~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, November 25, 2011

..:: Post Ini Tentang Semalam Dan Sehari Sebelum Semalam ::..

~tiga tahun lalu...sehari sebelum semalam...26 Zulhijjah 1429H...cayang tengah bersiap-siap untuk majlis pernikahan kita...abang ingat tak? dan tiga tahun lalu...semalam...27 Zulhijjah 1429H...cayang tengah tunggu abang sampai untuk majlis persandingan kita...abang ingat tak?~

salam...
selamat tengahari semua...
hhhmmm...memang post ni tentang tarikh Hijrah semalam dan sehari sebelum semalam...kerap sangat orang mengingati tarikh-tarikh penting mengikut kalendar Masihi...aku pun...cuma entah kenapa, aku terpanggil bercerita tentang kenangan aku dan kalendar Hijrah 1429...spesifiknya untuk bulan Zulhijjah ni...tentulah semua tentang kenangan aku dan dia suamiku yang telah pergi...
~Ya Allah...kuatkanlah hatiku menulis dan berkongsi tentang kenangan manis kami...~

tiga tahun lalu 1429 Hijrah...seminggu dua ni lah aku and family tengah busy2 wif all those things yang akan memeriahkan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga my mak and abah...abah nikahkan aku pada 26 Zulhijjah 1429 selepas Zohor kat rumah kitorang...memang ramailah sedara mara dan jiran tetangga...keluarga arwah pun sama ramai sebab arwah pun anak sulung juga...
~abang...masih segar lagi lafaz aqad tu...sejauh mana pun abang pergi tinggalkan cayang...tetap segar terngiang-ngiang...di telinga...dalam hati...~

tiga tahun lalu 1429 Hijrah...pada tanggal 26 Zulhijjah...meriah rumah mak and abah menyambut rombongan ahli keluarga baru kitorang...ye memang meriah...alhamdulillah kehadirannya disenangi seluruh keluarga besar kitorang...
~abang...semua kat sini rindukan abang...i'm the most and i knew u know that...~

semua itu
tentang semalam dan sehari sebelum semalam...
semua itu
tentang tiga tahun dulu...
semua itu Ya Allah
tidak akan terlepas
walau sedetik pun jua
dari kotak ingatan rinduku
semua itu Ya Allah
tidak akan terlepas
walau seinci pun juga
dari jendela kepedihan hati ini
Ya Allah...
bila datang kesedihan
bila terbit kerinduan
siapalah aku untuk berbohong padaMu
siapa jugalah aku untuk menidakkan semua ciptaanMU
tentang perasaan
tentang kerinduan
tentang kesakitan
Ya Allah...
terimalah permintaan hambaMu yang hina ini
memelihara dia yang aku cinta
tapi lebih Engkau cintai
menjaga dia yang aku sayang
tapi lebih Engkau sayangi

~it's me~

2 comments:

~korang de nak kata apa2~