~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Monday, August 22, 2011

..:: Cantiknye Baju Amir Danial Mummy...Puasa Ke? ::..

Aku tak kira nak post entry jugak-jugak walaupun xda idea dan macam xmenarik sangat je storynye...nak sembang apa lagi kalau kalendar Ramadhan dah menjengah hari ke-20++ kan? for surelah pasal persiapan raya...rumah, barang peribadi, juadah and apa-apa ajalah yang berkaitan...and tak lupa gak perkara-perkara penting yang perlu diselesaikan sepanjang Ramadhan ni...
~bulan Ramadhan ni datang bukan sebab nak sambut Syawal semata-mata ok...~
Aku syok gak la bila teringat topic kat Suria fm pagi tadi...entah apa gatal tangan aku p pilih channel Suria fm pepagi otw p keje...selalunya aku layan ERA je... (sebenarnya sebab abah naik 1 kete dgn aku...dia xberapa suka dengar ERA....huhu...sorry bah...) okay berbalik pad cerita topic pagi tadi...Halim and Sharifah Syahira and Zizie cerita pasal final checklist before Syawal...seblom sambut rayalah kan...macam-macamlah yang aku dapat dan sempat dengar seblom sampai opis (xbanyak mana pun sebab opis sekangkang kera je dari umah :-p huhu...) tapi bagi aku bagus jugaklah ada checklist ni...supaya tak tertinggal perkara-perkara penting...macam bayar fitrah...sedeqah ke masjid2...sediakan duit raya utk mak abah and adik2...hhhmmm
~aku mula terasa entry ni belum menyentuh tentang Amir Danial...apa kaitan checklist dengan baju amir danial...~


Ye...readers yang termasuk blog aku ni kalau nak tahu....dalam checklist everyone in my family ada bersangkut paut dengan amir danial...sampai on besday atuk pun amir danial yang dapat adiah...siyes banyak baju dia...kasut pun LARRIE tau...kalah mummy...tapi aku okay je...cuma masalahnye mummy kompius ni...amir danial mummy ni pose ke?hhhmmm...sangat kompius...sebab bila buka pose dia ada own menu...bukan apa pun bubur...tapi bukan dia makan...dia tetap nak makan menu yang sama dengan atuk and nena...and we ols...
Pe2 pun baju raya amir danial memang cantik and elegant...dah macam bujang gedik2 santai plak amir danial mummy ni...
~puas dapat post entry yang ntah apa2 ni...sebab kompius dek memikirkan baju amir danial yang cantik dan masho...persoalannya PUASA KE?~

~it's me~

Tuesday, August 16, 2011

..:: I Will Always Be There For Both Of You ::..

~aku tujukan post ni untuk adik-adik along yang tersayang~

Both of them yang aku maksudkan mustilah my emak and abah...yang cant be replace with any others in this world...aku tau korang kat luar sana pun akan cakap benda yang sama...aku nak post entry ni dah lama...tulis padam...edit draft...save...tapi tak pos juga...akhirnya hari ni aku akan post entry ni...
My emak not in good condition actually...it was about 2 months dia dah bersama wheelchair...aku tahu dia sedih kena duduk atas wheelchair tu...same goes to my abah yang aku tahu sangat sedih melihat kekasih hatinya di situ...di atas sebuah kerusi yang tidak siapa inginkan...
For the first time we olls kena jaga mak yang memang tak dibenarkan berjalan, aku tahu mak rasa dia membebankan kitorang...but to be honest it is not true...aku nak mak tahu tu...
~every second along tolak wheelchair mak...along rasa Allah tengah menghapuskan dosa-dosa along pada mak...and every second along tengok abah terlelap...along rasa Allah tengah bagi along peluang mengutip pahala menjaga mak and abah...~
Setiap masa aku rasa nak ada sebelah mak...and kalau boleh aku nak suruh abah berhenti kerja dan duduklah berehat dan bersantai dengan mak kat rumah...tapi...mungkin masa tu belum sampai...sampai umur abah 55 tahun (last 13 August birthday abah...) di masih memandu ke skolah...dia masih memandu aku dan adik-adik ke mana-mana destinasi yang kitorang nak pergi...and ke destinasi yang dia nak bawa kitorang...masih juga my emak and abah treat aku dan adik-adik macam kitorang kecik2 dulu...aku kadang-kadang lupa yang aku ni dah masuk golongan 30-an sebab sayang mak and abah sama...sama macam aku 9 hari, 9 bulan, 9 tahun...ye sama...sebab tu aku nak mak and abah tahu...aku ada di sini dan aku akan terus ada di sini...
~along percaya semua adik2 along pun nak buat yang sama...tapi kita kena percaya...kemampuan seseorang hamba itu hanya diketahui oleh Dia...dan Dia lebih tahu siapa yang akan Dia pilih melaluinya...tapi...andai bukan kita yang dipilih meringankan beban emak atau abah...menyejukkan hati emak dan abah bukan bermakna kita tak ada fungsinya...percayalah along di sini sebab along sayang korang...itulah doa along selalu...~

~it's me~

Friday, August 12, 2011

..:: Hubungan Manusia Dan Buah-buahan ::..

~tadi dah dengar bacaan Al-Quran...pastu lagu nasyid...now lagu raya...~

Tahniah untuk readers yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa sejak hari pertama...
Entry untuk Jumaat 12 Ramadhan ni adalah MANUSIA DAN BUAH-BUAHAN...hhhmmm macam menarik ni...aku dapat bahan ni dari koleksi bacaan aku yang berlambak-lambak...lama dah ni...tapi masa tu x aktif blog...so simpan je untuk tatapan sendiri...know, aku nak share untuk kita renungkan bersama.

Salam to all yang enter blog aku yang tak kemas ni...

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan jadi seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang hanya satu
~teringat plak 'Jangan Pandang Belakang' guna jagung untuk mengikat kedudukan makhluk yang mengganggu tu...huhu~

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya
~maknanya janganlah kita ulangi kesilapan yang sama berulang kali okay...bukan maksudnya boleh beranak sekali je...~

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tapi di dalamnya lembut dan manis
~dah masam pun orang suka gak...tempoyak sedap pe...lelebih lagi buat masak lemak :-p~
Berbeza dengan kedondong, di luarnya licin dan berkilat, tapi di dalamnya ada biji yang berduri
~jangan tertipu dengan luaran semata-mata okay...omputeh kata 'dont judge the book by its cover' ~

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tapi umbinya tetap putih berseri
~gulp...sedapnye rojak buah...~

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi sama rata makanan kepada biji buahnya...semua seimbang...
Tidak seperti rambutan...ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili...semakin tua semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis...boleh diketahui ulasnya walaupun hanya melihat kulitnya...
~jangan mulut manis tapi hati....~

Itulah yang aku nak share arini...hope that kita sama-sama muhasabah diri k...
Selamat meneruskan ibadah puasa hingga ke akhirnya...

~it's me~

Thursday, August 11, 2011

..:: Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah ::..

~tengah senyum2 sendiri ni...sambil fikir apa nak type~

Haruslah aku menyertai siri mempromote ni ni kan...kalaulah korang enter blogpage aku sure korang gelak guling2 kat lantai...follower aku bukan saja bawah dari 500 okay...15 pun tak sampai...wakakaka

~tapi ada follower okay dari xde langsung kan~

Sebagai peserta aku kenalah patuhi syarat2 yang ditetapkan...bukan susah pun...kalau susah aku tak joint...huhuhuhu...apa syarat2nya? korang kenalah baca kat page http://neracaparadigma.blogspot.com/ (* owner dia k) aku ni contestant je...sebagai pengenalan awal untuk readers...NAMA SEBENAR AKU AKMA BINTI CHE OMAR and HOBI AKU MEMBACA AND MENULIS (*the most la...) kalau nak kata hobi banyak sebab takrifan mudah untuk hobi adalah apa yang kita buat di masa lapang ye dak? kekadang aku melalak, menyanyi and macam-macam lagilah...

OKaylah...harap2 akan bertambahlah follower sebab aku dalam usaha mempromosi hasil tulisan aku...huhu...sebelum aku lupa...tq kepada penganjur ye...


~it's me~

Wednesday, August 10, 2011

..:: Fakta Ni ::..

Pagi2 tadi aku sampai je kat meja kerja terus on PC...ye lah ade benda penting nak settle ni...keje okay bukan curi tulang...lepas tu aku susun2 buku kat rak seblah kanan aku (*penting ke nak bagitau?ahaks!!) terjumpalah bahan2 tazkirah masa time kat kampus dolu2...
~aku kan pantang semua benda nak dicatitkan...~

Ok lah sambung balik entry aku yang sebenarnya untuk arini. Korang tau tak kita boleh buat perkara-perkara berikut ketika kita berpuasa.Aku sekadar nak berkongsi okay betapa mudahnya setiap tuntutan amalam dalam agama Islam...mudah tu maksudnya tak membebankan...bukan boleh dibuat sambil lewa okay...
Banyak lagi nak kongsi ni...tapi untuk hari ni setakat ni dulu okay...baru 10 Ramadhan...insyaAllah nanti aku update lagi info2 puasa ni okay...

~aku dapat maklumat sokongan ni dari beberapa sumber yang menyatakan perkara2 di atas pernah disebut oleh para ulama' seperti Syeikh Yusuf Al-Qadrawi dalam Fiqh As-Syam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaymin dll~

Aku pun belek2 lah buku tu...then terjumpa 1 part tazkirah yang tajuk dia pasal bulan puasa ni...hhhmmm...ada beberapa perkara yang kita memang boleh buat sebenarnya di bulan puasa ni...tapi mungkin kita tak tahu fakta yang tepat...atau mungkin juga was-was kan...aku pun menggooglekan diri mendapatkan beberapa sumber sokongan (*kan zaman internet...dah canggih...) so, skang ni aku nak share beberapa fakta menarik untuk kengkawan yang enter blog aku
~sekali lagi persoalannya...adakah individu itu?~


1. BOLEH MENGOREK HIDUNG DAN TELINGA
2. BOLEH MAKAN WALAUPUN WAKTU IMSAK TELAH MASUK IAITU LEBIH KURANG 10 MINIT SEBELUM WAKTU SUBUH. (tapi kalau dah Subuh tu janganlah duk makan2 lagi...tu gatai namanya...)

3. BOLEH GOSOK GIGI PADA SIANG HARI SEPANJANG BULAN RAMADHAN SAMADA DENGAN KAYU SUGI ATAU BERUS GIGI

4. BOLEH PERGI KLINIK GIGI UNTUK CABUT GIGI, TAMPAL GIGI DAN LAIN2.
5. BOLEH PERIKSA DARAH DAN DERMA DARAH.

~it's me~

Tuesday, August 9, 2011

..:: Korang Nak Pasang Lagu Apa? ::..

~now tengah layan lagu raya online youtube~


Entry ni sempena dengan aku tengah mengadap pc and workout with paperwork...hhhmmm...kekununnya nak planning sumthin' for this becoming merdeka day...tetiba aku pun tingat the date sama dengan raya...and tetiba juga otak yang suam-suam kuku ni teringatkan lagu2 yang sama sekali kontras antara lagu raya and lagu patriotik...


Agak2 koranglah kan...lagu apa akan berkumandang di corong radio pada tanggal 31 Ogos 2011 kelak? (*ahaks!!ayat buku plak kluaq)
~tetiba aku terfikir gak...korang layan ke lagu patriotik?~


Secara faktanya, bilangan lagu patriotik dan lagu raya adalah sama rata...tak banyak sangat dan tak sikit sangat (*walaupun memang kedua-duanya lebih sikit dari lagu cinta dan scandal) ...lagu nasyid pun lebih banyak dari kedua-dua genre lagu tersebut...hhhmmm...


So, berbalik pada tittle post untuk entry kali ni...


"KORANG NAK PASANG LAGU APA?"


Aku sangat berharap kalau ada yang memberikan respond nanti bagilah jawapan yang tepat dengan persoalan aku okay...'Lagu Raya @ Lagu Patriotik?'
~persoalannya...ada ke yang enter blog aku neh?!wakakakak!!!~


Hhhmmm...okaylah...klu korang dah tak sengaja masuk blog aku dan dengan tak sengaja baca entry ni...aku harap korang dengan sengaja la akan follow :-p
Okay untuk yang kesekian kalinya...selamat berpuasa...
Nak out sambil fikir2 nak masak apa petang ni ek untuk berbuka...

~it's me~

Friday, August 5, 2011

..:: Kenangan Terindah Ramadhan ::..

~aku tengah tersenyum-senyum sendiri skang ni...terbayang2 blok H and G and dewan makan and padang skola~

Janganla korang ingat aku merapu or x berapa nak okay...aku okay...puasa tau...aku nak post entry ni since 1st day puasa...but then x sempat...setiap kali puasa aku akan teringat2 time aku kat hostel...masa tu mcm havoc gak la sbb batch pertama kat malaysia kena SPM time puasa...warden pun sporting je time tu...ye la mana x nya tinggal bape kerat je...

Sambung balik story td...ye la kan bebudak hostel bukan bleh kuar sesuka hati sesedap rasa kan...but then, petang2 we olls bleh p bazar ramadhan...naik apa?hahaha...jalan kakilah...reramai...laluan yang sama time merentas desa tapi bila p bazar ramadhan x de la plak rasa penat...kuikuikui...bila merentas desa siap short cut lagi...

~minta maaf cikgu...tapi dah minta maaf dah before SPM tu...cikgu kata "saya maafkan..." saya kata " terima kasih cikgu"~
*dah start melalut ni*

back to the point...pastu, bila buka and sahur kitorang share dewan makan dengan boys...at that time boys la belum cukup umur okay...now they olls dh jd guys...itu hal buka puasa...kalau sahur plak, nanti orang dewan makan ketuk periuk nak kejut kitorang...huhu...nie lah time tu...dengan selambanya kita turun beramai-ramai ke dewan makan dengan wajah sememeh...haha...ade aku kesah!!!yang penting sahur...dapat pahala pe...tapi memana yang ada couple tu memang agak kemas la...huhu...sukati doranglah kan...kadang-kadang warden akan joint kitorang...best kan...last skali aku nak kongsi kenangan sebelum balik bila kitorang ble kumpul ramai2 kat dining hall sebab nak bermaafan...sedih gak la sebab masa tu bulan pose kan...and dah abis skola...
to all kawan2 ex-stesma batch 98/99 (SPM/SPVM 99) aku doakan yang terbaik buat korang sume sempena ramadhan yang mulia ni...tak kiralah budak teknik ke budak vokay ke sebab kita kawan...


~warden kitorang memang garang...tapi aku sayang warden aku sebab dorang jaga aku bebaik walaupun dua tahun je aku kat situ~

cite aku ni agak caca marba gak sebab dimulakan dengan berbuka, bersahur dan skang nak cite tarawikh plak :-p kami tarawikh reramai kat surau utama skola...selalunya girls solat kau surau block je...tapi kerana keberkatan ramadhan dan keistimewaan peperiksaan besar SPM tu we olls solat kat surau utama...surau ni de sejarah gak...bulan ramadhan tu la jugak...one of our student meninggal dunia eksiden...kami solat jenazah kat surau tu sebab jenazah nak bawa balik kelantan...jauh...ok sambung cite tadi...kami solat 8 rakaat je sebab warden kata kami nak study lagi...persoalannya study ke?huhuhu...tapi alhamdulillah kami lalui semua tu selama dua minggu dengan indahnya...

~swear it was to beautiful moment for me...kalaulah ade kengkawan aku yang tersesat membaca blog ni aku yakin dorang akan kata yang sama~

~bagi aku semua kawan kalaupun korang mungkin tak anggap aku kawan korang...huhu~

~lupa nak mention nama skola aku time 2 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SRI MANJUNG, PERAK...ada dpt royalti x tolong promo...~

okaylah...coretan kenangan terindah ni aku tujukan khas untuk teman terapat aku kat STESMA tu Zaizura@acik@jambu and Suhana@angah@merah miss both of u so so much...


Salam Ramadhan

~it's me~

Thursday, August 4, 2011

..:: Ayahanda ft Abang Long ::..

Pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila-bila...aku memang tahu sikap dan perangai ayahanda and abang long ni menjaga sesiapa yang berada di sekeliling dorang selagi orang tu dorang kenal...dalam keadaan susah terutamanya...dan dalam keadaan di kelilingi orang yang bukan sealiran (bangsa dan agama)...
Aku memang pernah tengok depan mata tapi aku tak pernah ada di sebelah seorang abang long sehinggalah semalam...ye memang dorang sama macam apa yang kita tahu, sama macam apa yang kita dengar...sama macam apa yang diperdengarkan dan dipertontonkan kepada kita...
The most important thing yang aku tengok kolaborasi ayahanda and abang long ni memang superb...the most ever dari lain-lain featuring artist...tak payah kata rihanna ft eminem tu hebat okay...or else sape ek lagi yang korang rase hebatlah...becoz 'ayahanda ft abang long' more better, more superb...in everything okay
~kenyataan ni ikhlas dari hati aku...walaupun aku tak tau sapa yang nak baca...~


Masa...kerja...cakap...cekap...tepat...i was overprotected than i am...aku harap dorang selamat dan sedia selamatkan adik beradik dan saudara mara lainnya...
~bleh ke?~

~it's me~

Wednesday, August 3, 2011

..:: Salam Ramadhan ::..

Salam to all...huhu...lama sesangat tak menulis...samalah macam selalu intro aku berbunyi tq kepada sesiapa yang terenter my blog :-p

Ramadhan kembali lagi untuk tahun 2011...banyak perbezaannya kali ni...dan aku cuma mengharapkan segalanya berjalan lancar...janganlah ada yang berat-berat yang tak mampu aku dan keluarga tanggung datang mengejut dalam Ramadhan ni...

To abah, anas and naqib...jaga mak bebaik masa along tak de k...
To angah, ami and naim...dun worry everything here is under control...
To emak...whatever happend along sayang mak no matter how...no matter what...believe me...

~it's me~