~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Monday, February 20, 2012

..:: Sekali Lagi Di Hari Jumaat ::..



~seorang teman telah pergi juga pada hari Jumaat~

Salam semua...
aku sepatutnya nak post entry ni on Friday tapi kekuatan aku tak da...dalam kesukaran aku nak bangun mendepani hari Jumaat yang sesak dan sebak...kerana kehilangan 'dia' sekali lagi aku ditebak rasa lelah dan lemah bila Allah mengambil pergi teman yang tak lah terlalu rapat dengan aku tapi memberi kesan dalam idup aku...juga pada hari Jumaat
~al fatihah buat almarhum Hidayat semoga Allah memilih awak untuk diletakkan disamping Rasulullah, para sahabat dan hambaNya yang dia lindungi dan kasihi~

aku kenal dia lebih kurang 17 tahun lepas...dia sepupu kawan aku juga...sepupu aku juga tapi side yang berlainan...anak kawan abah (bapa dia pun cikgu juga)...and anak murid abah (dalam team bola sepak)...bagi aku dia kawan yang baik dan anak yang baik juga...manja and sweetlah...aku percaya kawan2 terdekat dia pun akan cakap benda yang sama...aku tak banyak kenangan dengan dia cuma yang sikit tu memang memberi kesan kan...when times goes by rupanya dekat 10 ke 15 tahun juga tak jumpa dia sebab masing2 dah sibuk dengan studies and works...
~in between that years ada juga kadang2 terserempak and terselisih bahu kat pekan...few times juga dia lalu depan umah mak abah kadang2 main bola kadang2 lepak2 dengan member2 dia...and datang jemput abah kenduri arwah bapa dia~

aku jumpa dia semula selepas hampir 15 tahun juga lah lebih kurang dua minggu lepas...masa kenduri kahwin dua pupu kitorang...dia tetap macam dulu sama juga tak berubah...tapi aku tak tahu yang Allah takdirkan aku dapat jumpa semula dengan dia sebelum dia pergi buat selamanya...ye betul Allah akan ambil semua hamba yang baik untuk dipelihara dari kealpaan dunia...dan memang dia adalah sebagaian dari yang telah Allah pilih untuk mendapat keistimewaan itu...sampai detik papan kekunci ni aku ketuk-ketuk berkongsi entry ni...aku masih cuba menahan sebak kehilangan 'kawan lama' yang 'baru' aku temui semula selepas sekian lama...ironinya dia juga dijemput Allah pada hari yang sama 'kekasih hati' diambil pergi...bezanya 'kekasih hati' aku diambilpergi jam 8 malam ++ dan 'kawan lama' aku diambil pergi jam 8 pagi ++
~korang yang setia menemani aku dalam blog ni mesti tertanya-tanya apa yang aku rasa sekarang kan? dan aku xde jawapan tu...mungkin juga aku xnak jawab~

aku cuma berharap kedua-dua dia 'kekasih hati' yang aku cintai dan 'kawan lama' yang aku hormati itu kedua-duanya mendapat kasih sayang dari Allah yang maha pengasih dan penyayang...dipermudahkan urusan mereka di dunia sana yang aku tidak mampu memikirkannya...aku berdoa kedua-dua dia 'kekasih hati' yang aku sayangi dan 'kawan lama' yang aku ingati itu akan bertemu dengan mereka yang dikasihi di sana sebagai teman dengan izinNya jua...

Ya Allah...
tingkatkanlah keimananku atas setiap dugaanMu
Ya Rabbi...
teguhkanlah kesabaranku atas setiap jalan tulisanMu

~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~