~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Tuesday, May 31, 2011

..:: Jangan Berhenti Mencintai Aku ::..

Aku tak pernah berkongsi cerita ni dengan dunia luar selain aku dan dia...tapi hari ni aku nak sangat-sangat berkongsi tentang rasa cinta yang terpaksa dilupakan kerana sememangnya tak mungkin dapat bersatu...dia yang dah lama pergi dan aku memang redha dengan perpisahan ni...
~sentap~


Tapi, demi Allah sayang dan kasihnya aku kepada dia tak akan sama sekali luput dan hilang sebab semuanya kerana Allah...sungguh demi Allah rasa itu datang dan kerana Allah juga rasa itu terpaksa aku pendamkan...memang telah ditentukan sesungguhnya jodoh itu bukan kerja kita tapi kerja Dia...biar sekuat mana mempertahan hubungan...sekukuh mana memegang janji...tapi bila Dia kata jodoh itu tidak akan ada antara aku dan dia yang aku sayang...maka tidak akan ada sama sekali...
~sangat rindunya saat ini~Namun, setiap waktu yang berputar, setiap detik yang bergerak...membuatkan aku selalu merasakan semangatku semakin kuat bila aku fikirkan yang dia memang mencintai aku...cuma memang telah Allah takdirkan ianya berakhir di situ...dia tak mungkin kembali lagi...dunia yang dikatakan menghimpun tujuh wajah serupa dan sama tak mungkin memberikan aku rasa yang sama seperti aku merasa indahnya cinta dia...kerana keikhlasan cinta dan kasih sayangnya itu...aku relakan dia pergi buat selamanya...semoga dia akan lebih bahagia...~aku sangat sedih saat itu...dan sangat sedih bila terkenangkan saat itu~

Nafas yang aku hembus dari udara yang kusedut setiap hari...setiap siang dan malam...aku selalu memohon...di mana juga dia berada...JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU...kerana itulah kekuatanku...kerana itulah semangatku...kerana Allah rasa itu bermula...kerana Allah juga rasa itu menemui titik penghujungnya...~mungkinkah dia mendengar rintihanku~

Peliharalah perasaan yang tidak berdosa ini tuhanku demi menghimpun secebis kekuatan...mengumpul sekelumit ketenangan...mencari panduan sebuah perjalanan atas apa juga dugaan perasaan

...JANGAN BERHENTI MENCINTAI AKU......full stop...

~it's me~

Tuesday, May 24, 2011

..:: Membaca Cerita Cinta ::..

Selalu sangat kita baca tentang kisah cinta ni...tak kiralah positif atau negatif...entahlah...aku kalau baca kisah cinta negatif yang kesudahannya meninggalkan beban untuk mana-mana pihak sekalipun memang membuatkan fikiran aku semak...dada aku sesak...
Tapi bila baca kisah cinta yang indah...penuh diplomasi...kepercayaan...tanggungjawab dan kesefahaman...aku jadi cemburu...sudahnya aku duduk termenung sendiri...
Hhhhmmm...susah juga kan...betul dan tepat fakta yang menyatakan manusia tak pernah puas ni...huhuhu...aku nak kongsi beberapa kisah cinta yang menarik perhatian aku...biasalah...cinta kawan-kawan yang boleh kita ambil pedoman...


*cinta Iskandar dan Zakiah*
Zakiah ni anak orang kaya berada...kaya lah daripada keluarga aku...tapi family dia memang tak terlalu memilih terutamanya tentang pasangan hidup anak-anak...so cinta Zakiah kepada Iskandar mendapat restu 100% daripada keluarga kedua belah pihak...nak jadi ceritanya, Iskandar ni graduan yang mengusahakan pertanian ladang berkoyan-koyan luasnya...Zakiah ni relax je tak kisah pun joint dengan hubby dia buat kerja-kerja kampung...kalau nak diikutkan Zakiah ni jangankan tidur berpanas, guna kipas pun tak pernah...fully aircond...tapi hidup je dia dengan bahagianya dekat rumah Iskandar yang sederhana...bab masak tak payah cakaplah...agaknya sebelum kahwin tu entah tau ke tidak keperluan dapur...ikan dan sayur...tapi bila dah kahwin dengan Iskandar semuanya cukup gaya dan cara...sampai parents Zakiah terhutang budi dengan menantunya sebab menjadikan anak mereka manusia...sweet je kawan aku ni...now tengah tunggu third baby...hahaha...


*cinta Emir dan Aina*
Aku tak tahu kategori cinta dorang dua org ni...sebab sepupu Emir yang satukan dorang...memula tu aku tengok memang happy gila la...sempoi...tapi lama kelamaan baru aku tahu Aina ni tertekan dengan sikap Emir yang take for granted hidup dengan dia...makan pakai tak terurus...terurus sebenarnya tapi more than 90% on her...other 10% on him itupun yang bab membasuh dan menyidai pakaian...makan tak payah cakaplah...barang dapur pun susah nak lengkap...pastu husband keep complain macam-macam...lagi yang menyakitkan tu siap ada masa plak si Emir tu nak berfoya-foya dengan pompuan lain...mengaku bujang...bengong!


Ada banyak lagi sebenarnya kisah cinta yang aku baca...tapi yang dua ni macam menarik perhatian aku sikitlah...interesting...sangat...


Okaylah...nak sambung keje apa yang patut...insyaAllah aku tulis lagi nanti...


~it's me~

Tuesday, May 10, 2011

..:: Ketika Hati Betul-Betul Sedang Rindu ::..

For info, masa aku type post ni aku memang tengah tahan-tahan airmata yang perlahan-lahan gugur juga...sedih beb bila tiba-tiba aku rindu kat kawan-kawan masa kat hostel dulu...serius ni...rindu yang lebih membuak-buak dari aku rindukan suamiku aku...derhaka tak macam tu...entahlah tapi aku yakin Allah maha mengetahui dan memahami...


Time ni aku tengah layan lagu-lagu nasyid...entah kenapa tergerak nak serach lagu-lagu nasyid yang satu masa dulu jadi teman paling setia aku and kawan-kawan masa kat hostel...masa ni aku tengah layan lagu Selamat Berjuang...for those yang pernah jejak kaki ke asrama skola agama macam aku for sure aku yakin and hudred percent berani cakap korang pernah layan lagu ni...serius aku memang sedih...aku siap nyanyi2 dengan harapan doa aku sampai kat kawan-kawan aku tak kira lah kat mana pun korang ada sekarang...sebelum tu tadi aku layan lagu Teman Sejati...memang tangkap sampai ulu hati Allah sahaja yang tahu...macam layar cinema kat depan aku ni muka kawan2 hostel yang susah senang dengan aku setiap masa semua ada...demi Allah aku rindu korang...kalau lah ada antara korang yang tersinggah blog aku ni please la buzz aku okay...


Zaman sekolah aku memang Brothers and Mirwana tengah top sangat2...carta teratas la kalau di kalangan member hostel baik lelaki or perempuan....then, aku click plak lagu Nur Kasih...lagu ni memang aku akan ingat sampai bila-bila...lagu yang simpan terlalu banyak kenangan...masa tu aku kat U...memang perjalanan hidup aku masa kat kampus tu sangat-sangat susah...sungguh aku cakap sebab kawan-kawan aku mampu bertahan...memang hanya Allah je yang mampu balas segala pengorbanan kawan-kawan aku...serius campus life aku best, indah tapi dalam hati ni Allah je yang tahu...aku memang bangga la ada kawan macam korang sepanjang hayat aku takkan lupa...and of course sebab Nur Kasih (Cahaya Kasih) korang yang ikhlas tu la aku terus kuat dan berjaya macam sekarang...


For those out there yang mungkin salah seorangnya kawan aku dulu...aku sayang korang sangat-sangat...korang carilah lagu-lagu yang pernah jadi sebahagian dari siulan kita masa kat skolah dengan kampus dulu...aku memang sayang korang sangat2...

Aku tak nak jot down nama kat sini sebab aku takut ada yang aku lupa...aku tak nak ada yang terasa hati...tapi...aku nak korang tahu aku memang betul-betul rindukan korang sume skang ni...siapalah aku kalau tak ada support daripada korang...aku tak akan berjaya dan disanjung students kalau bukan dapat moral support dari korang...


~it's me~

Tuesday, May 3, 2011

..:: My Gold Medal Team The Second ::..

last saturday dah selesai netball tournament for wilayah selangor community college...personally terkilan sebab just three team je yang attend...but then aku rasionalkan balik pemikiran aku sebab hulu langat last minute cancel...transport xde...same goes to hulu selangor yang memang dari awal dah bagitau tak dapat datang...

apa2 pun aku ucapkan tahniah untuk bebudak yang memang dah bertungkus lumus since february dengan latihan yang tak lah pro sangat tapi they all still give full attention to the team...


and this is the second time kkkl dapat gold medal...honestly aku sangat berharap this year selangor boleh present sesuatu untuk maskom yang entah ada ke tidak nanti agaknya...


~it's me~