~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Sunday, October 30, 2011

..:: Bangunlah Akma ::..

~belum apa-apa airmata aku dah meleleh...ntah hapa-hapa ntah aku ni...adoyai!kenapa bersedihnye pun adoi!~

Salam...Selamat u olls...yang mengenterkan page aku...
again persoalannya di sini ada ke?
sedarkah aku sedang cuba menipu kengkorang...kunun2 aku ni okay ni ha...tapi tengah sot set sot set melayan airmata aku yang gedik gedik miang nak meleleh jugak bila aku pilih post title aku yang ala-ala adik manja gitu...eh!eh! dah macam slot TYZO Suria fm ek...lantak!...

~aku memang suke merelatedkan bebenda yang kekadang x related langsung...eh!ada mak kesah??!!~

memang aku nak sangat mengajar diri aku ni...bangunlah AKMA...so that aku arini akan keluar nak joint program...ni bukan first time since he's not around...eh mcm lagu when you're gone plak...
~aku mcm protes diri sendiri sebenarnya habaq hang~
 


okay berbalik kepada title post yang kejutkan diri sendirinye pun adoi!...aku dah kuar joint event aritu...aku dh p kursus last two weeks rasenye...tp aritu aku confident coz participant sket je aku tau...pastu plak aku yakin xberat...
~confident tu wpun sesampai tu dah menung...sentap sekejap seblom de hero temankan aku...eh!ade plak ek hero~


so this time yang aku nak p ni agak besar and aku betul2 harap aku boleh bangun...wpun mlm tadi aku nyaris2 nak call pegawai perkembangan staff untuk cancelkan kehadiran...aku dah down abis...airmata sama laju turun dengan shower...xtau mana lg banyak...but then aku dah okay...insyaAllah...

~dun worry abang...i'm trying...that is not that easy to face...but cayang cuba sedaya upaya...sebab cayang tahu abang doakan yang terbaik untuk cayang...abang jangan risau okay...cayang tengah cuba...cayang akan terus cuba...dan cayang akan bangun...~

Tuhan...aku mohon Engkau lebarkan sayap kasih sayangMu memayungi kelemahanku...
aku mohon kebesaranMu memimpin keterbatasanku...
bantulah aku bangun Ya Allah...
bangun AKMA...
bangun...


~it's me~

Monday, October 24, 2011

..:: Kekuatan Itu Belum Ada ::..

~baru nak start dah berebut-rebut airmata nak keluar~


Salam semua...ada ke ntah yang baca ni...



Inilah yang perlu aku tempuhi untuk entah berapa lama lagi...aku memang ambil peluang untuk menyudahkan kerja-kerja yang berbaki sebelum balik rumah...dan kadang-kadang tak ada kerja pun...tapi aku tetap pastikan ada sesuatu yang perlu aku selesaikan dan berlama-lama...mencari ruang untuk sendiri...mungkin juga dia ada menemankan aku...
~kalaulah dia tengok aku menangis...~


Dah hampir 2 bulan dia pergi tapi kesakitan tu makin banyak rupanya...susahnya membina kekuatan ketika kita sedang menyorokkan kelemahan...aku bukan xnak berkongsi...hakikatnya aku sedang berkongsi dan aku tahu ada yang membaca tulisan aku ni...aku pun tahu ada ramai yang tak memahami dan cuba untuk memahami...aku tak salahkan sesiapa...jauh sekali menyalahkan Dia yang maha berkuasa kerana begini rupanya jalan cerita hidup aku...
~Ya Allah aku mungkin tak tahu kalau sebenarnya aku seorang yang kuat yang kau pilih untuk diuji oleh Mu...ampunkan aku Ya Allah~


Aku cuba untuk bangun dan berdiri macam dulu...aku ajar kaki berlari dan bergerak pantas macam selalu...tapi aku rasa kekok...aku rasa tak sempurna lagi...aku rasa tak sekuat dulu...aku tahu aku boleh sakit kalau tak cuba lepaskan tapi aku tak ada kekuatan untuk lepaskan...apa lagi lepaskan kesakitan depan emak dan abah...aku cuma berharap kekuatan tu akan muncul nanti...ye nanti...satu hari yang aku xpasti bila...


~it's me~

Tuesday, October 18, 2011

..:: Post Untuk Amir Danial Mummy ::..

salam semua...
selamat petang
~petang yang sejuk dek ujan lebat yg turun tiba2 tengahari td~

pe cer petang ni...ni da entry khas untuk amir danial kesayangan mummy...
~siapa lg yg mummy ada nak manja2...danial je yang xbusy orang lain busy...one day u must read this post okay danial...promise dengan mummy~
dah sebulan lebih babah tinggalkan mummy...danial dah belajar counting kan? mesti danial tahu sebulan ada 30 ari...tapi since past two weeks mummy betul2 rindukan babah...dada mummy rasa sakit...perit...mummy tak tahu nak nangis dekat siapa...mummy tak tahu nak peluk siapa...mummy tak nak nangis depan nenna and atuk...cukupla untuk 30 tahun dorang jaga mummy...besarkan mummy and tengok jatuh bangun mummy...tapi mummy memang rindukan babah sangat2...mummy rasa nak balik umah tapi mummy tak kuat lagi...danial ingat tak dulu mummy dgn babah selalu sending and fetch danial kat nursery...then singgah umah mummy b4 mama balik keje...danial tahukan babah sayang danial? mummy harap danial pun sayangkan babah juga...danial, mummy dengan babah xde anak...babah pun dah tinggalkan mummy...ada mummy je nak doakan babah...mummy pun bukan banyak amalan...tapi danial masih kecik...Allah akan dengar doa danial...danial tolong mummy doakan babah kat sana okay...lagi satu, kalau danial nampak babah or babah jumpa danial, danial cakapla dengan babah mummy rindu dia...kalau dia tak nak jumpa mummy pun xpe lah mummy cuma nak dia bahagia kat sana...mummy sentiasa doakan yang terbaik untuk dia...danial cakap tau dekat babah macam tu okay sayang mummy...and please do kiss him for me...do hug him for me...tell him dan i love him so much and i really miss him...
danial je la harapan mummy...mummy sayang danial...mummy sayang babah juga...mummy tahu babah pun sayang danial...danial tolong mummy ye sayang? mummy betul2 rindukan babah...
mummy baru abis kelas...biasala kelas yg x abis-abis...sambil dengar lagu khatimah cinta : 6ixthsense...ops!sangat sentap...sebenarnya mummy rindu kat babah sangat2...entah babah ingat mummy ke tak...danial rasa babah ingat mummy x? ada tak babah datang jumpa danial? or danial nampak babah jalan2 kat umah nenna and atuk? mummy tak pernah nampak babah lepas dia tinggalkan mummy tau...mummy rindu sangat...tapi babah x datang pun...jumpa mummy dalam mimpi pn tak...rindunye mummy kat babah...
kalau babah datang jumpa danial bila2 nanti danial cakaplah kat babah ye mummy rindu babah...kalau babah tak nak jumpa mummy tak pe lah tapi jumpa danial...mummy just nak tahu babah okay ke kat sana?

~tiba2 lagu kebahagiaan dalam perpisahan : shahir plak tengah main skang ni...hope betul2 la babah eppy kat sana kan danial...~

~it's me~

Friday, October 14, 2011

..:: Nota Hati : Bicara Diari Bisu ::..

Ya Allah...
tetapkanlah letak hati...
redhakanlah dia pergi...
Ya Rabbi...
kuatkanlah paksi naluri...
melepaskan dengan sepenuh jiwa...
segala yang dia tertinggalkan...
buatku...
semua yang dia terkandaskan di pertengahan...
untukku...
Ya Izzati...
luaskanlah laluan mata hati...
lebarkanlah sempadan laluan perasaan...
menyimpan yang pedih...
menyaring yang luka...
biar yang jelas tidak terlihat...
supaya yang kabur terus tersirat...
airmataku...
tumpahlah hanya untuk pandangan kaburku...
menitislah hanya untuk sendu hatiku...
senduku...
bertahanlah...
sedalam kasihku bertahan buat dia yang telah pergi...
kuatlah berpaut...
pada tautan perasaan yang lama aku simpan...
hatiku jiwaku kaulah nyawaku...
airmataku bajaku kaulah kekuatanku...
berbisiklah dengan perasaanku sebagaimana diari bisu ini berbicara sesama sendiri...
selama ini...
menyanyilah bersama ketabahan dan kekuatanku...
sepertimana nota hati ini tercatat setiap hari...
Ya Allah Ya Rabbul Izzati...
cerahkanlah lakaran wajah...
maniskan ukiran mata...
melengkap ketenangan jiwa...
buat semua insan yang setia menemani

~it's me~

Thursday, October 13, 2011

...:: Gold Medal Yang Sangat Besar Maknanya ::..

~aku menulis dengan perasaan yang penuh bangga ni~


Salam...
Selamat petang...
Cerita gold medal ni tengah menjadi buah mulut skang ni kat kolej...alhamdulillah...syukur...
~sungguh korang takkan tahu apa yang aku tengah rasa...~

That's all about Ariff and gold medalnya...Kerana perjalanan mendapatkan gold medal ni jugalah aku tahu aku sebenarnya mampu berdiri lagi...aku mampu untuk bangkit lagi...
Terima kasih Ya Allah...
Selama tiga hari berulang alik ke KK Selayang menemani anak buah aku tu sebenarnya hanya Allah yang tahu sekuat mana hati dan perasaan aku untuk berdepan dengan dunia luar selepas ketiadaan suami aku...walaupun dah sebulan dia pergi, bukan senang aku nak keluar berdepan dengan semua orang...tapi alhamdulillah aku mampu harungi dan habiskan hingga ke akhirnya. Aku berjaya juga temankan anak buah aku sampailah dia naik ke pentas amik gold medal dia...masa tu aku rasa aku pun tengah hadiahkan gold medal untuk diri aku sendiri...
Bila aku tengok anak buah aku terima gold medal tu, aku tahu aku kena kuat. Aku tahu aku kena belajar bangkit dan terus berdiri. Aku tahu anak-anak buah aku perlukan aku untuk membina masa depan dorang...
Thanks again to kwn2 yang memberikan kepercayaan untuk aku keluar membawa amanah yang besar selama tiga hari ni...Thanks to Ariff again sebab menyedarkan saya...yang saya ada kekuatan untuk teruskan kehidupan saya macam dulu...
Memula special congrates to anak buah aku Muhammad Ariff Bin Sukor (yes i'm tagging and sharing this entry for you also). Why? Sebab dia dah berjaya membawa pulang pingat emas yang aku kira memang dia layak menerimanya. Why lagi? Sebab dia sorang je yang berjaya menghasilkan pemasangan litar kawalan motor lengkap beroperasi seperti dikehendaki. Tahniah again.
Then, special thanks to my team SMK Motor Elektrik Tiga Fasa sebab bertungkus lumus membantu membuat persediaan untuk pertandingan ni. Tak kiralah masa, tenaga, buah fikiran, wang waima doa sekalipun. TQ so so much.
~we deserve it~

~it's me~

Thursday, October 6, 2011

..:: Airmata Yang Degil :..

~tisu dah nak abis...dek kerana melayan airmata yang degil...sakit dada rasanya bila tiba-tiba airamata meleleh turun ke pipi...dan tak nak berhenti~

Tuhan
siapalah aku untuk menyalahkan takdirMu
siapalah aku untuk menidakkan suratanMu
tapi Ya Allah
siapalah aku untuk menyatakan kekuatan hati
siapalah aku untuk mengakui ketenangan perasaan sendiri
aku kalah dengan perasaan
aku kalah dengan kesedihan
senyuman yang menyakitkan
ketawa yang memedihkan
Tuhan
ketika airmata degil ini turut lagi
rasa sakit dan pedihnya
jauh ke dasar hati
Tuhan
ketika airmata degil ini tidak mahu berhenti
rasa semuanya tidak mampu aku lalui
pahit manis yang singkat itu
membuatkan semuanya terlalu sukar untuk didepani
melayan kerenah hati sendiri
memujuk perasaan sendiri
sakit
sedih
pedih
Tuhan
dengarkah dia bicara rinduku
fahamkah dia bicara sepiku
Tuhan
kuatkanlah semangatku
teguhkanlah hatiku
luruskanlah keimananku
biarpun terus ditemani airmata yang degil ini

~abang rindu cayang tak?macam cayang rindu abang sekarang...cayang tahu abang tak suka cayang menangis tapi airmata ni memang degil...lagi cayang sapu lagi dia menitis...lagi cayang lap lagi dia mengalir...~

Ya Allah sampaikanlah salam rinduku buat dia di sisiMu...


~it's me~