~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Thursday, May 30, 2013

..:: Mencari Cinta Mata Hati ::..


Assalamualaikum dan selamat pagi

Salam sayang untuk semua yang masih setia membaca apa yang aku tuliskan di blog kering kontang aku ni? Kenapa kering kontang? Sebab tak berwarna warni dan sarat dengan limpahan warna warni macam blog blog yang pernah aku kunjungi dan ikuti...tapi it's okay je bagi aku...as long as aku boleh berkongsi di sini...

Berat sangat ke tajuk post aku arini? Entahlah? Sebenarnya itu tajuk baru yang aku berikan untuk manuskrip yang sedang on the way...dan sebenarnya (macam tajuk lagu Yunalis Zara pula :-p) tajuk tu bermain main dan macam terngiang ngiang je dalam kepala dan hati aku. Harapan aku hasil manuskrip aku pun segar je la nanti dan boleh diterima oleh semua.

Apa tentang Mencari Cinta Mata Hati (MCMT)?
Aku kongsikan tanpa ada satu pun yang terselindung dalam MCMT. Tentang semua yang aku lalui dalam perjalanan aku bangun dan terus gagahkan kaki berpijak dan berdiri atas kedudukan aku sekarang. Hakikatnya aku masih tidak mampu berlari waima berjalan pantas dengan kekuatan diri yang masih kurang dan rapuh...tapi ada beberapa akar semangat yang segar menjalar dalam diri aku.

Menulis MCMT bukan sesuatu yag mudah bila aku berkeputusan menyelongkar perasaan sendiri untuk aku kanvaskan atas tulisan. Aku cuma berharap bila segalanya terzahir aku menjadi lega dan bersemangat. Aku cuma mengimpikan, bila MCMT terlaksana aku menemui kekuatan memulakan larian yang lebih telus dan terang. 

Siapa dalam MCMT?
MCMT adalah tentag aku...MCMCT adalah tentang dunia di sekelilingku...Ya dunia realiti hidupku...mungkin MCMT mengambil masa yang lama bila aku akan sentiasa menokok di sana sini dalam setiap episod kehidupan perjalanan MCMT...kebarangkalian kehadiran watak watak baru yang hadir dalam hidup aku mungkin membuatkan MCMT menarik...mungkin juga membuatkan MCMT jadi jelek untuk dibaca...siapa juga yang menyerikan MCMT insan itu adalah realiti dan bukan fantasi...

Di mana MCMT?
Dunia kehidupan seorang aku yang terkanvas di MCMT tidak sebesar mana...apa yang tercatat dalam MCMT adalah kehidupan harianku lena dan jaga...juga beberapa ruang di bumi Allah yang pernah aku jejaki...tentulah dengan izinNya jua...sebagaimana dia menguatkan semangat aku membongkar dan berkongsi tentang kehidupan aku dalam MCMT...

MCMT memberikan aku ruang mengenali dunia penulisan yang disebut travelog atau mungkin anekdot yang hingga detik aku mengetik papan kekunci ini masih gagal aku memberikan perbezaan nyata antara keduanya...

Mencari Cinta Mata Hati
Mencari cinta dengan mata hati
Mencari cinta hati dengan mata hati
Mencari cinta dari sebuah hati
Mencari cinta sebuah hati dengan mata hati
Mencari Cinta Mata Hati

~it's me~

Friday, May 17, 2013

..:: MayPost ::..

Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat

Alhamdulillah sykur yang tidak terhingga...
Masih mampu lagi aku bangkit pagi indah Jumaat dan sebaik keluar dari bersiram hujan turun dengan lebatnya...rahmat Subuh Jumaat...
Bertemankan hujan aku memandu ke sekolah mak (hantar mak) then ke nursery (hantar adik bongsu aku - he's actually transit there and he's 13 okay)...kemuadian barulah memandu ke kolej tercinta (huhu)
~okay enough for intro~

Aku dah ready post ini since hari apa ntah dah lupa...tapi tak publish so hari ini wujudlah entry ini yang aku namakan sebagai "MayPost" bukan May First okay...tidak ada kena mengena sama sekali...apa yang menarik dalam bulan Mei? Sebenarnya aku tak berapa sedar pun pasal begitu menariknya tarikh dan sambutan dalam bulan Mei ni...tapi marilah aku kongsikan untuk tahun 2013 ini yang menarik tentang bulan Mei dalam hidup aku...

Selamat Ari Istimewa Untuk Emak - o yang ni aku tahu and memang selalu aku wish and sambut wif makan makan...sefamily...hehe...
Orang selalu kata nantilah kalau jadi emak tahulah apa rasanya mengandung 9 bulan...membesarkan anak yang pelbagai kerenah...melayan anak yang membesar dan pelbagai ragam...entah ada atau tidak peluang tu untuk along...kalaupun memang Allah tak menyediakan peluang itu untuk along...along tetap sayang mak...ambillah mak segala ketawa dan senyum along dan gantikan airmata dan tangisan tu untuk along tanggung...sayang mak...

Eppy mothers day to emak...I luv u wif everybeat of my heart...
Tuhan...
Atas anugerah besarMu aku bersykur
Kerana dilahirkan oleh seorang ibu yg berhati luhur
Tuhan
Atas kehendakMu aku bertahmid
Ditemani seorang ibu yg kuat dan hebat
Tuhan
Atas kuasaMu aku memohon
Keredhaan dan keberkatan buat dia
Cinta hatiku
Kekasih idup dan matiku
Emak...

Along syg mak...


Seterusnya di bulan Mei tentulah hari istimewa untuk Mak and Abah...teachers day...
Aku tak tahulah cara yang terbaik atau termahal yang boleh digunakan bagi menghargai cikgu cikgu aku since aku masuk tadika sampai sekarang...apa yang aku tahu aku mendoakan semua mereka bahagia dan sejahtera...kalau mereka dah tak ada lagi aku doakan Allah memilih mereka di sisiNya bersama hamba yang terpilih dan soleh...aku hanya mampu mengucapkan terima kasih cikgu...ucapan yang datangnya tuus dan ikhlas dari hati seorang hamba Allah...
And of course to ma emak and abah yang selalu menjadi pengajar dan pembimbing along setiap detik...semua perkara...di mana sahaja...setiap masa...
Allah sahaja yang dapat membalas segala tunjuk ajar...didikan...teguran dan penilaian buruk baik yang emak dan abah sediakan untuk anak didik yang nakal ni...yang menjadi murid seawal usia sebesah zarah darah...terima kasih mak...terima kasih abah...

And Epi Bedday To Ma Bro Naim dah besar dah...
selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22...dah besar dah adik along...dulu along angah dengan ami tertunggu tunggu abang lahir...ada juga adik lelaki...yang tido atas riba along...baring mana hala suka kat badan along masa kecik kecik...skang dah besar dah ada gigirl lagi...and along bangga sebab abang dah pecah tradisi keluarga kita dapat belajar sampai peringkat Ijazah...teruskan perjuangan sebagai anak yang baik dan taat...sebagai lelaki yang beriman dan soleh...jadilah imam untuk adik adik dan keluarga...buka mata tengok dunia luar...jangan lupa sesekali menoleh ke belakang untuk pastikan kita di lorong yang betul...
Ketika melalui perjalanan yang panjang dan mungkin lapang...ada masanya kita mungkin terpijak duri atau tersilau matahari...berteduhlah bawah payung kasih sayang kakak kakak dan adik adik...berehat dan bertenanglah di pondok kebahagiaan mak dan abah...dongaklah ke langit dan memohon dari Dia yang sentiasa di atas...along sayang abang...

Waaaahhhh!!! terlebih sudah blog arini...okaylah u ols...i nak sambung keje...
Daaaa!!!! 

~it's me~

Friday, May 10, 2013

..:: Tentang Hati ::..

assalamualaikum semua
salam Jumaat yang mulia lagi indah

Ya Allah terima kasih atas kurniaan nikmat umur yang panjang ini
moga dapat aku memperbaiki kesilapan
menyusut kekhilafan
dan bangkit dari kealpaan

thank you untuk komen yang indah dan positif daripada 2 orang sahabat blogwalker yang baru aku terima untuk post last Friday...insyaAllah istikharah sentiasa dalam amalan dan doanya basah di hati dan lidah...
menganjak usia 31 tahun ni aku rasa ada sedikit kebangkitan positif dalam diri aku secara peribadi...pandangan orang lain aku tak pasti...mungkin kekerapan bersendirian dalam ruang kecil di rumah emak memberi aku banyak peluang memuhasabah diri...

peluang berjumpa dengan seorang sahabat kelmarin memang memberikan aku pandangan yang berbeza tentang kehidupan dan pengalaman hidup aku...aku tak pernah tahu kalau selama ini dia melihat seorang aku dari sisi mata yang berbeza...dia membangkitkan aku dari kepompong yang aku cipta dan lilitkan pada badan aku sendiri...hakikatnya aku seekor rama-rama cantik katanya...aku yang membiarkan diri sendiri dihimpit dengan perasaan kemurungan yang membuatkan semangat merudum dan jatuh...kebangkitan menjadi jauh dan payah...aku yang selalu sering menjadi penghujah yang baik hanya mampu diam dan diam sahaja...menerima pandangan dengan tenang...laju juga otak aku menghadam pandangan ikhlasnya...

pertemuan dalam tempoh tiga jam yang tidak dirancang itu aku kira padat dengan sesi muhasabah dan tazkirah buat hati aku yang agaknya kontang dengan nasihat dan motivasi...sebenarnya aku pertama kali menemui dia yang dikenali hampir setahun lalu secara tidak sengaja...dan aku memang selalu mengambil dan memilih dia untuk aku adukan maslahah dan musibah...pada dia jugalah segala tempelak perasaan ditembakkan...kesian dia...sehingga aku merasakan lagu Sahabat nyanyian Najwa Latiff bersama Sham Kamarul dan Sleeq itu hanyalah layak untuk teman seperti dia sahaja...malah airmata aku akan mengalir bersama senyuman setiap kali lagu itu diputarkan...siapa sangka ketika dalam kereta juga lagu itu berkumandang dan di depan dia juga aku menangis...
~terima kasih Ya Allah untuk seorang sahabat yang tidak mungkin aku lupakan selagi ada hayatku...kuatkanlah ingatanku padanya hingga hayatku Engkau teruskan di alam barzakh~

sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak mampu dah nak fikir lebih lebih pasal apa yang aku sembangkan dengan kawan aku tadi...mungkin juga sebenarnya aku kelegaan...dapat meledakkan tekanan kepadanya dan mendengar beberapa pandangan dan nasihat ringkas yang menenangkan aku...hati dan fikiran...
~terima kasih sahabatku~

hari ini bila aku bangun (sebenarnya sebelum aku tidur ketika jam beranjak ke angka 1.40 pagi lebih kurang) aku tahu ada banyak jenis manusia yang selalu mengelirukan dalam keadaan nyata...tapi kita selalu tak sedar situasi dan keadaan tu...kita merelakan kesakitan dan kepedihan bersarang biak berkembang dalam kehidupan kita seharian...aku lah korang aku tak pasti...dan kita selalu terpandang sinis kepada kebaikan yang diselimuti keikhlasan dan kejujuran yang indah...
~itulah mungkin wujudkan ungkapan 'rambut sama hitam...hati lain lain'...barangkali itu punca ada yang berambut blonde...ahaks!!!~

Tuhan...
Masih ada kesilapan yang Engkau balaskan...
Masih ada kekhilafan yang Engkau jawabkan...

Tuhan...
Janji mana yag harus aku pegang...
Janji mana yang harus aku buang...

Tuhan aku tidak kuat...maka Kau kuatkanlah...
Tuhan aku tidak mampu...maka Kau mampukanlah...
Tuhan aku memang tidak mampu...maka Kau bantulah aku...
Tuhan aku kesakitan...
Tuhan aku kelelahan...
Tuhan aku kepedihan...

Allah Ya Allah
Ujian berat lagi tulisanMu
Dugaan hebat lagi takdirMu

~it's me~

Friday, May 3, 2013

..:: Salahkah Aku ::..

assalamualaikum dan selamat pagi

followers...
bloggers...
blogwalkers...
sesiapa sahaja yang mungkin terjumpa entri ini...

salam pagi Jumaat yang indah...di bumi aku berpijak ni rasa segar sebab perjalanan ke kolej pagi ni disimbahi hujan...hujan rahmatlah hendaknya...

tapi, jauh di sudut hati aku sedikit sayu sebab aku mula menerawang tentang kesungguhan dan keikhlasan dia yang baru semalam berbincang tentang sesuatu yang serius tentang kami...benarkah perkenalan singkat itu satu risiko jika membuat keputusan menamatkannya dengan ikatan sah yang halal? ntahlah...tapi bagi aku tempoh masa bukan jaminan kan? malah mengenali luar dan dalam juga bukan jaminan kerana ukuran itu adalah atas diri kita sendiri...juga pasangan kita...

salahkah aku mengharapkan yang terbaik dan terbaik dan terbaik...untuk aku...jika bukan di puncak sekalipun aku harap lebih baik dari yang sebelumnya...itu kan yang sering diulang bicara oleh golongan ilmuwan...menjadikan yang kemudian lebih baik dari yang sebelum...seriuskah dia dengan apa yang kami bincangkan semalam...

Tuhan...
aku tidak perlu ruang ini buat pemahamanMu...
aku tak perlu coretan ini buat memohon simpatiMu...
berilah hati ini peluang...
merasai nikmat memberi dan menerima
keindahan yang tidak kesampaian
kenikmatan yang tidak tergapai
hanya untuk berkongsi pinjaman perasaan...
untuk melabur pahala dengan laluan indah itu Tuhan...

Ya Allah
jika telah Engkau takdirkan pertemuan ini
jodoh buatku
eratkanlah hati dan perasaan ini dengan keredhaanMu
jika telah Engkau takdirkan perkenalan ini
kekasih buatku
sudahkanlah hingga akhir hayat kami
Ya Allah
Engkau permudahkanlah

Ya Allah
jika ujian lagi yang Engkau tentukan
janganlah Engkau jadikan kami bermusuhan
janganlah Engkau jadikan hati kami berdengkian
jnganlah Engkau jadikan perasaan kami dalam kesakitan
Ya Allah
Engkau kuatkanlah


~it's me~