~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, December 30, 2011

..:: JUMAAT terakhir 2011 ::..

~sesungguhnya apa yang terlalu jauh dengan kita adalah masa lalu biarpun sedetik yang lalu...ia tetap sudah berlalu~

Salam Jumaat semua...
Susahnya mengumpul kekuatan menulis di hari Jumaat...and susah juga meninggalkan kebiasaan menulis di hari Jumat...mula2 aku bersama dengan dunia blog ni dulu, aku memang memilih untuk menulis di hari Jumaat...dan kebisaannya aku menulis awal pagi sebelum memulakan sebarang kerja...kadang2 petang untuk merangkum semua kerja selama seminggu...sumtimes je aku menulis pada hari2 lain kalau ada yang menarik untuk dikongsi bersama..
~intro post kali ni best kan?!hahaha...kelassss~

arini Jumaat terakhir tahun 2011...jangan de yang lupa or silap tulis tarikh plak okay...next week dah masuk edisi 2012...sekejap je...kan...kan...kan...hhhmmm...terlalu banyak nak diceritakan tentang Jumaat ni...terutamanya Jumaat 2011...selalu aku balik umah lunch hour ni sbb ini masa paling lama boleh berehat...and masa paling banyak boleh kongsi cerita dengan 'dia'...selalu aku bagitau 'dia' apa yang aku tulis dalam blog dan kadang-kadang aku tanya 'dia' nak cerita apa dalam blog...dan takdir Allah siapa tahu kalau 'dia' diambil pergi meninggalkan aku juga pada hari Jumaat...tak ada la lagi orang yang aku nak berkongsi pasal blog ni...
~'dia' xpernah baca pun blog aku tapi 'dia' support je sebab 'dia' tahu aku suka menulis~

and pagi2 tadi pada Jumaat terakhir 2011 ni...aku tak mampu nak lawan airmata yang nak tumpah...bila tiba2 aku teringatkan 'dia' yang hanya tinggal gambar je...bilik kecik tempat aku menumpang teduh kat umah mak and abah tu dah padat sebab aku amik semua gambar2 aku dan 'dia' yang dulu penuh seisi rumah terkumpul dalam sebuah bilik...sampai Amir Danial terpusing-pusing tengok gambar babah dia kat sana-sini...sekeliling bilik...
aku cuma berharap...hari-hari yang akan datang terutamanya penghulu segala hari ni akan terus membuatkan aku tabah dan tenang dengan laluan yang aku tak tahu penyudahnya...aku berdoa dan berharap 'dia' tenang di sisi penciptaNya sebagaimana doa yang selalu aku kirimkan...

abang...abang tahu apa cayang nak cakap kan? selain Dia yang menentukan segalanya tentang kita berdua...

pertemuan...

perkenalan...

perancangan...

perkahwinan...

perkongsian

dan perpisahan...

hanya kita yang tahu isi kandungannya...

kerinduan...

kesakitan...

kepedihan...

kerahsiaan...

kesetiaan...

kemarahan...

dan semua tentang kita hanya untuk kita...

cayang akan terus sayang dan sayang abang...sampai bila-bila
~it's me~

Wednesday, December 21, 2011

..:: The Ending Remind About The Beginning ::..

~nak letak tittle post yang berhabuk saje...hahaha! ada aku kesah?! blog aku kot...yang penting isi cerita ni beb!jangan korang tak baca plak...~

assalamualaikum...
followerz : kena appreciate beb (luv u ols)
bloggerz : kena sapa gak (korang sume my sifu kot)
blogwalkerz : kena gak bagi kredit (kot2 esok2 sudi nak follow)

hope everyone out there sihat2 belaka...segar2...and ceria...
for those yang gov servant senyum sket...dah gaji+bonus kan...kan...kan...(*aku pun duk senyum2 sendiri...kikikiki...) and others yang busy2 wif every single thing yang nak kena siapkan...end of year ni macam2 ragam company, jabatan and bosses...ada yang relax2...ada yang suka kalut2...nway apa2 pun korang buat...aku wish all da best okay!!!
~apakah aku sedang melalut :-p sorry2...~

so...aku nak story pe? confuse? ending ke beginning? hahahaha...gelakkan diri sendiri gak sebenarnya ni...ending bout sumthing and remind aku aku bout beginning of others...alhamdulillah selesai suda segala urusan permohonan kenaikan dari gred DH32 aku ke gred DH34...pencerapan...validasi...sungguh aku lega...aku dah cuba sehabis baik segalanya...now aku serahkan kepada Allah untuk menentukan segalanya...doanya mestilah yang baik-baik hendaknya...amin...semua dokumen yang perlu dah dihantar seperti dikehendaki...semua yang digunakan sepanjang persediaan permohonan, pencerapan dan validasi dah simpan leklok...then tugasan baru menanti...as aku mention dlm two last post aku bereskan program sukan...and it was the best sport event i ever had (*walaupun aku xde masa diumumkan SELANGOR johan keseluruhan...walaupun aku xde untuk havoc2 dgn my team masa kemenangan tu diraikan) kemenangan tu aku rasa sangat manis sebab salah satu team yang sumbang pingat adalah netball...yang dijaga oleh aku dan kak yan (*again big credits untuk kak yan...)
~break jap...~

now sit for the other job...yang baru nak mula...aku now tengah busy2 wif penghasilan buletin sulung kolej 'SUARA KKKLa'...Ketua Editor aku a.k.a KE dengan suka suka rasanya melantik aku sebagai Penolong Ketua Editor PKE...aku pun dengan suka suka hatinya menerima...well...u ols know i memang suka suki bab2 yang melibatkan writing2 ni kan...asalnya aku hanya dilamar incharge Slot Karya Kreatif (*itupun memula aku suka suki suku busy2 nak tolong my KE edit hasil karya kreatif) and hari ke hari every day aku selalu joint KE bincang2 idea untuk buletin...so that dia pun lantik aku jadi PKE...okay aku suka...suka sangat!!!...sangat!!! (*kalau boleh paste my smiley face kat sini aku paste kot....kikikikiki) hhhmmm...okay...back to the story...aku pun now workhard and workout la dengan all items for our first baby buletin...hope that everything will be success...okay...dah bis da pasal bulletin...hhhmmm...the other beginning job of coursela preparation for SMK classes next session...semalam dah p shopping...eh!eh!...ops! korang jangan nak menyimpang okay...aku shopping kat stor pusat okay...stor pusat kolej...untuk keperluan kelas next session...insyaAllah sok boleh amik all items and put it in makmal...next week boleh siap2kan apa yang patut...
~okayla...aku rasa itu dulu la kot yang sempat aku kongsi untuk masa ni...kang xsiap plak keje yang baru mula...~

till then...jumpa lagi...
salam...

~it's me~

Thursday, December 15, 2011

..:: 13.12.11 ::..

~cantik gak kan date tu? kenapa? mai nak story kat u ols~

salam u ols...
folowwerz...bloggerz...blogwalkerz...
tarikh tu cantik sbb menarik dalam susunan menurun...orang duk pilih tarikh yang sama je selalu kan macam 11.11.11 or 20.11.2011 aku tetiba de story pasal tarikh 13.12.11 ni...
~agak2 intro aku ni melalut ke ek? xkisahla...aku tau korang my folowwerz mesti nak tau details kan...kikikikiki...jom!!!~

13.12.11 ni aku masih kat ARAU lagi dengan team MASKOM SELANGOR...of coz dgn bebudak netball yang da jadi part of my life about two weeks...sayang korang...hari tu memang bersejarah bila kami berjaya menundukkan WILAYAH 2-PERAK yang menyandang gelaran naib juara (pemegang pingat perak MASKOM 2010) di peringkat separuh akhir...bangganya membawa pasukan yang melangkah ke separuh akhir dengan bergaya...walaupun kami kalah dengan WILAYAH 4-MELAKA/NEGERI 9 di final match tapi my team dah buat yang terbaik...and aku salute all of them...big thanx and credits to Kak Yan yang setia bersama aku membentuk team netball wilayah selangor ni...alhamdulillah kami berjaya melalui semuanya...
~untuk info kami menang dua kali dan kalah sekali di peringkat kumpulan (SEL vs UTARA : 25 - 3 & SEL vs BORNEO : 27 - 3 THEN SEL vs MELAKA/NEGERI 9 : 18 - 25) kami kalahkan WILAYAH 2-PERAK di peringkat separuh akhir dengan jaringan 22-7 dan kalah di final dengan MELAKA/NEGERI 9 : 22-16~

hhhmmm...tamat kisah seharian aku tentang 13.12.11 aku nak masuk story bab malamnya plak...malam tu juga aku naik bas balik ke banting...sbb aku nak prepare for validasi...banyak juga yang merungutkan aku kenapa perli juga MASKOM walaupun aku terlibat validasi...as aku mention dlm my older post...both are important...and aku dah buat semua persiapan seadanya supaya xde yang tercicir...
~aku dah mula melalut ni rasanye...nngggeeee...~

ok continue...aku naik bas dari Changlun (naik bas ekspress selepas 3thn tak naik bas ekspress...) bas 11.30mlm dari Changlun turun kat Putrajaya Sentral...thanx to Hincik Go a.k.a Ketua Kontijen Wilayah-3 Selangor sebab sending me to Changlun Express Counter at that night...alhamdulillah aku selamat sampai kat Putrajaya jam 6.00 pagi...itu je cerita pasal tarikh menarik tu...okay break jap aku nak cite lain plak...dalam post yang lain nanti k...

~my big bang boom credits to all athletes and staff team Wilayah 3 - SELANGOR sebab kita menjadi johan keseluruhan MASKOM kali ke-4 2011...ironinya...tahun depan kita nak jadi tuan rumah...hope that kemenangan sebagai pemangkin semangat untuk Wilayah SELANGOR membuat persiapan terbaik dan mengekalkan kemenangan ini untuk tahun akan datang...tahniah untuk semua yang berjaya dan yang tertewas kita buat next year di tanah tumpah darah kita sendiri...~
SELANGOR!!!
GO!
GO!
GO!

~it's me~

Thursday, December 8, 2011

..:: Audit!!! Migrain!!! ::..

~lex la korang jangan korang plak yang migrain dengan entry aku ni...~

salam
selamat petang
gempak tak? gempak tak? hahaha! xde gempak mana nye...korang sure tertanya-tanya kan audit mende sampai stress sangat...aku la yang jadi juruaudit...mesti korang tanya lagi kan...jadi juruaudit pun stress ke?la korang ni janganla soal banyak2...siapa yang audit siapa ni...
~korang mesti da perasan aku duk melalut kan...kan...kan...tq la followerz sebab sudi meneruskan bacaan...jom!!!~

aku bukan audit menda pun...aku audit diri sendiri...fikiran sendiri...perasaan dan keinginan sendiri...okay korang jangan fikir mendalam sangat aku takut korang menyimpang xpun lemas menyelami maksud kata-kata aku...
aku audit diri sendiri supaya buat kerja lebih teratur...musim2 ujung tahun ni kena buat sesuatu dengan penuh terurus dan teratur...every single things aku buat semua ada notes...ade job list sbb semua nak kena perfect...aku juga mengaudit fikiran aku supaya yang positif je mangalir dalam sesalur otak aku ni...kerja menimbun dengan masa yang macam tak cukup 24 hours ni memang selalu menyebabkan fikiran jadi negatif (*tapi dalam kes ni untuk aku la bukat semua orang kot) hari2 (*bukan pusat pakaian hari2 okay...xde kena mengena) hari2 (*ulang lagi) setiap kali bangun pagi kena cepat2 senyum nak cari mood...so that keje berat and sarat pun rasa mampu untuk ditempuhi...cewah!!! bahas buku plak...then hari2 nak tidur kena segera menolak ketepi semua bahan bacaan dan apa-apa ekstrinsik items yang boleh membuatkan lena dan tidur aku terganggu...barulah tidur lena...dan aku juga terpaksa mengaudit perasaan dan keinginan sendiri...perasaan nak tengok wayang...perasaan nak layan astro first...perasaan nak layan beberapa siri drama kegemaran di televisyen umah mak and abah (*tapi cinta elysa wajib layan...ngeh!ngeh!ngeh!) terpaksa mengaudit perasaan jangan nak fesbuking je yang selalu aku buat setiap malam...last two weeks da ta buat da sbb kena struggle dengan few things yang more important than others in my whole life...waaaaaahhhhh!!! berhabuk AKMA...termasukla aku turut sama mengaudit diri dari blogging dan chatting...kesiankan diri aku...tapi xpe semua untuk kebaikan...semua untuk masa depan yang lebih baik... (*macam de tune nak masuk bab sedey plak)
~break jap...kot2 korang boring baca perenggan berjela aku ni....~

okay...continue...kenapa nak audit mengaudit? sebab aku nak kena validasi next week...apa kaitannya?!korang janganla macam tu...penting wooo validasi ni...masa yang sama aku tengah workout and workhard dengan netball team wilayah selangor yang nak aku angkut ke Perlis Indera Kayangan...entahlah...aku macam belum berpuas hati dengan team aku ni...ada banyak cacat cela di sana-sini...aku cuba yang terbaik dengan bantuan Kak Yan (*mau kena sebakul dua makian klu dia baca blog ni...sebab memanggil beliau dengan gelaran teragung tu) ...team kami akan gerak ke Perlis on Dcember 10 malam and game will be held on 11 untill 15 December...tu xpe lagi sbb mental, fizikal dan emosi aku dh set utk semua tu since about 3 months ago...masalah problem nya bila last friday...keluar plak kenyataan tarikh validasi jatuh on 13 December...mahu tak migrain aku dibuatnya...tu yang terpaksa audit diri sendiri tu...aku pun duduk tarik nafas cuba bertenang and fikirkan langkah2 yang patut diambil... (*tak de makna aku nak tenangnya sebab masa aku dpt tau date validasi tu pun aku tengah kursus satu hal...pastu menggelupur sebab nak fikir date yang clash sana-sini tu) so...demi xnak menyukarkan dan meninggalkan masalah kepada banyak pihak aku pun nekad aku pergi juga dengan team netball dan balik ke Banting 12 Dec malam so that aku sempat la hadir validasi...maknanya sini tak tinggal...sana tak terabai...
~aku harap betul la keputusan aku sbb secara xsengajanya Kak Yan cadangkan aku mohon tukar tarikh validasi kepada 14 Dec sbb on that day event utk netball dah abis...alhamdulillah...peg tu bagi pula habaq hang...syukur~

maka jadilah aku dengan post tittle and entry tentang audit dan migrain...sebab seminggu ni aku betul2 rushing memastikan latihan pusat dijalankan seperti dirancang dengan Kak Yan...alhamdulillah cuma banyak aku offcourt sebab nak menyediakan semua keperluan untuk validasi...aku cuma berharap semua keperluan dah aku sediakan sebab aku akan bergerak dr Perlis 13 Dec malam dan straight away to ma office and pick up all those things and documents to Conference Room for validating session...hope that every single things gonna be alright and okay...

Ya Allah berilah aku kekuatan itu...
menempuh laluan perjalanan ciptaanMu...
Ya Allah kurniakan aku kekuatan itu...
melalui batasan ujian ketentuanMu...
berikan aku Ya Allah peluang itu...
kurniakan aku Ya Allah ruang itu...
bekal menempuh hidup payah
pimpinan melalui perjalanan lelah
hamba hina...kerdil...naif
memohon secebis keizinanMu
hamba leka...alfa...khilaf
memohon seuntai perhatianMu

~it's me~

Sunday, December 4, 2011

..:: Glory Beach Resort ::..

~ape plak honeymoon...adeh korang...agak agak la okay...ESQ Leadership Program...pe benda?jom!!!~

salam to all members...
followers yang setia...
blogwalker yang rajin...
bloggers yang tegar...

kikiki...suke tak dengan new post ni...dun worryla ni bkn entry pasal honeymoon okay...p kursus...de program...cam biasa la bawa bebudak p program...nama program? ESQ Leadership...Emotion, Spiritual Quality...hhhmmm...memang menyentuhla dan betul2 mnembuka minda...rasa mcm tak cukupla plak 3 ari dua malam dengan consultant tu...especially Tn HJ Ridzuan yang bagi aku superb...remember my older post about accordia consultant...dua2 de special aura dlm bidang dorang ni...so, sesiapa yang nak cari consultant for any event...team building, family day and anything insyaAllah aku bleh bagi contact dorang ni...aku suka....LIKE BANYAK2 dengan both of these consultant...
~panjang plak muqadimah aku ni ek?hahaha...tapi aku xberapa mengarut sangatla kan terus straight to the point...~

thumbs up for both of coordinator Hj Ridzuan and Bad sbb dah bagi pengisian yang secara keseluruhannya mendapat pujian positif from all of students...aku sangat touching at thel end of this program...final session to betul2 membuatkan aku menangis la...and bertambah terharu tengok budak elektrik aku yang mengalirkan airmata yang jujur dan ikhlas...
~macam mana aku tau dorang ikhlas...sbb mata dorang kata dorang jjur...bukan senang nak tengok anak2 muridku yang gagah perkasa tu membiarkan airmata mengalir laju turun dari mata masing-masing okay...~

big congrates and credits to all of the team Kak Julia, Kak Ain, Kak Asmak, Ustaz Zul, Azhan and semua yang sanggup bermalam di Glory Beach Resort, PD menghabiskan masa bersama dengan anak-anak murid kita...u alls...dorang perlukan kita dan kita pun perlukan dorang...kalau kita rasa dorang perlukan kita sebagai sokongan dan dorongan....kita pun perlukan dorang sebagai kekuatan dan penghargaan...
~baru nak sebut Glory Beach Resort ek?hahaha...aku selalu kan mcm ni...post tittle kat ujung2 baru nak insert...kuikuikui...~

again big thanx...congrates and credits untuk semua tenaga kerja and peserta yang memberikan kerjasama sepanjang 3 ari program...

~it's me~