~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, December 25, 2015

..:: Jumaat Terakhir Ini ::..

Assalamualaikum semua...

My luvly followers, bloggers, blogwalkers and stalkers maybe...ahaks...

Rindunya saat saat blogging and sharing dalam blog ni...tapi dah lama xhabiskan masa blogging sebab banyak kekangan...really kekangan yang tak dapat dielakkan...sehinggalah bertemu pada hari ini...Jumaat terakhir...

Hari ni Jumaat terakhir untuk tahun 2015...sekejap sangat 2015 ni berlalu...alhamdulillah tahun ni memang tahun yang penuh dengan rahmat dan rezeki...kasih sayang Allah melimah ruah untuk aku dan keluarga...

Awal tahun 2015, air tangan aku yang pertama Jangan Berhenti Mencintai Aku (JBMA) dah terbit bawah publisher Kaki Novel...alhamdulillah syukur...walaupun novel pertama dan mungkin tak sehebat novelis2 terhebat, tapi aku bangga bila tulisan aku diterima dan mendapat komen yang positif...

Pertengahan tahun dalam bulan lima Allah kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah bila tanda cinta aku dan EncikAzid membesar dalam rahim aku...walaupun banyak rintangan yang aku lalui sepanjang menanti kehadiran tanda cinta aku dan dia, tapi alhamdulillah kami berjaya melaluinya (nanti aku cerita lagi dalam kisah Azma Azid)

Perancangannya penghujung tahun ni anak sayang kami akan lahir iaitu pada bulan Disember...tapi Allah lebih mengetahui mana yang terbaik kan...Dia dah bagi kami anak yang comel lebih awal iaitu pada bulan Oktober...dengan tarikh yang sangat cantik 15.10.15 hehe...walaupun my cute luvly baby lahir pada usia 31 weeks tapi dia sangat comel dan cantik...bleh baca intro kisah anak comel aku kat Azma Azid...

Ironinya tahun baru 2016 juga jatuh pada hari Jumaat...1 Januari 2016...semoga segala kebaikan dan rahmat...kebaikan dan kenikmatan atas berkat dan syafaat Jumaat akan diperolehi oleh semua umat manusia seluruh dunia...

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana kuatnya semangat yang Engkau berikan selama ini...
Teruslah menerima doaku Ya Allah...

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana tenangnya pelukan para malaikatMu di waktu susahku...
Teruslah mendengar rintihanku Ya Allah

Ya Allah Ya Rabb
Sebagaimana Engkau terus menerima segala kekuranganku selama ini
Teruslah menerima doaku Ya Allah

~it's me~

Wednesday, December 23, 2015

..:: Azma Azid : Cinta Hati Mummy Dan Ayah ::..

Assalamualaikum...

Syukur atas kurniaan sihat dan semangat yang masih kuat untuk telus menulis...
Harapnya masih ada yang setia membaca dan menyokong di sini hehe...

 Ini post pertama aku selepas bergelar mummy secara rasmi..i'm oficially a mummy for little cute daughter...syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan anak yang sangat comel pada 15 Oktober 2015 jam 5.18 petang di HTAR, Klang...cantik kan tarikh lahir dia 15.10.15 and my luvly hubby dah pilih nama anak kami AZMA BINTI AZID...maknanya keazaman...supaya dia sentiasa kuat dan berazam tinggi...and YES dia seteguh namanya.

My baby was delivered preme (premature baby) atau biasanya orang sebut tak cukup bulan...but she's really strong baby...sangat survived...alhamdulillah...
~buat masa ni aku belum nak kongsi gambar #azma biar dia betul2 sihat dan discharge baru kita bagi gambar okay~

I will write more about you my cute darling...
mummy and ayah love you so much...

Seteguh namamu sayang
Azma
Bangkitlah dengan keazaman yang tiada hujung

Sekuat namamu kasih
Azma
Berdirilah teguh tanpa lelah

Sentiasa ingat pesanku anak
Allah itu tidak menyakiti hambaNya
Allah itu menduga dengan kemampuan hambaNya
Allah itu menduga kerana rasa kasihNya

Mummy dan ayah sentiasa bersama Azma
Teguhlah sehebat namamu
Azma

~it's me~