~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Tuesday, March 31, 2015

..:: #BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Diri Aku ::..


Assalamualaikum...

Macam tahu tahu je sebab aku baru hapdet blog tadi pasal Hebat Tak Aku ngeh ngeh...

Eh!!! Jap jap...lupa...
Hello my luvly followers...all bloggers and blogwalkers out there...yuhhhuuuu
Oh tambah sikit lagi my #teamwassupsahabatbloggers...
~maaf saya merapu~

Orait...to the point...serius ini memang topik yang gempak kot...aku biase describe diri aku dengan three words je...SWEET SIMPLE SMART...sila muntoh kalau terasa mual...kikiki...tapi task for entry kali ni nak sepuluh #10...memang aku terus buat muka tak malu...tahu aku buat apa??? aku tanya kat group wassup yang aku ada...aku tanya dorang apa 10 perkara menarik tentang aku...and jawapan yang aku dapat...


screenshot #1 ni dari team bilik pensyarah...hehe...

ni sambungan screenshot #1...blushing seh...

ini screenshot #3 daripada anak anak murid aku...abaikan 30 sen tu sebenarnya aku kutip 50 sen...kahkahkah

last screenshot #4...daripada 21 orang team #elektrik ni tu je yang jawab...hurmmm


Aku happy bila dorang bagi aku pandangan camni...seriusly membuatkan aku termotivasi untuk meneruskan kerja dengan dorang...tambah lagi bila students kata aku comel...ahaks!!! aku rasa ini caranya nak tahu yang menarik tentang kita kekuatan diri kita...ask the mirror that always reflects us better then our own eyes...chewahhhhhh!!!

Bagi aku secara peribadi...aku seorang yang Sweet To Look (for a sincere eyes) Simple To Know (for a bright heart) and Smart To Stand (for a pure mind)...and the other 7 8 9 10 or maybe more macam apa yang kawan2 dan students aku cakap tu...

#1 Kreatif (mungkin sebab aku menulis dan ada kemahiran seni sikit)
#2 Lantang memberi idea yang bernas (xtau la bernas ke???)
#3 Berterus terang (aku memang out spoken...and kengkadang mulut longkang gak)
#4 Mudah membantu
#5 Ceriakan rakan2 lain
#6 Banyak cakap (semestinyalah...)
#7 Mudah bagi idea...aku memang banyak idea gila2...tp aku tak gila
#8 Tak berkira dalam kerja dan belanja orang (tapi memanglah aku kalau ada aku share...tak de aku diam2 je)
#9 Aku comel (hahahahahah blushing)
#10 Aku garang tapi manja (hehehe...ni students aku cakap)
#11 Aku baik tapi suka denda kalau lambat (aku bukan setakat denda tu je siap suh jogging keliling kolej xpun pumping 30 kali)
#12 Berfikir luar kotak (sebab tak muat duk dalam kotak)
#13 Motivated (kadang2 aku selalu gak membebel ala ala kaunselor...ok xpastila kadang2 ke selalu)
#14 Rajin (??? ye kot)
#15 Sistematik (yang ni memang aku ni cerewet gak...sumtimes...)
#16 On time (yang ni tak selalu tapi aku selalu cuba buat on time...last minit leceh...letih...)
#17 Tak menunjuk2 (ye kot sebab prinsip aku biar Allah nampak sebab sahamnya sampai akhirat klu manusia je nampak kat dunia saje la jawabnye...#akunakmasuksyurga)
#18 Ada husband hensem (okay terima kasih kepada pengkomen tu...hihi)

Alhamdulillah tak sangka banyak kelebihan aku...harapnya aku telah menjadi hamba Allah yang terbaik...menyenangkan mak abah adik and anak2 mummy...memudahkan urusan kawan2 dan menjadikan students aku berjaya dalam hidup dan kerjaya dorang...

Till then jumpa lagi dalam segmen #BloggerTalk akan datang...

~it's me~

Monday, March 30, 2015

..:: Adakah Aku Sehebat Mereka ::..

Assalamualaikum...

Helloooooo my followers...dah bertambah tau...tak sangka...
Bloggers...blogwalkers...

Tajuk aku nampak best ke nampak bohsan? bukan bohjan okay...no no no jangan salah sangka...aku bukan nak cakap pasal tokoh negara atau mantan perdana menteri mana-mana negara di dunia atau ahli sukan mahupun angkasawan...aku nak sembang kongsi kongsi pasal kisah program aku bersama bekas pelajar aku...and now they are an entrepreneur...okay aku translete...dorang skang dah jadi usahawan...


belanja sket gambor anak anak ensem

So itulah mereka...siapa mereka? my ex student yang aku sendiri pilih untuk menjadi panel forum dalam satu program keusahawanan...budak bertiga ni adalah lulusan Sijil Kolej Komuniti yang suatu masa dulu orang tak pandang pun...malah masa peringkat sekolah dorang bukanlah pelajar harapan...bukanlah pelajar yang dinanti ketika pengumuman keputusan Peperiksaan SPM tiba...tapi sebab keinginan untuk bangkit dorang masuk belajar kolej...sebab kolej pilihan yang ada untuk dorang...Alhamdulillah mereka jauh lebih baik daripada aku...maaf kalau entri ni macam syahdu syahdan sket...hahahahaha...tapi itulah hakikatnya...

Aku rasa kalau cikgu cikgu sekolah dorang tengok dorang sekarang mungkin boleh menitiskan airmata...sebab dari survey secara tak langsung yang aku sembang dengan dorang ni...ada antara kawan kawan yang excellent masa sekolah masih menganggur...tapi dorang dah sukses di jalan sendiri...

Apa yang paling aku happy and enjoy sekali bila adik adik junior dorang ni (yang masih students and audience masa forum tu) rasa bersemangat dan nampak harapan masa depan selepas sesi forum ni...mungkin mendengar kata kata nasihat dan teguran daripada aku dan kawan2 lain tak sama dengan pengalaman yang dikongsi oleh orang yang rasa sendiri kedudukan yang sama dengan dorang.

Anak anak ensem kat atas nun sekarang ada syarikat sendiri dalam usia semuda 20 tahun...menjadi Pengurus syarikat sendiri...syarikat yang ada aset sendiri, pekerja sendiri...dorang jana pendapatan sendiri, uruskan kewangan syarikat dan gaji pekerja...mendapatkan tender...membuat kolaborasi...dan sekarang dorang ni menjadi partner aku dalam team keusahawanan...pelajar yang duduk sebaris dengan aku sekarang malah lebih daripada aku sebenarnya...pendapatan bersih dorang setiap bulan lebih daripada RM10k...tahniah anak anak...

Adakah Aku Sehebat Mereka???
Aku tak ada jawapan tu...apa yang aku tahu, aku nak jadi sehebat dorang bertiga...dan aku harap dalam doa dorang setiap hari ada sedikit titipan untuk aku...biarpun sebesar zarah untuk mendoakan aku terus jadi cikgu yang sabar berdepan dengan anak anak yang mungkin tidak nampak masa depan mereka suatu masa dulu...

Orait...jom layan mata tengok gambor sepanjang program yang aku jadi Floor Manager tu...hahahahaha...nak juga selit promo...


santek kan banner...comey
moderator forum Mr.Go (man of the match) - students favorite

audience - anak anak hebatku

semua yang terlibat

Okaylah korang...begitulah kisah anak anak yang membuat aku bangga menjadi seorang pendidik...mendidik anak anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran menuntut kesabaran yang tinggi dan sangat banyak kesabaran perlu dituai...tapi bila melihat hasil macam ni...aku tak akan pernah lelah jadi cikgu...

~it's me~

Friday, March 20, 2015

..:: #BloggerTalk : Blog Menguntungkan Atau Merugikan Masa ::..

Assalamualaikum...

My luvly followers...sihat sokmo la hendaknye...
Bloggers
Blogwalkers

Stalker please ek jgn porak perandakan blog yang tak seberapa ni...

Jeng! Jeng! Jeng!
Akhirnya muncul juga tajuk #BloggerTalk yang dicari, ditunggu, dinanti, dikomen dan di...di...di...kat page Sahabat Blogger tu...


Straight to the point aku rasa memang aku tak pernah lagi cuba buat sesuatu yang merugikan...maka aku dengan penuh yakin dan percaya BLOG NI TAK MERUGIKAN aku pun...tak kiralah dari sudut apa sekali pun...MASA, DUIT, PELUH, TENAGA FIZIKAL mahupun MENTAL apatah lagi PERASAAN...

TAK ADA SIAPA SURUH AKU BLOGGING
Pada akulah yang merupakan blogger amatur tegar ni...memula memblog ni tak ada sape2 suruh pun...memang begitu ikhlas dari hati...bila nak menulis pun boleh ikut kesukaan aku...kalau aku free aku tulis kalau aku de benda or story nak share aku tulis...kalau tak ada apa2 aku duduk diam2...and kadang-kadang aku Blogwalking je (kategori blogging juga kan???) so memang tak akan sama sekali menganggu masa kerja aku...buat ikut kesesuaian...macam sekarang ni...aku nak siapkan manuskrip novel baru idea tepu tak mau turun mencurah-curah...maka aku blogging...

TAK KUAR MODAL PUN
Aku memang tak expert sangat bab bab blog ni...dan aku memang blogging sebab aku seorang yang suka menulis...writer addict...ooo mungkin korang bleh menjenguk kisah blogging aku kat Kenapa Aku Blogging... aku pun tak reti nak guna nuffnag ke apa semua tu sebab aku tak terlintas ketika itu dan sehingga aku tengah tekan keyboard ni nak buat blog sebagai sumber duit...apatah lagi aku tak terkejar kejar masa atau curi-curi masa untuk post entry...aku tak perlu bayar balik masa yang aku guna untuk post entry...just set the time...time management kata ko!!!

KADANG-KADANG MENGUNTUNGKAN DIRI SENDIRI
Hahahahahahaha!!! okay maaf kalau korang rasa tak lawak...tapi seriusly kadang-kadang memang aku dapat gak la keuntungan...terutamanya untuk post aku yang berbaur macam iklan...macam PROMOSI JAHITAN MANIK SEMPENA HARI RAYA atau pun BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN ataupun KURSUS LATIHAN KHAS PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL tak pun kadang-kadang NOVEL SULUNG AKU 'JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU' TELAH TERBIT dan apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan kerja aku...nanti ada je yang pm aku nak join kursus or beli barang...tu yang kadang-kadang menguntungkan tu...hehe...

So, aku rasa berlainan untuk semua blogger dan berlainan juga untuk semua blogwalker atau followers...menguntungkan atau merugikan masa??? tepuk dada tanya selera...

p/s #1: tepuk dada hang pa memasing na...
p/s #2: promosi tu memang betul2 ada tau!!!
p/s #3: jangan marah na

~it's me~

Wednesday, March 11, 2015

..:: STRESS!!! ::..

assalamualaikum...

sekian, terima kasih

~it's me~

Thursday, March 5, 2015

..:: #BloggerTalk : Faktor-faktor Bergiat Dalam Dunia Blog ::..

Assalamualaikum...

Helluuuu my luvly 85 followers...very luv...
Dearest bloggers and blogwalkers...tq ok sudi menyinggah...
~pandai kan aku amik ati korang~

Akhirnya dah dapat pun kisah apa nak sharing maring this time...hehe...
Faktor tu apa??? Harus aku kena libas sebab bahasa melayu pun tak boleh nak faham...tapi tak apa aku pun memblogging bukan atas banyak sebab dan alasan sangat...ngeeee....jadi jomlah tengok2 kenapa aku menjadi seorang blogger...

AKU MEMANG SUKA MENULIS - memang sangat suka menulis...dan aku memang akan join apa2 sahaja peluang yang datang kalau berkaitan dengan penulisan...how to write...what to write...why we should write...why i cant write...bengkel penulisan kreatif la...bengkel penulisan artikel la...apa2 sahaja...dolu dolu aku menulis secara manual pen and papers tp smpai la aku berjaya menggodek blog so aku pun jadilah penulis blog amatur tegar...hahahahaha...TAK LAWAK!!!

AKU SYOK SENDIRI MENULIS - i call this my pasion and my soul...eh tertype in english plak...sorry...tapi memanglah bagi aku inilah jiwa raga dan kepuasan aku...menulis...memang aku syok sendiri klu sampai bab2 menulis ni...ntah apa2 yg aku terlintas akan aku tulis...kdg2 xtau pn menarik ke tak...contohnya macam blog aku yang ada 85 followers je...aku tak kisah sbb aku menulis memang untuk kepuasan diri aku...tapi kalau ada yang terbaca alhamdulillah...syukur...dan aku pun merelakan je diri aku menulis...aku de 2 blog yang aku uruskan secara berbeza...1 blog ni yang suka suki...1 lg blog cari makan CikZaraPage yang tu memang semua part of manuskrip novel aku...blog tu lagi ternyata aku syok sendiri sebab follower cenonet je bilangannya...mungkin sbb aku belum masuk list novelis yang hebat...

DUNIA KEDUA AKU - ok tak payah nak mistik atau paranormal sangat...aku xsuka hal2 seram sejuk...cuma aku selalu memilih untuk berblog kalau ada benda2 yang aku rasa tak boleh dikongsi secara lisan atau fizikal...atau mungkin juga tak boleh diluahkan dalam bahasa mudah...jadi aku memilih blog menjadi dunia kedua aku...aku bebas menulis apa2 sahaja meluahkan apa2 sahaja...contoh macam bila aku tiba2 rindu kat arwah suami aku...aku nak cakap kat sape kan??? Jadi aku tulisla surat maya untuk dia...tapi sampai ke sudah dia tak bagi alamat...hahaha...jadi de je surat untuk dia dalam blog aku...tak rahsia langsung...korang bleh cari kat blog aku Warkah Buat Suamiku (label : me and him)...promote....kahkahkah...tapi tak risau sangatla sebab aku tak begitu berminat nak blogging pasal politik...jadi tak takut la kena banned...ngehngeh...

WARISAN YANG AKU HARAP TAK MATI - aku blogging dan kadang2 (selalu gak sebenarnya) blogwalking benda2 yang simple dan tak terlalu rahsia pun...hopefully apa yang aku godek2 kat blog (bukan gedik2) tak akan pupus...aku suka juga bila type kat google kuar nama blog sendiri yang tak bape semenggah mana pun...terutamanya bila type nama pena aku...jadi mungkin 50 tahun lagi kalau2 orang google or apa2 je la kat search engine akan ada salah satu isi blog aku membantu carian dorang...cewaaaahahhhhahahahahahaha...

Itu je la kot...kisah #BloggerTalk aku untuk second session ni...aku harap aku telah menjawab soklan dengan baik tentang faktor aku blogging...kalau tak buat malu je score bagus BM masa SPM (result baik tu saje nak closing writing)

#myfingers
#mypasion
#mysoul

~its me~

Monday, March 2, 2015

..:: Sesi GodekGodek CikZara FB Page ::..

Assalamualaikum...

Hellooooo my luvly followers...
~korang memang pembakar dan penguat semangat aku~

To all bloggers and blogwalkers...
~dont stop colored my day~

As aku mention b4...akulah sosial media user yg gemar godek godek...hehe...saje nak share pasal official page aku as ZaraAqeela ni...sbb blog ni ruangan aku paling santai menulis...dan dalam 2 3 arini ilham aku xbape nak datang...jadi saje la aku share pasal page nama pena aku...nama pun orang xbape nak kenal...jadi saje la jual nama...kikiki...mane lah tau lpas ni akan meriah page aku...

Novel tulisan aku baru SATU je yang terbit di bawah naungan publisher KAKINOVEL...aku guna nama pena ZARAAQEELA...de kwn lama aku...schoolmate tanya memang kena guna nama pena ek??? Jawapan aku...TAK tapi aku selesa la guna nama pena sebab macam best saje...ngeeeee...boleh bayangkan tak senyum sengeh aku...tapi to be honest my 1st baby ni...JanganBerhentiMencintaiAku a.k.a JBMA ni memang sangat2 memberi kesan untuk aku...menzahirkan segala macam perasaan ke dalam sebuah naskhah ni xsenang...pastu menanti dengan sabar dan YAKIN dia akan keluar juga...nyata tak sia sia...lama oooo aku tunggu JBMA ni lahir...alhamdulillah walaupun aku masih tak tahu sambutannya...tapi aku sangat berharap ianya positif dan aku akan terus menulis tanpa henti...

Now aku tengah usaha nak hasilkan yang ketiga dengan harapan ianya lebih baik lebih berkualiti dan lebih mengujakan...
Do pray for me...

Belum pernah baca tulisan aku??? Bleh jengah CikZara Page 
kalau rasa nak tambah koleksi bleh direct order Jangan Berhenti Mencintai Aku RM24/RM27...free postage dgn otograp....

Till then...dont stop reading...coz i luv writing

Bleh la melawat tapak page ZaraAqeela FB Page

~its me~