~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, May 17, 2013

..:: MayPost ::..

Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat

Alhamdulillah sykur yang tidak terhingga...
Masih mampu lagi aku bangkit pagi indah Jumaat dan sebaik keluar dari bersiram hujan turun dengan lebatnya...rahmat Subuh Jumaat...
Bertemankan hujan aku memandu ke sekolah mak (hantar mak) then ke nursery (hantar adik bongsu aku - he's actually transit there and he's 13 okay)...kemuadian barulah memandu ke kolej tercinta (huhu)
~okay enough for intro~

Aku dah ready post ini since hari apa ntah dah lupa...tapi tak publish so hari ini wujudlah entry ini yang aku namakan sebagai "MayPost" bukan May First okay...tidak ada kena mengena sama sekali...apa yang menarik dalam bulan Mei? Sebenarnya aku tak berapa sedar pun pasal begitu menariknya tarikh dan sambutan dalam bulan Mei ni...tapi marilah aku kongsikan untuk tahun 2013 ini yang menarik tentang bulan Mei dalam hidup aku...

Selamat Ari Istimewa Untuk Emak - o yang ni aku tahu and memang selalu aku wish and sambut wif makan makan...sefamily...hehe...
Orang selalu kata nantilah kalau jadi emak tahulah apa rasanya mengandung 9 bulan...membesarkan anak yang pelbagai kerenah...melayan anak yang membesar dan pelbagai ragam...entah ada atau tidak peluang tu untuk along...kalaupun memang Allah tak menyediakan peluang itu untuk along...along tetap sayang mak...ambillah mak segala ketawa dan senyum along dan gantikan airmata dan tangisan tu untuk along tanggung...sayang mak...

Eppy mothers day to emak...I luv u wif everybeat of my heart...
Tuhan...
Atas anugerah besarMu aku bersykur
Kerana dilahirkan oleh seorang ibu yg berhati luhur
Tuhan
Atas kehendakMu aku bertahmid
Ditemani seorang ibu yg kuat dan hebat
Tuhan
Atas kuasaMu aku memohon
Keredhaan dan keberkatan buat dia
Cinta hatiku
Kekasih idup dan matiku
Emak...

Along syg mak...


Seterusnya di bulan Mei tentulah hari istimewa untuk Mak and Abah...teachers day...
Aku tak tahulah cara yang terbaik atau termahal yang boleh digunakan bagi menghargai cikgu cikgu aku since aku masuk tadika sampai sekarang...apa yang aku tahu aku mendoakan semua mereka bahagia dan sejahtera...kalau mereka dah tak ada lagi aku doakan Allah memilih mereka di sisiNya bersama hamba yang terpilih dan soleh...aku hanya mampu mengucapkan terima kasih cikgu...ucapan yang datangnya tuus dan ikhlas dari hati seorang hamba Allah...
And of course to ma emak and abah yang selalu menjadi pengajar dan pembimbing along setiap detik...semua perkara...di mana sahaja...setiap masa...
Allah sahaja yang dapat membalas segala tunjuk ajar...didikan...teguran dan penilaian buruk baik yang emak dan abah sediakan untuk anak didik yang nakal ni...yang menjadi murid seawal usia sebesah zarah darah...terima kasih mak...terima kasih abah...

And Epi Bedday To Ma Bro Naim dah besar dah...
selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22...dah besar dah adik along...dulu along angah dengan ami tertunggu tunggu abang lahir...ada juga adik lelaki...yang tido atas riba along...baring mana hala suka kat badan along masa kecik kecik...skang dah besar dah ada gigirl lagi...and along bangga sebab abang dah pecah tradisi keluarga kita dapat belajar sampai peringkat Ijazah...teruskan perjuangan sebagai anak yang baik dan taat...sebagai lelaki yang beriman dan soleh...jadilah imam untuk adik adik dan keluarga...buka mata tengok dunia luar...jangan lupa sesekali menoleh ke belakang untuk pastikan kita di lorong yang betul...
Ketika melalui perjalanan yang panjang dan mungkin lapang...ada masanya kita mungkin terpijak duri atau tersilau matahari...berteduhlah bawah payung kasih sayang kakak kakak dan adik adik...berehat dan bertenanglah di pondok kebahagiaan mak dan abah...dongaklah ke langit dan memohon dari Dia yang sentiasa di atas...along sayang abang...

Waaaahhhh!!! terlebih sudah blog arini...okaylah u ols...i nak sambung keje...
Daaaa!!!! 

~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~