~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Thursday, August 30, 2012

..:: Teman Pengganti ::..

~inilah kisah selepas cukup setahun pemergian teman hidupku...zahir dan batin...yang mencuri hati aku...yang meyakinkan tentang kekuatan jodoh dan ajal pertemuan~

assalamualaikum ...
selamat petang Khamis...
aku memang bercadang nak menulis di hari Jumaat seperti kebiasaan jadual menulis blog dalam kehidupan blog aku...tapi memandangkan Jumaat jatuh esok (hari cuti sempena Merdeka) so aku rasa aku akan gagal menulis nanti...oleh sebab itu biarlah aku menulis arini...
~okay okay...aku sedar ni intro yang bosan dan agak panjang~

aku memanjatkan kesyukuran atas ketabahan yang Allah berikan untuk kehidupan aku selama setahun ini...selagi mampu aku cuba untuk bertahan tanpa menimbulkan kebimbangan dalam diri sesiapa pun juga di sekeliling aku terutamanya emak dan abah...ya itu yang aku harapkan...itu yang sepatutnya...dan alhamdulillah itulah hakikatnya...
selepas dia yang aku sayang itu pergi, memang aku terlalu rindu pada kehidupan yang hanya aku dan dia yang tahu...ya sudah pastilah Allah juga maha mengetahui dan memahami apa yang ditulis olehNya...kalau tidak masakan wujud entry-entry tenang yang boleh membuatkan airmata mengalir macam Terima Kasih Suamiku dan Airmata Yang Degil dan post yang memang aku lahirkan atas rasa kerinduan yang teramat sangat...betul betul menekan sampai ke ulu hati pedihnya mestilah Post Untuk Amir Danial Mummy yang memang sangat sangat aku harap Danial akan membacanya satu hari nanti...kerana cinta dan sayang untuk dia yang tercinta jugalah aku realize that Danial memang pengubat lara aku yang kerinduan...kesesakan...kepayahan dalam melalui kehidupan baru yang sukar sebananya...mujurlah Allah berikan aku Amir Danial yang kadang kadang aku rasa sangat memahami perasaan hati aku yang tak terzahir untuk dia yang aku sayang...sebab tu lah aku rasa Danial dan dia Both Are My Babies... ye itulah hakikatnya...
~terlalu banyak nak aku kongsi walaupun aku rasa entry pos ni kadang kadang tak kena langsung dengan isinya...hahaha...well korang yang setia dengan blog aku mesti faham kan~

tapi...syukur alhamdulillah aku berjaya melalui hari hari penting yang pernah aku lalui bersama dia yang boleh menyebabkan aku kadang kadang terkejut...dan teringat kat dia sangat sangat sangat...macam Ulangtahun Perkahwinan Kitorang and hari hari dalam bulan Ramadhan...ironinya Ramadhan yang lepas adalah saat saat akhir yang kami habiskan bersama sebelum dia tinggalkan aku Syawal lepas...macam mana aku tertunggu tunggu dia balik ke rumah Syawal lepas, macam tu jugalah perasaan aku Ramadhan tahun ni bila Aku Tertunggu Tunggu Kepulangan Dia...
~korang tau tak sebenarnya aku dah tak mampu sangat nak menulis ni...tapi tak apa aku nak share juga perasaan aku~

dan sehinggalah selepas melaluinya setahun ini...cerita cerita simpati masih banyak terutamanya di kalangan kawan sekolah dan kawan kerja...cuma di kalangan ahli keluarga tu dah berubah sikitlah...biasalah orang tua kan...hhhmmm...korang mungkin masih ingat tentang cerita My Encik Sayang...aku rasa aku tak boleh melaluinya sebab susah bagi aku nak mulakan...walaupun hakikatnya aku dah cuba mulakan hari tu...sebab tu la aku slow down blogging sebab aku cuba kuatkan semangat selepas menolak encik sayang yang tidak bersalah dalam hal idup aku ni...terlalu banyak yang crossing my mind terutamanya bila mengenangkan Hari Dia Tinggalkan Aku...aku harap aku betul betul redha...
~ya aku memang pasrah dan redha~

selepas setahun dia pergi juga aku mula sedar aku perlu bangun...memulakan hidup baru dalam apa juga keadaan dan suasananya...bila aku sendiri aku sedar sepanjang bersama dia...sebenarnya selalu dia memberitahu bahawa dia tidak bimbang kalau terpaksa meninggalkan aku sendiri...tapi, itu bukan jaminan senangnya aku berubah mencari Teman Pengganti
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi

Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi

Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~