~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Monday, October 24, 2011

..:: Kekuatan Itu Belum Ada ::..

~baru nak start dah berebut-rebut airmata nak keluar~


Salam semua...ada ke ntah yang baca ni...



Inilah yang perlu aku tempuhi untuk entah berapa lama lagi...aku memang ambil peluang untuk menyudahkan kerja-kerja yang berbaki sebelum balik rumah...dan kadang-kadang tak ada kerja pun...tapi aku tetap pastikan ada sesuatu yang perlu aku selesaikan dan berlama-lama...mencari ruang untuk sendiri...mungkin juga dia ada menemankan aku...
~kalaulah dia tengok aku menangis...~


Dah hampir 2 bulan dia pergi tapi kesakitan tu makin banyak rupanya...susahnya membina kekuatan ketika kita sedang menyorokkan kelemahan...aku bukan xnak berkongsi...hakikatnya aku sedang berkongsi dan aku tahu ada yang membaca tulisan aku ni...aku pun tahu ada ramai yang tak memahami dan cuba untuk memahami...aku tak salahkan sesiapa...jauh sekali menyalahkan Dia yang maha berkuasa kerana begini rupanya jalan cerita hidup aku...
~Ya Allah aku mungkin tak tahu kalau sebenarnya aku seorang yang kuat yang kau pilih untuk diuji oleh Mu...ampunkan aku Ya Allah~


Aku cuba untuk bangun dan berdiri macam dulu...aku ajar kaki berlari dan bergerak pantas macam selalu...tapi aku rasa kekok...aku rasa tak sempurna lagi...aku rasa tak sekuat dulu...aku tahu aku boleh sakit kalau tak cuba lepaskan tapi aku tak ada kekuatan untuk lepaskan...apa lagi lepaskan kesakitan depan emak dan abah...aku cuma berharap kekuatan tu akan muncul nanti...ye nanti...satu hari yang aku xpasti bila...


~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~