~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Tuesday, May 31, 2011

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku ::..

Aku tak pernah berkongsi cerita ni dengan dunia luar selain aku dan dia...tapi hari ni aku nak sangat-sangat berkongsi tentang rasa cinta yang terpaksa dilupakan kerana sememangnya tak mungkin dapat bersatu...dia yang dah lama pergi dan aku memang redha dengan perpisahan ni...
~sentap~


Tapi, demi Allah sayang dan kasihnya aku kepada dia tak akan sama sekali luput dan hilang sebab semuanya kerana Allah...sungguh demi Allah rasa itu datang dan kerana Allah juga rasa itu terpaksa aku pendamkan...memang telah ditentukan sesungguhnya jodoh itu bukan kerja kita tapi kerja Dia...biar sekuat mana mempertahan hubungan...sekukuh mana memegang janji...tapi bila Dia kata jodoh itu tidak akan ada antara aku dan dia yang aku sayang...maka tidak akan ada sama sekali...
~sangat rindunya saat ini~Namun, setiap waktu yang berputar, setiap detik yang bergerak...membuatkan aku selalu merasakan semangatku semakin kuat bila aku fikirkan yang dia memang mencintai aku...cuma memang telah Allah takdirkan ianya berakhir di situ...dia tak mungkin kembali lagi...dunia yang dikatakan menghimpun tujuh wajah serupa dan sama tak mungkin memberikan aku rasa yang sama seperti aku merasa indahnya cinta dia...kerana keikhlasan cinta dan kasih sayangnya itu...aku relakan dia pergi buat selamanya...semoga dia akan lebih bahagia...~aku sangat sedih saat itu...dan sangat sedih bila terkenangkan saat itu~

Nafas yang aku hembus dari udara yang kusedut setiap hari...setiap siang dan malam...aku selalu memohon...di mana juga dia berada...JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU...kerana itulah kekuatanku...kerana itulah semangatku...kerana Allah rasa itu bermula...kerana Allah juga rasa itu menemui titik penghujungnya...~mungkinkah dia mendengar rintihanku~

Peliharalah perasaan yang tidak berdosa ini tuhanku demi menghimpun secebis kekuatan...mengumpul sekelumit ketenangan...mencari panduan sebuah perjalanan atas apa juga dugaan perasaan

...JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU......full stop...

~it's me~

1 comment:

~korang de nak kata apa2~