~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Wednesday, November 30, 2011

..:: Aku Ingin Di Situ ::..

salam everyone...

de tak yang tertunggu-tunggu entry blog ni...kikikikikiki...suka aku menggelakkan diri sendiri...

misi menyempurnakan sesi kemas mengemas rumahku gagal lagi untuk kesekian kali...entah...aku ke yang tak mampu atau memang belum sampai kudrat nak merealisasikan...but no matter what...aku kena juga clearkan rumah aku tu by this en of december...aku dah janji penyewa boleh masuk after krismas...insyaAllah aku cuba...
~aku tengah mengarut ni sebenarnya...duk susun ayat supaya tak caca marba...~
korang nak tau perasaan aku? biasalah...macam beberapa post since about three months ago...macam2...aku dan Dia je yang tahu...mengosongkan almari perkahwinan yang aku kongsi sejak tiga tahun lalu...bukan sesuatu yang mudah untuk aku lakukan...menyentuh pakaian dia yang dah tiga bulan tak aku lakukan...melipat dan menyimpan tapi untuk yang mungkin terakhir kali...sakit...aku tahan airmata dari gugur sebab aku percaya dia tak nak semua tu aku lalui...mencium semua yang ada sisa bauannya...sukar...aku tahan diri dari mengikut perasaan...memilih beberapa items yang menjadi barang kesayangan aku dan dia bukan sesuatu yang indah...selama 3 tahun yang mungkin singkat berbanding usia perkahwinan emak dan abah...30 tahun...tapi cukup membuatkan nafas macam tersekat kat kerongkong bila membelek beberapa koleksi cenderahati yang selalu aku dan dia kumpul...
~terlalu banyak yang aku nak bawa balik ke rumah mak and abah...tapi aku sabarkan hati...bagi selesai semua baru bawa balik~


aku harap aku dapat tidur 1 malam kat rumah aku...
aku nak baring atas katil aku dan dia untuk terakir kali...
di rumah aku dan dia...
dalam bilik aku dan dia...
mengikut waktu yang selalu aku dan dia habiskan bersama kat situ...
aku nak peluk bantal yang sama...
macam aku selalu tidur dengan dia...
aku nak berbaring di situ...
sebelum segalanya aku tinggalkan...
sebelum segalanya berubah...
tempat...
suasana...
masa...

 
~abang...datanglah temankan cayang...sebelum cayang amanahkan seseorang menjaga rumah kita...cayang rindu nak baring kat situ...cayang rindu abang peluk cayang kat situ...cayang rindu...rindukan abang...~
~it's me~

Tuesday, November 29, 2011

..:: Nota Hati : Selepas Sepurnama ::..

sepurnama sudah...aku kembali sendiri
sunyi
sepi
sepurnama sudah...engkau tinggalkan aku sendiri
sudah sepurnama sayang...
kita terpisah dunia mati...kita berjauh mata dan hati
sayang...
sudah sepurnama lamanya
tertinggal aku di sini...terus gagah cuba berdiri...terus belajar untuk berlari...
tanpa genggamanmu dikesempitan
tanpa pelukanmu dikesakitan
selepas sepurnama sayang...
tiada lagi engkau di sisi pembaringanku
tiada lagi engkau teman di tengah malamku
tiada jasadmu di sisiku
tiada bayangmu di belakangku
tiada bauanmu di udaraku
tiada suaramu di pendengaranku

sunyi...sepi...
sakit...perit...
sedih...pedih...
sarat dalam hati kecilku
selepas sepurnama semuanya berlalu


cinta dan sayang buat abang tak akan pernah hilang dan padam...kasih dan rindu buat abang tak mungkin lenyap dan pudar...kerana cinta itu kuat...kerana sayang itu banyak...kerana kasih itu utuh...kerana rindu itu sarat...penuh dan padat...dalam hati yang engkau tinggalkan pergi...buat selamanya...i love you...and i will always love you...i miss you and it always do...no matter what...

~it's me~

Friday, November 25, 2011

..:: Post Ini Tentang Semalam Dan Sehari Sebelum Semalam ::..

~tiga tahun lalu...sehari sebelum semalam...26 Zulhijjah 1429H...cayang tengah bersiap-siap untuk majlis pernikahan kita...abang ingat tak? dan tiga tahun lalu...semalam...27 Zulhijjah 1429H...cayang tengah tunggu abang sampai untuk majlis persandingan kita...abang ingat tak?~

salam...
selamat tengahari semua...
hhhmmm...memang post ni tentang tarikh Hijrah semalam dan sehari sebelum semalam...kerap sangat orang mengingati tarikh-tarikh penting mengikut kalendar Masihi...aku pun...cuma entah kenapa, aku terpanggil bercerita tentang kenangan aku dan kalendar Hijrah 1429...spesifiknya untuk bulan Zulhijjah ni...tentulah semua tentang kenangan aku dan dia suamiku yang telah pergi...
~Ya Allah...kuatkanlah hatiku menulis dan berkongsi tentang kenangan manis kami...~

tiga tahun lalu 1429 Hijrah...seminggu dua ni lah aku and family tengah busy2 wif all those things yang akan memeriahkan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga my mak and abah...abah nikahkan aku pada 26 Zulhijjah 1429 selepas Zohor kat rumah kitorang...memang ramailah sedara mara dan jiran tetangga...keluarga arwah pun sama ramai sebab arwah pun anak sulung juga...
~abang...masih segar lagi lafaz aqad tu...sejauh mana pun abang pergi tinggalkan cayang...tetap segar terngiang-ngiang...di telinga...dalam hati...~

tiga tahun lalu 1429 Hijrah...pada tanggal 26 Zulhijjah...meriah rumah mak and abah menyambut rombongan ahli keluarga baru kitorang...ye memang meriah...alhamdulillah kehadirannya disenangi seluruh keluarga besar kitorang...
~abang...semua kat sini rindukan abang...i'm the most and i knew u know that...~

semua itu
tentang semalam dan sehari sebelum semalam...
semua itu
tentang tiga tahun dulu...
semua itu Ya Allah
tidak akan terlepas
walau sedetik pun jua
dari kotak ingatan rinduku
semua itu Ya Allah
tidak akan terlepas
walau seinci pun juga
dari jendela kepedihan hati ini
Ya Allah...
bila datang kesedihan
bila terbit kerinduan
siapalah aku untuk berbohong padaMu
siapa jugalah aku untuk menidakkan semua ciptaanMU
tentang perasaan
tentang kerinduan
tentang kesakitan
Ya Allah...
terimalah permintaan hambaMu yang hina ini
memelihara dia yang aku cinta
tapi lebih Engkau cintai
menjaga dia yang aku sayang
tapi lebih Engkau sayangi

~it's me~

Thursday, November 24, 2011

..:: SANG UNTA membelai HARIMAU MUDA di tengah padang ::.

~tak pe tak pe saya tetap sayang HARIMAU MUDA...rase nak usap2 kepala bagi moral support!!eh! buleh ke?ahaks!!~

salam u ols...
selamat tengahari...
still penat2 lg ni baru abis training first day...hahaha...
cerita di pagi Khamis ni...hhhmmm...semalam HARIMAU MUDA dijinakkan oleh SANG UNTA...tada papa la tu...mungkin kena standby BARACUDA MALAYSIA untuk pembakar semangat melangkah ke gelanggang pertaruhan...penat juga mungkin satu alasan walaupun tidak selayaknya digunakan oleh pemain pilihan negara...tapi as a human aku rasa boleh dimaafkan...but then really hope janganla jadi yang sama dalam perlawanan timbal balik okay...
sakit-sakit kepala dan termuntah pun aku gagahkan diri melekap tengok pertembungan JUARA BENUA ASIA TENGGARA SANG HARIMAU MUDA mengucapkan salam selamat datang dari WAKIL NEGARA TIMUR TENGAH tersebut...aku rasa sebagai rakyat Malaysia yang bukan fanatik bola sepak...mereka harus diberi pujian kerana masih bersungguh-sungguh dan bersemangat mengharungi 90 minit perlawanan ditambah dengan beberapa minit masa tambahan...and untuk sedapkan hati aku sendiri sebenarnya aku rasa SANG UNTA mencuri peluang di penghujung permainan ketika mungkin HARIMAU MUDA sudah menyatakan kudrat kami sudah di penghujung untuk sesi perlawanan semalam...
~itu pandangan aku je okay sbb dorang dapat 2goals really at the end of the match...ketika INCIK APEX jelas sudah berusaha sedaya mungkin~

apa-apa pun semangat kasih sayang dan kecintaan kepada negara membuatkan aku tetap menyokong HARIMAU MUDA dan HARIMAU MALAYA ku sepenuh hati...
~takkan nak cakap kecintaan dan kasih sayang kat players HARIMAU MUDA plak kan?nanti ada yang berbelang kena cakar...~

selamanya

selamanya

selamanya

HARIMAU MALAYA

AAAAAAUUUUUUMMMMMM!!!!!!!

~it's me~

Tuesday, November 22, 2011

..:: GARUDA MUDA Terlalu Mentah Untuk Mencalar HARIMAU MALAYA ::..

salam...
hope semua2 sihat belaka
~de ke semua yang nak enter blog aku?kuikuikui!~

apa ek yang resah gelisah? macam2...arini tak payahlah nak letak de berapa banyak post sebab memang aku nak cerita banyak benda...tapi aku start dengan NGAUMAN HARIMAU MALAYA di GELORA BUNG KARNO melayan tempias angin sepoi-sepoi bahasa dari SAYAP GARUDA MUDA...alhamdulillah ibu segala pingat emas untuk Sukan Terulung Asia Tenggara tu akhirnya disahkan milik Malaysia oleh pasukan yang dinakhodakan oleh BADDROL BAKHTIAR yang ironinya memastikan emas milik Malaysia dengan sepakan penalti terakhirnya yang sangat2 mendebarkan...rasa senak perut...sakit dada...semua ada menunggu ledakan pertama dari HARIMAU MALAYA...macam nak senggugut pun ada bila kehebatan KHAIRUL FAHMI a.k.a APEK tercabar seawal 5 minit yang pertama...tapi akhirnya 30 minit selepas tandukan GUNAWAN, ASRARUDIN PUTRA membuktikan kepada SANG GARUDA MUDA...HARIMAU MALAYA juga punya tandukan besi walaupun dengan rebahan badan mengalahkan dua perisai di depan gawang GARUDA MUDA...tapi senak gak perut bila KAD KUNING dari pengadil matahari terbit tu kerap sangat ditujukan kepada 10 orang pemilik belang HARIMAU MALAYA tu...hhhmmm...tapi sebaik 3 minit masa tambahan permainan penuh tu...wisel dari pengadil negara maju timur dunia itu menunjukkan kedudukan masih 1-1 GARUDA MUDA dan HARIMAU MALAYA sama-sama menunjukkan taring dan kuku...diheret ke masa tambahan...sang GARUDA MUDA dan HARIMAU MALAYA masing-masing menyerang dan terus menyerang tapi wisel penamat selepas masa tambahan seminit di penghujung memberitahu APEK dan  MIEGA perlu menunjukkan kehebatan sebagai PENJAGA GAWANG NEGARA MASING-MASING...samada SAYAP GARUDA MUDA atau BELANG GARANG HARIMAU MALAYA yang lebih menggerunkan...of course...ternyata GARUDA MUDA terlalu MENTAH untuk melibas HARIMAU MALAYA...nyata libasan SAYAP GARUDA MUDA telah menambah BELANG GARANG HARIMAU MALAYA...tentulah kemengan manis buat skuad pimpinan ONG KIM SWEE yang telah diarah meninggalkan bangku simpanan (*cam lawak je) ketika dua perlawanan penting sebelum memastikan langkah gagah HARIMAU MUDA diiringi NGAUMAN kuat menggegar GELORA BUNG KARNO semalam...
~SYABAS MALAYSIA.....AAAAUUUUUMMMMMM!!!!!!!~

memastikan pingat emas ke 59 negara diperolehi betul2 membuatkan seluruh rakyat Malaysia di segenap pelusuk dunia menjadi bangga...mungkin gegak gempita tak sehebat gegaran anak tempatan INDONESIA yang membanjiri GELORA BUNG KARNO atau sehangat api semarak semangat GARUDA MUDA beraksi di tanah air sendiri...tapi keyakinan langkah garang HARIMAU MALAYA lebih hebat dari segalanya...
sepantas kilat pemimpin nombor satu negara menghantar pesanan tahniah melalui Laman Sosial TWITTER...
entah jam berapa ngauman HARIMAU MALAYAmemberi salam hormat ke tanahair di KLIA pagi tadi...tentu sahaja dengan senyuman paling manis meninggalkan GELORA BUNG KARNO kerana SANG GARUDA MUDA tidak mampu lagi melambai ketika sayapnya patah dibaham HARIMAU MALAYA...

~it's me~

Monday, November 21, 2011

..:: Aku Ada Dua Post Arini ::..

salam satu malaysia
selamat pagi
smile...
~ini tanda-tanda good mood:SYABAS AKMA!!~

hhhmmm...macam best tak post title aku?haha! jangan cemas sangat or excited lelebey u ols...hahaha! macam de je u ols yang mengenterkan diri...aku tak kisah yang penting aku tulis je...sapa nak baca boleh baca sapa tak nak pun boleh baca juga...
~stop bubbling AKMA~

1. Aku Kena Pilih Jugak Jugak
apa nak kena pilih?ala u ols ni bebarng kat umh aku...aku dh setuju sebulat suara (*bleh la cakp sebulat suara sbb aku je yang make decission neh :-p huhuhu) aku sewakan umah aku...penyewa dah ada...dia setuju msuk awal tahun depan...aku je yang liat nak kemas mengemas umah tu...adehla...
susah aku nk gambarkan apa yang aku rasa (*aku rasa ada yang fed up dgn alasan aku tu...) ye tapi aku terpaksa buat pilihan...mana barang yang akan aku bawa balik ke rumah mak...and mana barang yang akan aku lelongkan kepada sesiapa yang sudi membeli...Ya Allah...berat hati aku tulis kenyataan ni apa lagi perasaan aku untuk lepaskan semua yang aku ada tu...ntahla...sebak...sesak...sakit...perit...sedih...pedih...semua ada...hati aku yang kecik ni penuh dengan macam2 perasaan skang ni...ada dua tiga furniture yang dah jadi perhatian orang...sedara mara...kawan2...itu je la pun dunia aku skang ni...
~susah tau bila aku terpaksa lepaskan few things yang aku nak simpan...but then mungkin itu yang terbaik...~

aku harap aku dah buat pilihan yang tepat untuk lepaskan mana-mana barang yang terpaksa aku lepaskan ke tangan orang lain...aku harap dorang sayang barang2 tu macam aku sayang barang2 tu juga...
~abang...cayang kena buat pilihan ni...~

2. Wedding Ceremony
sentap?!
tak payah sangatlah korang...tak mungkinlah kan klu korang rase wedding ceremony nak menjadi tajuk kedua ni aku punya majlis...
semalam...petang...aku follow family aku p kenduri kawen umah sedara mara kat Rantau Panjang (klang je okay...bukan Kelantan...juh tu) aku drive ye...boleh ditemani family xde hal...mood okay...biasa...x menunjukkan sebarang masalah...tapi...bila masuk je area khemah tetamu...jantung aku pun mula la...macam baru dengar bunyi pistol utk start larian 100m...aku cool lagi salam bersalam dengan pakcik makcik tuan rumah...tapi bila mata aku terpandang pelamin yang tersergam indah...serta merta airmata pemurah aku ni nak bagi sedekah...seb bek la cuaca agak panas menyebabkan xde sesiapa memerasankan nye pun adoi...aku serius ingat semua semakin okay...tp rupanya masih susah untuk dijangka...entahlah...

~abang...siapa nak bagi cayang bunga lagi next annyversary...yang abang letak dalam bonet kereta macam tahun2 sebelumnya...sbb itu bahagian pertama yang cayang buka setiap pagi...siapa nak makan kek coklat yang sayang buat malam annyversary macam sebelum ni...rasa sesak sangat bila teringat-ingat tarikh keramat tu akan berulang dan terus berulang untuk entah ke berapa kali dan abang masa tu dah tak ada...~

~it's me~

Saturday, November 12, 2011

..:: Mak Along Masih Tak Sanggup ::..

~aku memang tak nak langsung mak atau abah baca blog ni...sungguh...walaupun kadang2 aku memang post entry utk mak and abah~
salam sabtu u ols
selamat pagi
ada kot ek yg meng'enter' blog pepagi...bloggerz of course...
aku dah terjaga since 3.45 am and macam biasa terus xble tdi...normal utk aku kebelakangan ni...then aku buatla apa-apa yg patut (*xperlu la diwar-warkan di sini ye pembaca sekalian)
sampai ke subuh...then mandi manda...aku pn lepak terpacak depan lappy ni...aku dengan muka tak bersalah dan muka konon2 nak cari mood weekend ajak mak p jenjalan...boring aku kata...mak tembak aku..."lebih baik balik umah tu kemas2 barangnya sket2..." aku sentap jap...mak pandang je aku mesti dia tak sabar nak tunggu jawapan aku...aku terus sentap dan tak jawab...

~sorry mak along bkn nak rude dgn mak...bila sebut umah tu pn along dah jadi bukan along...xsanggup rasanya~

mak, along belum ada kekuatan tu...sakit dada rasanya...along tak mampu nak fikir mcm mana nak dduk kemas all those things dalam rumah tu untuk along tinggalkan...wpun along cuma sewakan je tapi along xbleh nak balik rumah tu suka2 ati bila along rindu emmi...along xbleh nak berenti depan rumah tu kalau along tetiba teringatkan emmi...along xble sesuka ati nak msuk blik along and baring atas katil kitorang...ye ma along tau semua barang2 tu nnti along bwa sama2...tp kat situ lah ktorang berdua habiskan masa...susah senang...sakit pening...suka gembira...sedih dan gaduh...merajuk dan pujuk...semua kat situ mak...semua di rumah tu...tapi, along tau along kena move for another stop forward and try to get faster...cuma hati masih berat...hope that by the time along sudah bersedia...

~abang, cayang buat semua ni untuk kebaikan...cayang tahu abang tak suka cayang sedih...cayang tahu abang tak suka cayang down...but u r the only one known why was ur cayang like this...everybody can talk...but nobody known...there are only u...and u r not around...abang pernah ckp dlu kan...klu abg xde abang takkan bimbang sebab cayang bleh berdiri atas kaki sendiri...abang takkan bimbang sebab cayang boleh uruskan kehidupan cayang...sbb kata2 abang tu la cayang cuba sedaya upaya utk pastikan abg bahagia kat sana...tak susah ati tinggalkan cayang kat sini...i love u and i will alwiz do...i miss u but what should i do...i need u but what else i can do...pray and hope...pray and hope...hope that will be the time that we can meet again...Ya Allah...peliharalah dia dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu yang melimpah ruah...~

~it's me~

Friday, November 11, 2011

..:: Both Are My Babies ::..

~skang ni kerja aku adalah mengira hari...untuk melihat sejauh mana perkembangan diri aku untuk bangun dan berdiri...berjalan dan berlari~

salam u ols...
selamat petang Jumaat yang mulia...
~hari yang sama 70 hari lalu Dia mengambil pergi teman hidup aku...suamiku...cayang rindu abang...~

hhhmmm...aku tetiba nak terpost entry ni...bout my babies...bila aku beranak?memang tak la sebab aku tak pernah mengandung kot...tak ada rezeki aku dengan dia...so whom that i mention as my babies...jeng!jeng!jeng!

inilah my babies...Amir Danial mummy and his babah...my late hubby Emmi...
~Allah...sungguh aku rindu dia...aku harap dia tenang dan mudah kat sana...bersamaMu yaAllah~

aku tak sengaja terjumpa pict ni kat pict collection angah dlm fb dia...hhhmmm...kalaula danial paham gambar ni aku rasa dia akan nangis dan peluk aku sama macam dia selalu tercari-cari babah dia...danial yang selalu jd topic blog aku ni belum pandai cakap pun masa arwah tingglkan kami sekeluarga...but then,bila dia boleh bercakap sikit2...aku tak sangka kalau nama yang selalu juga disebut2 dan keluarg dari bibir comel dia tu ialah babah...babah...and babah...and babah lagi...yang ada kat rumah mak and abah hanya 1 je pict kitorang 1 fmily masa raya...
~itulah raya pertama dan terakhir kami kat banting...ye raya pertama dan terakhir aku dan dia sebagai suami isteri di rumah kami sendiri~

ni la gambar yang satu-satunya ada kat rumah aku...kenangan kami dgn arwah...gambar ni la yang amir danial selalu tunjuk2 and said babah...babah...babah...then dia akan minta kitorang dukung dia...dia nak tunjuk mana 1 babah dia...
~ye danial...mummy kenal babah danial yang mana~

~abang...walaupun abang dh xde lagi...xsempat dengar danial panggil abang...tp dia kenal abang...agaknya kalau dia balik banting...nama abang paling banyak dia sebut2 bang...abang, semua kat sini sayangkan abang...mungkin abang tau kot...cayang la paling rindukan abang...tu pun mesti abang tau kan...~

~it's me~

Monday, November 7, 2011

..:: Banyak Sangat Atau Terlalu Sikit ::..

~percaya atau x...nak atau xnak...aku memang kat CC=CyberCafe~

salam...
selamat malam...
kelakar neh! sangat kelakar...
sebab aku boleh terpacak depan PC kat CC...best gak sekali sekala layan pc dkt CC ni...yang menambahkan ke'best'annya ialah...guna ID adik aku...so that bleh dpt harga ahli...syok gak ek!!buat apa korang tanya?sukati akula nak buat mende kat sini....kikikiki...saja ubah angin...as long as my lappy masih dalam operation room selagi tu la aku kena mengalah dengan all those tuan punya lappy yang ada kt umah ma mak and abah okay...
~ye la kan xkan nak jd kadok naik junjung plak...dah la broadband pun pakai org punye...adeh!!malu seh!mengkantoikan keadaan diri sendiri...!~


aku blum masuk isu yang berkaitan dengan tittle post...biasala aku memang suka mengarut2 kan...intro je dua perenggan...
~masalah probs nya xde kaitan dengan tittle post...seb bek BM SPM dapat A1...hahhaha...riak jap!~


hhhmmmm....apa yg banyak sangat and apa yang sikit...ntahla...actually aku pn xberapa pasti banyak sangat ke atau terlalu sikit ke...perasaan aku sebenarnya...alhamdulillah aidiladha dah melabuhkan tirainya...sambutan penuh bermakna buat umat islam seluruh alam ni...apalagi untuk mereka yang menunaikan rukun islam ke-5 tu...sejak malam nak sambut aidiladha tu...aku dh mmg xpasti dgn perasaan aku...macam2 ada...berdebar...takut...risau...sedih...nak nangis...gembira...nak muntah...sakit kepala...semuala...semua sekali bercampur aduk dalam hati aku yang kecik tu...tapi aku buat macam biasa sampailah pagi aidiladha tu tiba...masa semua kat umah mak dari sekecil-kecil danial tu nenyak tidur sampai ke sebesar besar abah tu lena, aku masih tegak menatap lappy adik aku...yang temankan aku sejak beberapa minggu kebelakangan ni...Allah je yang tahu macam mana rasanya melayan alunan takbir yang sayup-sayup walaupun xserancak takbir aidilfitri...tapi cukup buat aku rasa jantung aku macam terpanah gak la...aku tak tidur sampailah lebih kurang 4.45 pagi macam tu...tu pun aku letak gak kepala sebab aku dengar suara mak and abah dah bangun balik masuk dapur...lelap gak kejap dalam 30 minit...aku bangun pagi raya tu dengan perasaan yang rupayanya terlalu ikit dalam hati aku...rindu...ya memang aku rindukan dia...susah rupanya nak buangkan perasaan yang satu tu...sebab rindu tu mengundang terlalu banyak perasaan yang aku tak pasti dalam hati aku ni...
~tp xpe lah...alhamdulillah semuanya aku atasi dengan sebaiknya...seronok juga memujuk diri sendiri dan ati sendiri ni rupanya :-p ~

~it's me~

Saturday, November 5, 2011

..:: Berdebar ::..

~apa ntah mood aku pagi ni aku kurang pasti...mungkin juga tak pasti sebenarnya~
salam semua...
u ols sure busy2 wif everythings...prepared for aidiladha tomorrow rite? so do i...but lil bit neves ni...aku macam tertanya-tanya gak ni...okay ke aku ni sebenarnya...haha...
we ols together-gether kat umah ni relax je apa pun xbeli lagi nak masak utk raya sok...aku xtau la kalau sebenarnya dorang kat umah ni memang tengah jaga hati aku...kesian kat ami (my 3rd sist) dia dah cakap nak masak laksa...okay je kitorang xde hal la...sbb xde plan nak masak pe pun...but then ma emak and abah macam lex je...aku plak memang la...bukan relax...relax abis la kononnya...

~relax sangat...pepagi buta kul 530 pagi dah planning nak balik umah...aku balik gak after subuh...saje gedik2...sebab xdpt ziarah kubur, so aku rasa aku nak jugak-jugak dekat dgn arwah...so that aku balik and dapat huge bantal2 and few clothes yg dia pakai pun aku rasa release sket...~



okay2 sambung story mori...aku amik few things nak setup and touchup bilik yg aku duduk kat umah mak abah skang...sempat catch up my wedding pict kat main hall (* dah gantung pun kat bilik tidur aku skang)...aku really tak tahu apa yang aku tengah rasa skang ni...danial plak since arrived umah atuk and nenna last night...no other word selain babah...babah...and babah...dan babah lagi...maybe dia memang rindu betul kat babah dia...same goes to mummy danial...bila dia tengok muka babah dia kat bilik tadi, ntah hape2 yg dia sembangkan dgn pict babah dia...adeh!!!
aku still cuba melawan semua perasaan gemuruh aku ni...insyaAllah aku kuat dan akan terus kuat...
~aku really tak nak jadi person yang spoiltkan mood everybody on this aidiladha ni...~



mak and abah,along okay and akan terus okay...insyaAllah...as long as ada emak and abah dekat dengan along...along akan okay...same goes to you all adik2 along yang along sayang...percayalah along okay...along cuma perlukan masa yang mungkin agak lama untuk melalui semua ni sebelum along jumpa titik yang tepat...along percaya korang faham kenapa along macam ni...and along percaya korang tahu along akan kembali macam dulu...



abang, sayang bukan tak mampu hidup sendiri...tapi cayang perlukan masa untuk semua ni...cayang yakin abang faham...dan tentulah abang yang paling faham kenapa cayang jadi macam ni...abang, doakanlah cayang untuk melalui perjalanan hidup yang cayang tak tahu macam mana laluannya...cayang doakan abang tenang dan dipermudahkan segala urusan di sisiNya...cayang sayang abang...abang tahu kan...



bila takbir itu bergema ya Allah
adakah aku kekuatan itu
bila takbir itu kedengaran ya Allah
adakah aku ketabahan itu
menahan perasaan
melalui kekosongan
yang Engkau takdirkan
melawan debaran perasaan
bila takbir itu bergema ya Allah
bukakanlah pintu ketenangan hati
lebarkanlah jendela kesabaran jiwa
menerima segalanya dengan penuh redha
melalui segalanya dengan seikhlas jiwa
tuhan
aku nanti gema takbirmu


~it's me~

Friday, November 4, 2011

..:: Nak Raya La...Mood:Tunggang Langgang ::..

~tiba-tiba mood dh bertukar...semalam okay...this munin bertambah okay...but then tetiba...~


salam semua...
selamat petang Jumaat yang ceria and barakah...ewaaaahhhhhh!!!
baru memacakkan diri kembali di depan PC ni...tetiba aku macam baru tersedar yang this weekend kita semua akan menyambut Aidiladha...
~kuat ke aku ni nak sambut ari raya dengan keadaan yang totally change and different in my whole life...boleh ke?~


aku tak tahulah samada aku ni berpijak di bumi nyata ke tak sebenarnya...ntahla...bila aku ingat this Sunday is Aidiladha, aku jadi...hulk?citt!!teruknya imagination korang...tapi aku pun xtau aku jd mcm mana ntah...serabut beb otak aku...macam nak muntah...hati aku xpayah cakaplah...jantung aku dah macam nak terkeluar...kepala pening macam nak pecah...semua perasaan ada...aku mula rasa nak shoot ke Kuala Kangsar ziarah kubur arwah @Aidiladha morning...pastu teringat plak xkanla kot sbb angah nak korban...pastu teringat plak aku bleh p dgn naim...pastu aku teringat plak xkan nak kelam kabut nak raya...macam2 la...
~kalau perasaan aku boleh di scan...aku rase jahanam industri rakaman kita...~


sudahnya duduklah aku meluah perasaan kat blog aku ni...cmne ni...aku harap aku dapat ilham menyelesaikan urusan perasaan ni...


~abang...sorryla kalau cayang tak ziarah kubur abang pagi raya aidiladha ni...tp cayang akan cuba juga samada sok atau isnin...abang...cayang sayang abang...~

~it's me~

Thursday, November 3, 2011

::.. TONG TONG KOSONG ..::

dah sama dah bunyi hati aku dengan tong kosong...
semalam...sehari dua lepas...
kelmarin...seminggu dua lepas...
baru aku terasa macam hati aku okay sket...
tapi kenapa dah pedih...
tapi kenapa dah sakit...
kenapa awak buat saya macam ni...


awak boleh pilih cara baik untuk buat saya menangis...
awak boleh pilih cara baik untuk buat saya sakit...
tapi awak tergamak pilih cara ni
awak sampai hati buat saya menangis...
awak sampai hati buat saya sedih...
terima kasih awak...
terima kasih banyak-banyak...
walaupun masa tu sekejap je...tapi sepanjang masa tu saya gembira...
sepanjang masa tu saya bahagia...
sepanjang masa tu saya dapat nyawa...
walau hakikatnya saya dah tahu awak akan buat saya macam ni...
walau realitinya saya dah sedar awak akan tinggalkan saya macam ni...
terima kasih...
encik sayang...


~it's me~

..:: Mood De Baik ::..

~syok r klu mood baik pepagi neh beb...hhhmmm...nampak mcm perkembangan yang baik neh...eh!comment diri sendiri...huhu~

Salam u olls...
Monin eberibedi!
~ni bleh kena gam ni kalau DBP check tulisan aku yg xguna standard language~

arini no plan nak post apa2 but then nak jugak jugak post sumthin' untuk pastikan blog aku ni xsama muram macam aku...
aku xpastila betul ke tittle post aku tu dengan diri aku...mood aku mcm lari sket 2, 3 ari ni...de la sebab musabab yang belum bleh aku sharing maring kan di sini ye kalian semua...nntila insyaAllah satu masa akan diceritakan...hhhmmm...tapi alhamdulillah aku rasa aku mula jumpa track nak cari rentak baru idup baru aku ni...
~mcm orang yg bru bangun dari koma tu kan...dia ala-ala blur skjap...tp aku ni kdg2 lg teruk r sbb lost dalam nyata...bahaya...~


back to tittle post, yes! aku memang dalam keadaan yang baik mood and perasaan zahir dan batin...aku tengah test track yang aku baru jumpa ni...cuma manualnya tu mcm kdg2 xberapa cunla...tapi xpe lah aku cuba la baikpulih mana-mana part supaya aku can get myself back...apa?!korang xfaham?!xpe...xpentinglah klu korang faham atau tak...yg penting korang perlu memberikan aku support dgn mendoakan aku terus bertahan atas track ni sehingga aku bleh berlari walaupun tanpa spike paling mahal okay...
~de ke pun lg spike tu...mcm dh xde je skang ni...~


okaylah semua...
atas sbb mood yg baik ni...kita layan lagu2 menarik okay...korang boleh pilih sendiri lagu2 yg korang suka di channel radio, televisyen mahupun handset masing-masing...wakakakaka!ye lah kan...aku mana ada radio nak tolong putaq lagu utk korang kan...kan...kan...

~abang...cayang dah berjaya jumpa laluan tu...untuk bangun dan terus bangun...cayang harap abang tenang tinggalkan cayang kat sini...cayang doakan abang kat sana senang melalui apa juga yang Allah tuliskan...cayang doakan abang setiap detik...setiap kali cayang bernafas...tidur dan jaga abang ada dalam hati dan fikiran cayang...cayang nak abang tahu tu...i love you and it always be no matter what abang...~

~it's me~

Wednesday, November 2, 2011

..:: Sudah Berjaya Cabaran Pertama ::..

Salam semua...
Selamat petang...
Ceria tak?ceria tak? hehe...ceria beb...

i'm back...just arrived about 30minutes from Felda Residence Trolak...watpe korang tanya?
~de ke yang tanya?wakakaka~

balik kursus...yang aku tak kena pergi sebanrnya tapi bila My Pegawai Perkembangan Staff offer aku dengan lajunya menjawab okay...ye memang aku saje nak pergi...aku mencabar diri aku keluar...aku tahu kem tu direct order from KPT...so that akan ramai orang luar yang dah jadi fobia aku since about two months ago...and alhamdulillah aku berjaya mengatasinya...so tired
~tired ke...wakakaka lagi utk aku...tak tired sangatla...~


program ni tiga ari u olls... ktorang gerak ke perak on monday and balik sini arini...ni je baru je tadi ni...kul 4.45petang aku terpacak depan PC hak milik kerajaan ni...alhamdulillah aku lalui semuanya dengan penuh kesukaran sebenarnya...
~baru nak sembang dah melalut bagai kan~

as aku mention on my last post aku nyaris2 nak cancelled joint this course but then, aku joint jugak...at night aku still crying and crying and crying...tak boleh nak sleep even mata dah berat sangat2...my heartbeat berlumba-lumba tak nak ikut rentak yang betul...sebab aku keep counting and asking what will happen next...what should i do then...so many questions in my mind...also my heart...tapi paginya, aku bangun juga joint semua session... to be honest programnye memang best and aku suka...lain dr program yg aku pernah joint before...maybe itu pn slh satu sebab aku bleh cntrol emosi aku yang ntah hape2 skang neh...stp kali kem komanden (bleh ke panggil encik zairul tu kem komanden? bleh! sukati akulah blog aku kan?kikikiki) dia komen ujung2 slot tu semua kena batang idung aku...about waiting for ur frenz...wasting time...tp aku bkn sengaja...aku mmg masih up and down...tp aku cuba sebaik mungkin...aku harap aku bukan peserta yang menyakitkan mata coordinator on that event... (tq kat coordinator for that event also for gud job...hope name2 ni xsilap la zairul, shah, azman and anand...hahaha...kalau salah sorry ek...)
~tapi aku admit aku tak boleh sendiri...every single step aku selalu nak kena minta teman Firdaus and Aizzi...and i really appreciate them coz they understand me well...aku memang tak dapat balas semua tu...hope that Allah akan balas kebaikan korang...nampak macam kecik and simple...tp aku yg lalui yang faham...~
special thanx and credit to my frenz Firdaus Harun and Aizzi Syakir coz drive me there and make me feel comfort have them besides me alwiz...almost all the time sepanjang program...ye aku masih perlukan sokongan walapun aku dah keluar ke program yang agak besar... 
so...aku harap aku akan perlahan-lahan bangun untuk diri aku sendiri...susah sebenarnya aku nak lalui semua ni...nobody will understand it untill they have their own time to face it...i just hope that nobody will be like me...
aku tahu aku mampu...aku tahu aku kuat...tapi aku sendiri kehilangan diri aku...
last but not least...tahniah untuk aku kerana berjaya setapak ke depan untuk semua kesukaran yang aku lalui....

~see...aku baru nak related entry and post...benda dah closing...WHATEVER...~
~it's me~