramadhan Azma
+ she's wake up for sahur okay
+ she's ready for berbuka

what else can mummy say Azma dearie...u are my angel...
mummy and ayah luv u so so so muchie baby...

nantikan lagi kisah baby Azma ok

~it's me~

Friday, December 25, 2015

..:: Jumaat Terakhir Ini ::..

Assalamualaikum semua...

My luvly followers, bloggers, blogwalkers and stalkers maybe...ahaks...

Rindunya saat saat blogging and sharing dalam blog ni...tapi dah lama xhabiskan masa blogging sebab banyak kekangan...really kekangan yang tak dapat dielakkan...sehinggalah bertemu pada hari ini...Jumaat terakhir...

Hari ni Jumaat terakhir untuk tahun 2015...sekejap sangat 2015 ni berlalu...alhamdulillah tahun ni memang tahun yang penuh dengan rahmat dan rezeki...kasih sayang Allah melimah ruah untuk aku dan keluarga...

Awal tahun 2015, air tangan aku yang pertama Jangan Berhenti Mencintai Aku (JBMA) dah terbit bawah publisher Kaki Novel...alhamdulillah syukur...walaupun novel pertama dan mungkin tak sehebat novelis2 terhebat, tapi aku bangga bila tulisan aku diterima dan mendapat komen yang positif...

Pertengahan tahun dalam bulan lima Allah kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah bila tanda cinta aku dan EncikAzid membesar dalam rahim aku...walaupun banyak rintangan yang aku lalui sepanjang menanti kehadiran tanda cinta aku dan dia, tapi alhamdulillah kami berjaya melaluinya (nanti aku cerita lagi dalam kisah Azma Azid)

Perancangannya penghujung tahun ni anak sayang kami akan lahir iaitu pada bulan Disember...tapi Allah lebih mengetahui mana yang terbaik kan...Dia dah bagi kami anak yang comel lebih awal iaitu pada bulan Oktober...dengan tarikh yang sangat cantik 15.10.15 hehe...walaupun my cute luvly baby lahir pada usia 31 weeks tapi dia sangat comel dan cantik...bleh baca intro kisah anak comel aku kat Azma Azid...

Ironinya tahun baru 2016 juga jatuh pada hari Jumaat...1 Januari 2016...semoga segala kebaikan dan rahmat...kebaikan dan kenikmatan atas berkat dan syafaat Jumaat akan diperolehi oleh semua umat manusia seluruh dunia...

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana kuatnya semangat yang Engkau berikan selama ini...
Teruslah menerima doaku Ya Allah...

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana tenangnya pelukan para malaikatMu di waktu susahku...
Teruslah mendengar rintihanku Ya Allah

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana Engkau terus menerima segala kekuranganku selama ini
Teruslah menerima doaku Ya Allah

~it's me~

Wednesday, December 23, 2015

..:: Azma Azid : Cinta Hati Mummy Dan Ayah ::..

Assalamualaikum...

Syukur atas kurniaan sihat dan semangat yang masih kuat untuk telus menulis...
Harapnya masih ada yang setia membaca dan menyokong di sini hehe...

 Ini post pertama aku selepas bergelar mummy secara rasmi..i'm oficially a mummy for little cute daughter...syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan anak yang sangat comel pada 15 Oktober 2015 jam 5.18 petang di HTAR, Klang...cantik kan tarikh lahir dia 15.10.15 and my luvly hubby dah pilih nama anak kami AZMA BINTI AZID...maknanya keazaman...supaya dia sentiasa kuat dan berazam tinggi...and YES dia seteguh namanya.

My baby was delivered preme (premature baby) atau biasanya orang sebut tak cukup bulan...but she's really strong baby...sangat survived...alhamdulillah...
~buat masa ni aku belum nak kongsi gambar #azma biar dia betul2 sihat dan discharge baru kita bagi gambar okay~

I will write more about you my cute darling...
mummy and ayah love you so much...

Seteguh namamu sayang
Azma
Bangkitlah dengan keazaman yang tiada hujung

Sekuat namamu kasih
Azma
Berdirilah teguh tanpa lelah

Sentiasa ingat pesanku anak
Allah itu tidak menyakiti hambaNya
Allah itu menduga dengan kemampuan hambaNya
Allah itu menduga kerana rasa kasihNya

Mummy dan ayah sentiasa bersama Azma
Teguhlah sehebat namamu
Azma

~it's me~