~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, April 2, 2010

..:: Aku Jangka Tapi Aku Tak Sangka ::..

::aku terjaga masa alarm handset bunyi pukul 5 pg. memang terkejut bila terbaca sms husband bgtau "din beramboi dah meninggal" ::
Selepas suara arwah tak kedengaran pd pagi Rabu 31 Mac 2010, hati terdetik juga mana Din Beramboi ni? tapi xde la pula terfikir dia sakit... sekadar merasakan setiap individu perlu ruang peribadi apatah lagi jika punya keluarga sendiri...
Tak sangka pula bila Buletin Utama melaporkan cerita yang berbeza dan jauh tersimpang dengan andaian kewarasan fikiran aku.
Pagi khamis aku dikejutkan dengan kemunculan suara asing di corong radio ERA dalam slot Pagi Di Era sememangnya rasa tak best mula menyelubungi bila setiap tutur bicara Pengacara Nombor 1 Malaysia Aznil seringkali disulam sayu... Tambahan pula pagi tu konti ERA dipenuhi dengan teman DJ yang jarang ke udara se awal pagi itu Burn, Adi and D Al Masyur... Alangkah terkejutnya ketika mereka memberitahu keadaan Din Beramboi yang kritikal.
Sememangnya aku menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku ketika Buletin Utama melaporkan arwah memerlukan penderma darah jenis 'O' dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam dari waktu berita dilaporkan... Apalah yang aku mampu lakukan selain menghantarkan sms kepada saudara dan teman kerana aku tidak tergolong dalam kumpulan berdarah 'O'... Dalam kepala aku memang dah tertanya apa yang berlaku kalau dalam tempoh itu dia tidak menerima penderma dalam kadar yang mencukupi? Akan hilangkah dia dari dunia hiburan kita? Akan pergikah dia dari diari pagi ahriku?
Sehingga berhari-hari aku asyik membaca dan mendengar keadaan arwah kritikal dan kritikal menyebabkan aku menjangkakan keadaannya mungkin tidak akan pulih... walaupun pada setiap detik aku mendoakan dia akan sembuh tapi hati aku kata tidak... aku sangat berharap dia akan sembuh kerana gandingan arwah dan Pak Nil yang suatu masa di awal gandingan aku rasakan janggal akhirnya telah menjadi teman setia setia pagiku...
Tapi pada hari ini 2 April 2010 di pagi Jumaat yang mulia akhirnya Allah menjawab segala teka teki yang memang hanya dia yang punya jawapannya... arwah telah pergi meninggalkan kita semua...isteri, anak-anak, keluarga, sanak saudara, rakan seperjuangan, jiran setaman malah peminat yang berjuta bilangan...
Salam rindu dan kasih buat allahyarham Din Beramboi yang pasti akan sentiasa diingati oleh kita semua...
Aku memang menjangkakan dia akan pergi tapi aku tak pernah sangka ia akan terjadi begitu tiba-tiba...
Al Fatihah