~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, December 13, 2013

..:: Miss Me??!! ::..

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang indah

Syukur Ya Allah atas kurniaan rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan
Lama kan tak menulis dah 2 bulan lebih...
Sekarang mood dah mula ni nak menulis nulis...lets enjoy

Sekarang ni nak update few things terutamanya bout zaraaqeela page Cik Zara still workout untuk new manuscript...walaupun masih terus setia menanti kelahiran sulung Jangan Berhenti Mencintai Aku (JBMA)...for info (xtau la korang kisah tak nak tau :-)) JBMA tu Kaki Novel yang pilih...senang juga nak cerita kan...so to anyone yang mencari buah tangan baru untuk koleksi novel bleh check it out zaraaqeela page untuk warmup JBMA...and really please jot down a comment ye...

Seterusnya nak story bout our holiday tu Pulau Langkawi...ni kira macam honeymoon me and incik suamiku sayang #sayasayangencikazid walaupun sepanjang 3days kat Langkawi tu duk menggendong Danial and Myra...but really thanks and syukur alhamdulillah we get great momment holiday wif family...bleh check it out picts di sini #cheomsfamilylangkawitrip

okayla everybody nak sambung keje sket...

luv u ols

~it's me~

Wednesday, September 25, 2013

..:: Ma Emak Bersara Sudah...At Last ::..

Assalamualaikum semua...

Entah ada ke ke tidak lagi 'semua' yang aku maksudkan...almaklumlah sekian lamanya menyepi...
Uhuk! Uhuk! See dah bersawang berhabuk page aku ni...hihi...

Nway tq so so much pada yang masih setia menanti coretan tidak seberapa...ketuk-ketuk jari atas keyboard ni masih lancar lagi...idea pun banyak tapi apakan daya masa tak mengizinkan...Ampun Ya Allah sekali lagi aku menyalahkan masa yang Engkau peruntukan...
 ~ ok ok aku tahu intro merapu~

To the point...congratulations mak sebab sudah berjaya melunaskan amanah dan tnggungjawab sebagai seorang guru...berjaya mengharungi liku dan cabaran seorang pendidik selama 34 tahun (16 April 1979 hingga 19 September 2013).

Aku tahu mak tak baca blog aku sebab mak tak berapa minat sangat dengan kerancakan dunia ict ni...keinginan tu ada tapi bila macam tak bleh follow (atau xbleh blah dalam bahasa skang) mak akan suruh kitorang selesaikan...hikhik...tapi aku still nak mak tahu apa perasaan aku bila emak dengan rasminya sudah bersara...aku nak korang semua tahu perasaan aku...and maybe one day emak akan baca juga semua ni...

Kegembiraan atas persaraan emak adalah satu anugerah kelegaan yang hanya Allah yang tahu...terbang segala kebimbangan tentang emak walaupun bukan 100% tapi ruang tenang itu wujud dalam hati aku...menjadi seorang anak...dan anak sulung bukan sesuatu yang mudah (bagi aku mungkin tidak sama bagi orang lain)...

Emak,
Bila mak dah bersara hati Along tak bimbang sebab selalu Along yang lambat hantar mak ke sekolah...mak sepatutnya sampai sebelum 720 pagi tapi kadang-kadang mak sampai dekat 730pagi...maafkan Along mak....

Emak,
Bila mak dah bersara Along tak bimbang memikirkan emak dengan siapa kat sekolah selepas semua cikgu2 balik...atau kat mana mak duduk selepas waktu pejabat tamat...sebab kerja Along kadang-kadang tak tentu kelapangannya...walaupun waktu rehat Along dari 100petang sampai 200petang tapi kadang2 Along tak dapat amik mak...

Emak, 
Bila mak dah bersara Along tak bimbang bila terpaksa keluar pergi kursus atau ke mana-mana tugasan luar dari kawasan Banting sebab kalau mak sekolah siapa yang akan hantar mak dan amik mak...

Emak,
Bila mak dah bersara Along tak bimbang untuk memulakan hidup baru jauh dari mak dan abah...dan adik adik...bukan sebab tak sayangkan mak atau suka berjauhan dari mak...tapi Along tau adik adik akan amik alih tugas tu...dan Along pun tau emak yang mendoakan semua ni dan memohon kesenangan urusan ni...

Emak,
Bila mak dah bersara Along selalu tertanya-tanya...cukup ke apa yang Along buat selama ni untuk mak...cukup ke Along meringankan beban Abah dalam menjaga dan memelihara mak...

Emak,
Along tak nak minta banyak...Along cuma nak minta ampun dan maaf atas kekurangan menjaga mak selama ni...dan Along nak minta mak doakan Along...

Emak,
Ketika mak menamatkan segala usaha mak selama 34 tahun ni Along baru nak memulakan kehidupan yang baru...Along harap mak aan sentiasa kuat dan sihat sebab Along masih perlukan mak...

Along sayang mak...

~it's me~

Tuesday, September 3, 2013

..:: Terima Kasih Allah ::..


Assalamualaikum...
salam penuh kasih sayang dan penuh kecintaan...

this is the big recognation

the moment that we never known...the time that He never hint...
thank you Allah for all great blessing day for two of us for both family...




terima kasih Ya Allah atas rezeki yang besar dan indah ini
siapalah aku untuk meminta yang berlebihan dariMu selain keredhaan dan keberkatan untuk ikatan ini

to my luvly emak and abah...
very big thanx and hug atas restu untuk kesekian kalinya...
along memohon doa yang tiada akhirnya dari emak dan abah untuk memulakan sekali lagi...

to adik adik yang along sayang...
angah...khafi...ami...naim...anas...naqib...
to anak2 mummy abg danial and baby mayra
i'll always need the streght from all of you...
please dun ever stop luv me because i always love all of u...

abang...
jauhnya jarak dan masa yang memisahkan kita adalah pada tandaan takdir Allah...
terima kasih atas rasa kasih dan sayang yang masih kuat dalam hati...cyg yakin itu tandanya Allah mengasihi kita walau berada di dua dunia yang terlalu jauh berbeza...

b...
terima kasih atas menerima ayg seadanya...
untuk membina kehidupan baru yang kita tak tahu percaturannya...
pada b ayg harapkan bimbingan dan tunjuk ajar untuk mengharungi segalanya...

luv u b...

al fatihah buat Emmiazuan Shah Bin Abdul Murad...

~it's me~

Monday, June 3, 2013

..:: SHAKLEE : Meal Shakes Dan Omega Guard ::..

assalamualaikum dan selamat petang
my SHAKLEE ID : 928820

muah to my luvly followers...
hello there bloggers dan blogwalkers...

okay ini bukanlah post pertama aku tapi ini post pertama sebagai SHAKLEE Distributor...aku perlu ambil masa sikit untuk menyelesakan diri aku dengan situasi sebagai pengedar sebab sebelum ni aku cuma pengguna...dan masa untuk aku betul betul memahami macam mana nak memperkenalkan dan memberitahu tentang produk kepada semua orang...
aku tidak menganggapkan pot ni sebagai satu promosi tapi aku suka meletakkan post ini sebagai perkongsian untuk kita semua...perkongsian daripada aku yang tahu dan mengalami kepada semua pengunjung blog aku...dengan harapan kita mendapat semua kebaikannya...
~intro ni memang nampak cam aku pensyarah kan?~

okay to the point...sempena kedatangan JUN 2013 dan aku andaikan sesuatu yang menarik untuk menyambut kedatangan RAMADHAN bulan depan, SHAKLEE dengan begitu teruja dan baik hati membuat promosi untuk produk hebatnya MEALSHAKES...so lets talk MEAL SHAKES (MS)

apa yang aku nak kongsikan dalam post kali ini adalah tentang pengambilan MS dan OMEGA GUARD (OMEGA) gabungan dua produk ini adalah set terbaik untuk kanak kanak..

Ini bentuknya Mealshakes (544g) dan Omega Guard (90 soft tablet)
Kelebihan MEALSHAKES
  • minuman multivitamin dengan rasa vanilla tanpa gula tiruan
  • kaya dengan protein untuk membina sel-sel tubuh
  • mengandungi vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium sebagai anti oksidan
  • mengandungi asid folik, magneium dan kalsium untuk membina tumbesaran dan tulang
  • kaya dengan serat larut membantu menyingkirkan lemak berlebihan
Kelebihan OMEGA GUARD
  •  penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • menapis segala virus dan bakteria daripada badan 

so, jangan lepaskan peluang merebut promosi istimewa MEALSHAKES hanya untuk bulan JUN sahaja...
tarikh luput untuk MEALSHAKES adalah pada bulan DISEMBER 2013...rebutlah peluang untuk stok RAMADHAN...

free to get more info and promo from me
call/sms : 0132685248/0173685343
wassup : 0173685343

~it's me~

Thursday, May 30, 2013

..:: Mencari Cinta Mata Hati ::..


Assalamualaikum dan selamat pagi

Salam sayang untuk semua yang masih setia membaca apa yang aku tuliskan di blog kering kontang aku ni? Kenapa kering kontang? Sebab tak berwarna warni dan sarat dengan limpahan warna warni macam blog blog yang pernah aku kunjungi dan ikuti...tapi it's okay je bagi aku...as long as aku boleh berkongsi di sini...

Berat sangat ke tajuk post aku arini? Entahlah? Sebenarnya itu tajuk baru yang aku berikan untuk manuskrip yang sedang on the way...dan sebenarnya (macam tajuk lagu Yunalis Zara pula :-p) tajuk tu bermain main dan macam terngiang ngiang je dalam kepala dan hati aku. Harapan aku hasil manuskrip aku pun segar je la nanti dan boleh diterima oleh semua.

Apa tentang Mencari Cinta Mata Hati (MCMT)?
Aku kongsikan tanpa ada satu pun yang terselindung dalam MCMT. Tentang semua yang aku lalui dalam perjalanan aku bangun dan terus gagahkan kaki berpijak dan berdiri atas kedudukan aku sekarang. Hakikatnya aku masih tidak mampu berlari waima berjalan pantas dengan kekuatan diri yang masih kurang dan rapuh...tapi ada beberapa akar semangat yang segar menjalar dalam diri aku.

Menulis MCMT bukan sesuatu yag mudah bila aku berkeputusan menyelongkar perasaan sendiri untuk aku kanvaskan atas tulisan. Aku cuma berharap bila segalanya terzahir aku menjadi lega dan bersemangat. Aku cuma mengimpikan, bila MCMT terlaksana aku menemui kekuatan memulakan larian yang lebih telus dan terang. 

Siapa dalam MCMT?
MCMT adalah tentag aku...MCMCT adalah tentang dunia di sekelilingku...Ya dunia realiti hidupku...mungkin MCMT mengambil masa yang lama bila aku akan sentiasa menokok di sana sini dalam setiap episod kehidupan perjalanan MCMT...kebarangkalian kehadiran watak watak baru yang hadir dalam hidup aku mungkin membuatkan MCMT menarik...mungkin juga membuatkan MCMT jadi jelek untuk dibaca...siapa juga yang menyerikan MCMT insan itu adalah realiti dan bukan fantasi...

Di mana MCMT?
Dunia kehidupan seorang aku yang terkanvas di MCMT tidak sebesar mana...apa yang tercatat dalam MCMT adalah kehidupan harianku lena dan jaga...juga beberapa ruang di bumi Allah yang pernah aku jejaki...tentulah dengan izinNya jua...sebagaimana dia menguatkan semangat aku membongkar dan berkongsi tentang kehidupan aku dalam MCMT...

MCMT memberikan aku ruang mengenali dunia penulisan yang disebut travelog atau mungkin anekdot yang hingga detik aku mengetik papan kekunci ini masih gagal aku memberikan perbezaan nyata antara keduanya...

Mencari Cinta Mata Hati
Mencari cinta dengan mata hati
Mencari cinta hati dengan mata hati
Mencari cinta dari sebuah hati
Mencari cinta sebuah hati dengan mata hati
Mencari Cinta Mata Hati

~it's me~

Friday, May 17, 2013

..:: MayPost ::..

Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat

Alhamdulillah sykur yang tidak terhingga...
Masih mampu lagi aku bangkit pagi indah Jumaat dan sebaik keluar dari bersiram hujan turun dengan lebatnya...rahmat Subuh Jumaat...
Bertemankan hujan aku memandu ke sekolah mak (hantar mak) then ke nursery (hantar adik bongsu aku - he's actually transit there and he's 13 okay)...kemuadian barulah memandu ke kolej tercinta (huhu)
~okay enough for intro~

Aku dah ready post ini since hari apa ntah dah lupa...tapi tak publish so hari ini wujudlah entry ini yang aku namakan sebagai "MayPost" bukan May First okay...tidak ada kena mengena sama sekali...apa yang menarik dalam bulan Mei? Sebenarnya aku tak berapa sedar pun pasal begitu menariknya tarikh dan sambutan dalam bulan Mei ni...tapi marilah aku kongsikan untuk tahun 2013 ini yang menarik tentang bulan Mei dalam hidup aku...

Selamat Ari Istimewa Untuk Emak - o yang ni aku tahu and memang selalu aku wish and sambut wif makan makan...sefamily...hehe...
Orang selalu kata nantilah kalau jadi emak tahulah apa rasanya mengandung 9 bulan...membesarkan anak yang pelbagai kerenah...melayan anak yang membesar dan pelbagai ragam...entah ada atau tidak peluang tu untuk along...kalaupun memang Allah tak menyediakan peluang itu untuk along...along tetap sayang mak...ambillah mak segala ketawa dan senyum along dan gantikan airmata dan tangisan tu untuk along tanggung...sayang mak...

Eppy mothers day to emak...I luv u wif everybeat of my heart...
Tuhan...
Atas anugerah besarMu aku bersykur
Kerana dilahirkan oleh seorang ibu yg berhati luhur
Tuhan
Atas kehendakMu aku bertahmid
Ditemani seorang ibu yg kuat dan hebat
Tuhan
Atas kuasaMu aku memohon
Keredhaan dan keberkatan buat dia
Cinta hatiku
Kekasih idup dan matiku
Emak...

Along syg mak...


Seterusnya di bulan Mei tentulah hari istimewa untuk Mak and Abah...teachers day...
Aku tak tahulah cara yang terbaik atau termahal yang boleh digunakan bagi menghargai cikgu cikgu aku since aku masuk tadika sampai sekarang...apa yang aku tahu aku mendoakan semua mereka bahagia dan sejahtera...kalau mereka dah tak ada lagi aku doakan Allah memilih mereka di sisiNya bersama hamba yang terpilih dan soleh...aku hanya mampu mengucapkan terima kasih cikgu...ucapan yang datangnya tuus dan ikhlas dari hati seorang hamba Allah...
And of course to ma emak and abah yang selalu menjadi pengajar dan pembimbing along setiap detik...semua perkara...di mana sahaja...setiap masa...
Allah sahaja yang dapat membalas segala tunjuk ajar...didikan...teguran dan penilaian buruk baik yang emak dan abah sediakan untuk anak didik yang nakal ni...yang menjadi murid seawal usia sebesah zarah darah...terima kasih mak...terima kasih abah...

And Epi Bedday To Ma Bro Naim dah besar dah...
selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22...dah besar dah adik along...dulu along angah dengan ami tertunggu tunggu abang lahir...ada juga adik lelaki...yang tido atas riba along...baring mana hala suka kat badan along masa kecik kecik...skang dah besar dah ada gigirl lagi...and along bangga sebab abang dah pecah tradisi keluarga kita dapat belajar sampai peringkat Ijazah...teruskan perjuangan sebagai anak yang baik dan taat...sebagai lelaki yang beriman dan soleh...jadilah imam untuk adik adik dan keluarga...buka mata tengok dunia luar...jangan lupa sesekali menoleh ke belakang untuk pastikan kita di lorong yang betul...
Ketika melalui perjalanan yang panjang dan mungkin lapang...ada masanya kita mungkin terpijak duri atau tersilau matahari...berteduhlah bawah payung kasih sayang kakak kakak dan adik adik...berehat dan bertenanglah di pondok kebahagiaan mak dan abah...dongaklah ke langit dan memohon dari Dia yang sentiasa di atas...along sayang abang...

Waaaahhhh!!! terlebih sudah blog arini...okaylah u ols...i nak sambung keje...
Daaaa!!!! 

~it's me~

Friday, May 10, 2013

..:: Tentang Hati ::..

assalamualaikum semua
salam Jumaat yang mulia lagi indah

Ya Allah terima kasih atas kurniaan nikmat umur yang panjang ini
moga dapat aku memperbaiki kesilapan
menyusut kekhilafan
dan bangkit dari kealpaan

thank you untuk komen yang indah dan positif daripada 2 orang sahabat blogwalker yang baru aku terima untuk post last Friday...insyaAllah istikharah sentiasa dalam amalan dan doanya basah di hati dan lidah...
menganjak usia 31 tahun ni aku rasa ada sedikit kebangkitan positif dalam diri aku secara peribadi...pandangan orang lain aku tak pasti...mungkin kekerapan bersendirian dalam ruang kecil di rumah emak memberi aku banyak peluang memuhasabah diri...

peluang berjumpa dengan seorang sahabat kelmarin memang memberikan aku pandangan yang berbeza tentang kehidupan dan pengalaman hidup aku...aku tak pernah tahu kalau selama ini dia melihat seorang aku dari sisi mata yang berbeza...dia membangkitkan aku dari kepompong yang aku cipta dan lilitkan pada badan aku sendiri...hakikatnya aku seekor rama-rama cantik katanya...aku yang membiarkan diri sendiri dihimpit dengan perasaan kemurungan yang membuatkan semangat merudum dan jatuh...kebangkitan menjadi jauh dan payah...aku yang selalu sering menjadi penghujah yang baik hanya mampu diam dan diam sahaja...menerima pandangan dengan tenang...laju juga otak aku menghadam pandangan ikhlasnya...

pertemuan dalam tempoh tiga jam yang tidak dirancang itu aku kira padat dengan sesi muhasabah dan tazkirah buat hati aku yang agaknya kontang dengan nasihat dan motivasi...sebenarnya aku pertama kali menemui dia yang dikenali hampir setahun lalu secara tidak sengaja...dan aku memang selalu mengambil dan memilih dia untuk aku adukan maslahah dan musibah...pada dia jugalah segala tempelak perasaan ditembakkan...kesian dia...sehingga aku merasakan lagu Sahabat nyanyian Najwa Latiff bersama Sham Kamarul dan Sleeq itu hanyalah layak untuk teman seperti dia sahaja...malah airmata aku akan mengalir bersama senyuman setiap kali lagu itu diputarkan...siapa sangka ketika dalam kereta juga lagu itu berkumandang dan di depan dia juga aku menangis...
~terima kasih Ya Allah untuk seorang sahabat yang tidak mungkin aku lupakan selagi ada hayatku...kuatkanlah ingatanku padanya hingga hayatku Engkau teruskan di alam barzakh~

sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak mampu dah nak fikir lebih lebih pasal apa yang aku sembangkan dengan kawan aku tadi...mungkin juga sebenarnya aku kelegaan...dapat meledakkan tekanan kepadanya dan mendengar beberapa pandangan dan nasihat ringkas yang menenangkan aku...hati dan fikiran...
~terima kasih sahabatku~

hari ini bila aku bangun (sebenarnya sebelum aku tidur ketika jam beranjak ke angka 1.40 pagi lebih kurang) aku tahu ada banyak jenis manusia yang selalu mengelirukan dalam keadaan nyata...tapi kita selalu tak sedar situasi dan keadaan tu...kita merelakan kesakitan dan kepedihan bersarang biak berkembang dalam kehidupan kita seharian...aku lah korang aku tak pasti...dan kita selalu terpandang sinis kepada kebaikan yang diselimuti keikhlasan dan kejujuran yang indah...
~itulah mungkin wujudkan ungkapan 'rambut sama hitam...hati lain lain'...barangkali itu punca ada yang berambut blonde...ahaks!!!~

Tuhan...
Masih ada kesilapan yang Engkau balaskan...
Masih ada kekhilafan yang Engkau jawabkan...

Tuhan...
Janji mana yag harus aku pegang...
Janji mana yang harus aku buang...

Tuhan aku tidak kuat...maka Kau kuatkanlah...
Tuhan aku tidak mampu...maka Kau mampukanlah...
Tuhan aku memang tidak mampu...maka Kau bantulah aku...
Tuhan aku kesakitan...
Tuhan aku kelelahan...
Tuhan aku kepedihan...

Allah Ya Allah
Ujian berat lagi tulisanMu
Dugaan hebat lagi takdirMu

~it's me~

Friday, May 3, 2013

..:: Salahkah Aku ::..

assalamualaikum dan selamat pagi

followers...
bloggers...
blogwalkers...
sesiapa sahaja yang mungkin terjumpa entri ini...

salam pagi Jumaat yang indah...di bumi aku berpijak ni rasa segar sebab perjalanan ke kolej pagi ni disimbahi hujan...hujan rahmatlah hendaknya...

tapi, jauh di sudut hati aku sedikit sayu sebab aku mula menerawang tentang kesungguhan dan keikhlasan dia yang baru semalam berbincang tentang sesuatu yang serius tentang kami...benarkah perkenalan singkat itu satu risiko jika membuat keputusan menamatkannya dengan ikatan sah yang halal? ntahlah...tapi bagi aku tempoh masa bukan jaminan kan? malah mengenali luar dan dalam juga bukan jaminan kerana ukuran itu adalah atas diri kita sendiri...juga pasangan kita...

salahkah aku mengharapkan yang terbaik dan terbaik dan terbaik...untuk aku...jika bukan di puncak sekalipun aku harap lebih baik dari yang sebelumnya...itu kan yang sering diulang bicara oleh golongan ilmuwan...menjadikan yang kemudian lebih baik dari yang sebelum...seriuskah dia dengan apa yang kami bincangkan semalam...

Tuhan...
aku tidak perlu ruang ini buat pemahamanMu...
aku tak perlu coretan ini buat memohon simpatiMu...
berilah hati ini peluang...
merasai nikmat memberi dan menerima
keindahan yang tidak kesampaian
kenikmatan yang tidak tergapai
hanya untuk berkongsi pinjaman perasaan...
untuk melabur pahala dengan laluan indah itu Tuhan...

Ya Allah
jika telah Engkau takdirkan pertemuan ini
jodoh buatku
eratkanlah hati dan perasaan ini dengan keredhaanMu
jika telah Engkau takdirkan perkenalan ini
kekasih buatku
sudahkanlah hingga akhir hayat kami
Ya Allah
Engkau permudahkanlah

Ya Allah
jika ujian lagi yang Engkau tentukan
janganlah Engkau jadikan kami bermusuhan
janganlah Engkau jadikan hati kami berdengkian
jnganlah Engkau jadikan perasaan kami dalam kesakitan
Ya Allah
Engkau kuatkanlah


~it's me~

Monday, April 29, 2013

..:: Salam Rindu ::..

Assalamulaikum semua...

Happy day to all of u...
Followerz...
Bloggerz...
Blogwalkerz...

Susah nak dapat ilham menulis waktu waktu macam ni...kebiasaannya untuk seorang aku bila perasaan ingin menulis membuak buak segalanya akan hilang dan terbang begitu sahaja...hhhmmm...ni dah tak macam gaya bahasa aku dah ni...alrite dear...this post inspired by the latest course yang aku attend...hahaha...masa aku dapat tawaran kursus ni perkara pertama yang 'menombak' tengkorak kepala aku adalah....AKU DAN PENULISAN TAK DAPAT DIPISAHKAN...yup!that is true really betul dan tepat...
~aku harap intro ni menarik~

Okaylah...aku ditawarkan Kursus Pembangunan Penulis yang bukan semua orang suka suki suku dan pergi...tapi aku memang heavy big bang bom nak pergi...menulis tu dunia aku passion aku...pergi lantak la peduli de ke tak orang nak baca...okaylah aku cerita lagi sikit memang de seorang pegawai bagitau aku masa isi permohonan kursus wajib dalam perkhidmatan pilihlah kursus yang tak berapa glemer nanti senang dapat...ye kursus ni memang tak glemer...tapi aku bukan pilih kursus ni sebab nak cukupkan syarat attend kursus...this course was the first choice...first tick (/) and first looking for...untuk aku la...last year aku dapat kursus ni juga tapi big boss kata xpayahlah pergi atas dua alasan:-
1. jumlah kursus aku untuk tahun 2012 dah berlebihan...sepatutnya 10 hari tapi dah 16 hari...
2. masa kursus tu dijalankan adalah masa yang paling sesak dan padat untuk aku sebab de latihan pusat Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi SUKIPT...
...tapi percayalah bahawa Allah amat menyayangi hamba seperti aku maka dapat juga aku attend course ni yang akhirnya melengkapkan jumlah kursus aku untuk tahun 2013 sebanyak 10 hari...
~terima kasih Ya Allah~

Aku dah mula rasa entry tak kena dengan tittle ni...tapi tak apalah...sememangnya aku nak menyampaikan salam rindu buat semua yang rajin menjengah blog aku walaupun tak berapa nak selera menjadi pengikut blog yang tak sebarapa ni....kikikiki...

Perasaan rindu yang membuak aku kirimkan buat dia yang tersayang...yang jauh entah di mana...semoga sentiasa Allah dampingkan bersama hamba yang baik baik di alam sana...kasih dan cinta ini terlalu berat untuk bermula lagi bagai mati sebagaimana dia pergi...


Salam kerinduan buat semangat yang kian pudar meniti hari hari mendatang...dugaan yang terbentang terlalu jelas menampar perasaan...pantas ditangkap bacaan fikiran...membuatkan hati kecut...takut...


Tuhan, aku terlalu rindu pada kekuatan diri sendiri...rindu pada setiap halaman penulisan yang rancak...bangkitkan aku Tuhan...

~it's me~

Monday, April 8, 2013

..:: Amir Danial Mummy Nak Dapat Adik ::..

assalamualaikum semua...

ada ke semua tu???
tak kisahla...sebab page ni wujud untuk aku dan mereka yang ingin menyinggah...hehe...

ye memang da lama pun tak menulis...korang rindu aku tak?
tak pe la tak rindu pun aku okay je...
cuma de sedikit (banyak sebenarnya)...hihihi...kemalasan untuk menulis...

so what is my story today???jeng jeng jeng...
syukur alhamdulillah beberapa bulan yang lepas we ols dapat gud news yang amir danial mummy nak dapat adik lagi...insyaAllah klu tak ada aral baby akan lahir bulan 7...same month wif abang amir danial and mummy and paman anas...kadang kadang semuanya adalah kebetulan je...dua dua anak angah lahir bulan 7 sama dengan aku...mungkin tu salah satu cara Allah memberikan aku kebahagiaan...aku harap adik amir danial nanti akan ayangkan aku sama macam amir danial sayang mummy...

hhhhmmm...semalam angah da p buat 3D scan untuk checkup baby gender...and yang bestnye gender baby is gurl...so sweet....alhamdulillah aku tumpang gembira untuk adik aku...ku semuanya berjalan lancar dia da ada anak sepasang...secara kebetulannya angah akan beraya kat banting this year sebab dia bersalin dalam bulan puasa...yang sweet lagi this year we ols planning to wear in pink...tu la kebetulan yang sebenarnya telah diilhamkan Allah kan...kan...kan...

hhhmmmm....eh!!!hhhmmmm lagi??!!
well aku harap Syawal ini akan lebih baik untuk keluarga kami...Syawal ni merupakan Syawal ketiga aku beraya tanpa dia dan tahun kedua dia tinggalkan aku...

abang...
there is nothing change...
i'm still the same person you knew...
there're still the same situation just like the time you leaved...
time by time i still cant reached the strengt...
day by day i just cant make any decision...
years goes by i still hope for the good for me...

miss u abang...forever...


~it's me~

Friday, January 11, 2013

..:: Tuhan Aku Rindu Dia ::..


Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

~it's me~

Thursday, January 10, 2013

..:: Aku Dan 2013 ::..

assalamualaikum...
selamat petang...

followers...bloggers...blog walkers...
and everybody yang tersudi masuk my blog...

apa nak cite ek? actually soalan yang tepat is macam mana nak cite ek?
tahun baru 2013 dah berlalu hampir sepulu hari...alhamdulillah Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza di peringkat kolej berjaya dijalankan seperti yang dirancangkan...actually it was out of our planning...gila bombastic and protocolic sangat!!! (aku tatau la bleh ke terms protocolic tu digunakan?asal korang faham tu dah kira okay kan...) but really syukur and thousand thanx to Allah atas kekuatan yang masih Dia pinjamkan untuk aku tahun baru ni...alhamdulillah terima kasih Tuhan...

aku nak share for the first time wif u ols yang rajin menyelak nyelak helaian blogger aku ni...actually ada  juga aku cite sikit sikit pasal benda ni tapi tak pastilah korang sedar or tak...aku just nak share sikit pun xde niat apa apa...aku cuma harap korang sudi membaca dan mendoakan yang baik buat aku seterusnya...

memang betul ajal maut, jodoh dan rezeki tu di tangan Allah...apa apa pun kita tak tahu dan kita kena terima semua dengan redha...sebenarnya aku berdebar sangat sangat nak tunggu masa untuk buat CT scan and tunggu the result...memaglah doktor baru suspek je aku menghidap brain tumor tapi aku takut juga sebenarnya...kebelakangan ni memang aku selalu jadi cepat penat...tak berapa sihat...tapi gagahkan juga untuk menutup semua ketakutan dan kebimbangan yang sarat dalam hati aku...petang petang after five mesti mak sms tanya balik kul bape?after 530 or passed 6 je mak mesti sms lagi jangan lewat sangat nanti penat...aku sendiri tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati mak and abah bila tengok aku...sebab aku sendiri tak tahu kemampuan aku...

bila masuk tahun 2013 ni aku harap apa juga yang telah tertulis boleh aku terima dengan kuat dan tabah...dengan cekal dan sabar...sebagaimana aku berjaya melepasi tempoh setahun ditinggalkan pergi...hope that my adik adik and parents will always be besides me...aku pun berharap aku akan masih sentiasa bersemangat dalam semua yang aku lakukan....o okay mummy pun harap danial will always make mummy smile and laugh...and luv mummy forever ever as i do to you...

~it's me~

Saturday, January 5, 2013

..:: Abang Bila Nak Bagi Cayang Alamat Ni? ::..

assalamualaikum sayang...

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-5 abang...
semoga Allah mencucuri rahmat utuk abang kat sana...
cayang doakan yang baik baik je untuk abang okay...

surat yang ke berapa ek? ntahla bang cayang tak ingat...ingat nak bagi kad annyversary lagu lagu tapi xpe ke klu bagi kad camtu?huhu...lagipun cam bazir je sebab cayang tatau nak post katne?abang tak bagi pun cayang alamatnya....

ooo lupa...abang da jadi pakcik...adik da selamat bersalin awal subuh 3 Januari kalau tak silap...ntahla...dia pun tak sudi berkongsi berita gembira tu dengan cayang...cayang tu pun sebab terbaca dalam fb dia orang wish congrates kat dia...xkisahlah yang penting dia selamat...

abang...
ulangtahun perkahwinan kali ni betul betul sama tarikh dan arinya macam 5 tahun dulu...lama juga kan umur perkahwinan kita...tapi kita bersama kejap je...hehe...tapi tak pe setiap tahun bila 5 januari ni sampai insyaAllah cayang akan selalu ingat untuk tulis surat kat abang...or wish abang...

abang...
tahun ni no more kisses...flowers...cakes...sedih sangat...terasa makin sunyi tau...terasa makin susah nak lalui semua ni...abang ingat senang ke dengan semua yang abang tinggalkan untuk cayang lalui sorang sorang...tengok orang kawen sana sini...tengok orang keliling jalan berdua...tengok sedara mara tambah anak...danial pun dah nak adik tau...terasa sangat cayang sensorang...sangat sangat....

abang...
cayang harap sangat sangat surat ni sampai kat abang sempena ari special untuk kita ni...cayang nak cakap banyak sangat dengan abang tapi tak boleh...cayang nak cerita banyak sangat dengan abang tapi tak mampu...sume boleh buat cayang nangis...nanti buat abang risau je...abang mesti tak nak cayang sedih sedih kan...

okaylah abang...
nanti kalau abang rindukan cayang bacalah surat surat yang lepas ni Surat 3 tak pun ni Surat 2 yang ni pun bleh gak Surat 1
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke - 5 sayang...semoga Allah mencucuri rahmat buat abang kat sana...

AL-FATIHAH buat suami tersayang EMMIAZUAN SHAH

~it's me~

Wednesday, January 2, 2013

..:: 2013 ::..

assalamualaikum dan selamat petang

eppi nu ye to everyone yang enter my page...sayang u ols...

arini da masuk ari kedua tahun 2013...alhamdulillah syukur aku masih punya peluang untuk melalui tahun baru ni...syukur alhamdulillah...

and sebelum aku terlupa congratulation untuk adik ipar aku emma and her hubby azizul sebab dah selamat menjadi ibu dan ayah untuk their newborn baby...walaupun aku tau hanya dari fb tapi aku tumpang gembira untuk dia...hope aku akan tau sendiri la nama baby dorang nanti...

apa yang aku harapkan untuk tahun 2013???
1. aku kuat dan tabah
2. aku sabar dan sihat
3. aku mampu terus tersenyum
4. aku dapat melunaskan segala hutang piutang yang belum langsai
5. sambung belajar
6. mak dan abah sihat selalu
7. adik adik sihat dan berjaya
8. danial mummy sihat dan makin bijak
9. memulakan hidup baru :)

apa yang aku harap untuk dijauhkan tahun 2013???
1. kesakitan
2. kelukaan
3. penipuan
4. kekecewaan
5. kelekaan

banyak nak sharing tapi nantilah keje pun xsettle lagi ni...sok lusa aku tulis lagi...

~it's me~