~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Tuesday, July 31, 2012

..:: Selepas 10 Ramadhan ::..

~Ya Allah...terima kasih atas keizinanMu menemukan aku sekali lagi dengan Ramadhan yang mulia ini...~


assalamualaikum
selamat tengahari
salam Ramadhan Al Mubarak


aku harap tak la terlambat sangat aku nak ucapkan salam ramadhan untuk sesiapa je yang terjengah blog aku yang memang xseberapa adanya ni...alhamdulillah blog ni masih bertahan...bertahan sepertimana aku cuba bertahan dengan kehidupan aku yang selalu sahaja tak terduga ni...cuba bertahan sebagaimana aku menutup semua perasaan lahiriah dari terzahir...
~terasa intro ni sangat matang untuk aku yang masih muda...ahaks!~


seronoknya Ramadhan sudah menjengah hari ke-11...cepatnya masa berlalu...last week aku kena p kursus...thats y la aku tak post any entry pasal Ramadhan yang mulia ni...but actually de 1 draft dalam posting list yang tergendala dek sebab kekangan waktu...so, i had cancel that post and here the new one...
as aku mention in my post on July 13 in  Menanti Ramadhan ada banyak benda dalam diari Ramadhan everyone...termasuklah aku...
and after a week fasting ni...barulah aku terasa-rasa kekosongan yang ketara especially time nak masak petang2...sebab 'dia' memang sangat suka makan...kebiasaannya membeli belah di bazar Ramadhan atau memasak di dapur adalah dengan ilham idea mengikut selera 'dia'...now dia dah tak ada...aku cuba sedaya upaya membuang perasaan yang boleh merosakkan emosi aku bulan-bulan baik ni kan...tapi, aku manusia biasa yang kadang-kadang kalah dengan perasaan...ada masanya terkeluar juga itu dan ini yang menjadi kegemaran 'dia' di bulan Ramadhan...empat tahun bersama memanglah bukan waktu yang terlalu panjang kami habiskan bersama tapi tetap kesan tu terasa...
seminggu berpuasa ni juga aku perasan, mak x selalu suruh aku ke dapur mungkin dia tahu apa yang aku rasa...biasalah...emak kan...tapi, aku masih kuat lagi melalui semua ni...insyaAllah...aku cuba untuk lalui semua ni dengan sekuat dan semampu mungkin...aku harap Allah akan sentiasa memberikan aku kekuatan dan kesabaran...hhhmmm...insyaAllah...
~baru seminggu ni...panjang lagi masanya...tukar story plak la...~


after a week ni juga alhamdulillah segalanya berjalan lancar terutamanya kerja dan Encik Sayang aku...and dia telah diserang demam sampai suaranya terlah bertukar menjadi...tak mungkin transformers megatron kot...tapi dah kurang macho sket...hahahaha...xpe lah Encik Sayangku...sakit itu Allah berikan sebagai penebus dosa-dosa kecil...mudah-mudahan cepat sembuh dan lebih bertenaga nanti okay...
~harapanlah klu korang rasa aku akan munculkan dia dalam post ni...kikikikiki~


hhhmmm...cerita selepas 10 Ramadhan ni juga haruslah aku serikan dengan cerita tentang Amir Danial kesayangan mummy...yang dah besar panjang...dia yang galak nak bercakap tu sering mempraktikkan kemahiran bercakapnya dengan bebelan-bebelan yang tiada butir bicara...masing-masing boleh menjadi translater mengikut kesesuian situasi ketika itu...and for info...dia ada 3 pasang baju melayu for this raya okay...aku pun agak musykil berapa lamakah Amir Danial berpuasa? hahahahaha...pe2 pun Amir Danial lah penghibur hati mummy sampai akhir hayat mummy...mummy sayang Danial zahir batin dunia akhirat sayang...either i will get my own baby or not u'll be the numb one...mummy harap Danial akan sayang mummy dan doakan mummy kalau mummy dah xde nanti...
~terima kasih angah sebab bagi along rasa kasih sayang Danial...~


apa juga laluan yang terbentang selepas ni aku berharap aku kuat...aku bermohon aku tabah...


~it's me~

Tuesday, July 17, 2012

..:: Kerinduan...Kesakitan...Kepedihan...Keredhaan ::..

~happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday happy birthday...happy birthday to me...happy birthday AKMA...semoga panjang umur dan terus tabah mengharungi dugaan dan cabaran yang Allah bentangkan...kerana semua itu akan membuatkan kamu lebih bersyukur atas nikmat yang Dia sediakan...amin...~

assalamualaikum semua...
hhhmmm...ari besday aku la...sbb tu aku duk bz bz nyanyi utk aku yang dah pun masuk three series this year...nway nhow aku bersyukur walaupun de perasaan sebak dan sedih yang tak dapat aku elakkan.

hari hari istimewa tak datang selalu dalam hidup kita kan? macam birthday...wedding...anniversary...first newborn baby...first date and macam macam lagi la...tapi bila sesekali ianya datang, kesan yang ditinggalkan sangat dalam dan memang berbekas hingga hujung nyawa...sama mcm birthday aku yang kebetulan jatuh pada hari ahad yang lepas...syukurnya sebab Sabtu malam tu kami berjaya juga mengadakan kenduri tahlil dan yasin sempena mendoakan kesekahteraan ahli keluarga yang telah tiada...pendinding diri menjalani kehidupan harian kami...juga kesyukuran atas segala nikmat yang ada...tapi, jauh dalam hati aku ada sikit rasa rindu yang tak terluah...suasana tetap tak sama dalam apa juga keadaannya...tapi alhamdulillah dari sehari ke sehari aku makin mampu menepis kisah kisah yang sakit dan pedih tu...ya aku pasrah...redha...itu lebih baik...aku berdoa supaya Allah mendengar rintihan hati aku yang tak terluah ni...
~post ni mcm serius plak...nak tukar tune la...~

hhhmmm...selesai semua majlis, sekitar jan 12.07 minit (jam kat handset aku)...beberapa mesej mula masuk dengan ucapan selamat buat aku yang menyambut hari lahir aku yang ke 30 tahun...senyum sket...

terubat kerinduan pada suasana yang hanya aku yang mampu terjemahkan...pada perasaan yang hanya aku yang mampu memujuknya...hilang segala kesakitan dan kepediahan yang terlalu biasa sangat...aku redha...ya! itulah yang sebenarnya sedang aku lalui sekarang...kehidupan yang penuh dengan perasaan redha...

~it's me~

Friday, July 13, 2012

..:: Menanti Ramadhan ::..

~this weekend is my birthday yang ke 30...ooo dah masuk three series la~


assalamualaikum semua
selamat pagi Jumaat


okay tak payah comment cepat sangat...
aku pun tak pasti kenapa entry aku dimulakan dengan ingatan birthday aku (senyum sampai telinga)


lebih kurang seminggu lagi seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak...walaupun hakikatnya umat Islam yang dituntut menunaikan ibadah puasa sepertimana termaktub dalam Rukun Islam, tapi aku kira seluruh dunia tahu banyak kaum yang lain sama berpuasa untuk merasai nikmat puasa.
~teringat kawan-kawan zaman belajar dulu yang non muslim pun sama berpuasa~


Ramadhan tahun ni pastilah berlainan sekali buat aku...kalau tahun lalu ada 'dia' tahun ni tak ada...memanglah 3 tahun dulu ada masanya aku sensorang sebab 'dia' kerja malam...tapi selang beberapa hari akan ada 'dia'...kali ini 'dia' tak ada...memang tak ada...aku harap 'dia' sudi menjengah aku Ramadhan ni...sekadar melihat-lihat keadaan 'isterinya' yang selalu dia tinggalkan berseorangan dan memang telah dia tinggalkan.
~aku tetap mendoakan 'dia' kalaupun dia tidak menjengah aku kerana itu yang aku lakukan sekarang~


aku juga berharap Ramadhan ini akan lebih baik buat aku dan kehidupanku. Berdoa agar aku dapat meningkatkan amalan yang tak tertunai untuk Ramadhan2 yang lalu. Tahun lepas Ramadhan keluarga kami sedikit suram sebab emak masa tu tak sihat...'dia' pun kerap sakit dan kami berulang ke hospital berulang kali sepanjang Ramadhan. Hospital dan klinik panel telah menjadi rumah kedua kami sepanjang Ramadhan lepas...entah sejauh mana kemampuan aku melalui Ramadhan kali ini...aku berharap aku kuat dan kuat untuk lalui semuanya dan memulakan sesuatu yang baru.
~yang baru kita masuk paragraph bawah~


Ramadhan tahun ni juga aku harapkan menjadi landasan terbaik buat aku dengan kehidupan baru aku...aku tak meletakkan apa-apa harapan yang besar tapi biarlah aku selimutkan dengan doa supaya Ramadhan ini menjadi titik permulaan yang baik buat aku dan Encik Sayang aku...tak semudah itu memulakan sesuatu yang baru tapi aku perlu bangun dan berdiri...aku berlu bertatih dan berlari...setakat ini Alhamdulillah laluan itu sedang terpandu dan aku berharap ianya bertahan sehingga hujung nyawa...
~relaxlah korang tak payah emo sangat...insyaAllah berkat doa semua dan keredhaan Allah Encik Sayang aku akan muncul juga satu hari nanti...amiiiinnnnn~


apa lagi yang mampu kita ungkapkan sebagai hambaNya kerana seluruh 'alam telah maklum dengan keajaiban bulan Ramadhan Al Mubarak yang dipenuhi seribu barakah dan keredhaan Allah...sebagaimana kita membuat persiapan menunggu Syawal, begitulah seharusnya kita membentang waktu dan masa yang lebih untuk menanti Ramadhan yang sudah hampir benar dengan kita...seharusnya kita telah buka pintu hati kita untuk menjemput semangat Ramadhan...semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam menjalani ibadah puasa kali ini...


~it's me~

Tuesday, July 10, 2012

..:: Cik Zara Jatuh Cinta ::..

halluuu...
dah nak masuk lunch hour ni...
perut pun terasa lapar...


apa yang baru?
hhhmmm...CikZara ada buah tangan baru...
lets cekidaut here Jatuh Cinta Lagi


~it's me~

Monday, July 9, 2012

..:: My Encik Sayang 2 : InsyaAllah ::..

~kadangkala kita terlalu takut untuk berharap~


assalamualaikum
selamat petang Isnin yang tenang dan cool...


:-)
aku memang rasa nak senyum je setiap kali nak post entry pasal My Encik Sayang...sabaula korang ek dia tak akan muncul dalam waktu terdekat ni...
aku pun xnak la munculkan My Encik Sayang buat masa ni...


sampai masanya nanti akan diadakan press conference...ahaks!!!
insyaAllah...

~it's me~

Friday, July 6, 2012

..:: My Encik Sayang ::..

~aku senyum je since bercadang nak type this entry~


assalamualaikum
selamat pagi Jumaat yang mulia...
dah lama aku tak menulis di pagi2 Jumaat ni...


sabarlah korang ni (ada ke koang yang xsabar kat luar tu? hikhikhik)
aku tk kisahlah kan de ke x korang yg nak jenguk my blog ni tapi aku gembira berkongsi banyak perkara kat sini...
mungkin ramai yang xtau aku tak suka diary walaupun orang selalu kata siapa tulis blog ni mesti rajin tulis diary...no la...aku tak suka...tingat masa kat hostel dulu aku slalu lambat antar blog book sebab malas nak pikir apa nak tulis...plak tu kna buat dalam english...adoyai!!!
~intro aku ni nampak agak merapu kan?~


okay okay let we start at the point...
hehe...xpyah nak harap sangatla My Encik Sayang akan dimunculkan dalam entry kali ni ye...sekadar nak popa dulu pasal My Encik Sayang ni and hopefully Allah memakbulkan doa kalian supaya beliau sudi muncul dalam segmen My Encik Sayang for another part...insyaAllah...amiiinnn...
~debar tak? debar tak? huhu...aku pun berdebar gak ni...berani mati plak buat entry post my encik sayang ni~


nway...nhow...aku berusaha menggembirakan hati aku dan mengembalikan semangat yang susah sangat nak dimaintainkan...


okayla korang My Encik Sayang akan muncul lagi nanti...wakakakaka...untungleeeeeeee...
~eh! sama plak dengan topic pagi era hari ni yang di'inchrage' BURN and ZAHID sebab JOHARA cuti panjang seminggu...UNTUNGLEEEEEEE~


orait u ols...
till then...bersama kita berdoa untuk kemunculan my encik sayang nanti...


salam Jumaat semua


~it's me~