~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Monday, March 30, 2015

..:: Adakah Aku Sehebat Mereka ::..

Assalamualaikum...

Helloooooo my followers...dah bertambah tau...tak sangka...
Bloggers...blogwalkers...

Tajuk aku nampak best ke nampak bohsan? bukan bohjan okay...no no no jangan salah sangka...aku bukan nak cakap pasal tokoh negara atau mantan perdana menteri mana-mana negara di dunia atau ahli sukan mahupun angkasawan...aku nak sembang kongsi kongsi pasal kisah program aku bersama bekas pelajar aku...and now they are an entrepreneur...okay aku translete...dorang skang dah jadi usahawan...


belanja sket gambor anak anak ensem

So itulah mereka...siapa mereka? my ex student yang aku sendiri pilih untuk menjadi panel forum dalam satu program keusahawanan...budak bertiga ni adalah lulusan Sijil Kolej Komuniti yang suatu masa dulu orang tak pandang pun...malah masa peringkat sekolah dorang bukanlah pelajar harapan...bukanlah pelajar yang dinanti ketika pengumuman keputusan Peperiksaan SPM tiba...tapi sebab keinginan untuk bangkit dorang masuk belajar kolej...sebab kolej pilihan yang ada untuk dorang...Alhamdulillah mereka jauh lebih baik daripada aku...maaf kalau entri ni macam syahdu syahdan sket...hahahahaha...tapi itulah hakikatnya...

Aku rasa kalau cikgu cikgu sekolah dorang tengok dorang sekarang mungkin boleh menitiskan airmata...sebab dari survey secara tak langsung yang aku sembang dengan dorang ni...ada antara kawan kawan yang excellent masa sekolah masih menganggur...tapi dorang dah sukses di jalan sendiri...

Apa yang paling aku happy and enjoy sekali bila adik adik junior dorang ni (yang masih students and audience masa forum tu) rasa bersemangat dan nampak harapan masa depan selepas sesi forum ni...mungkin mendengar kata kata nasihat dan teguran daripada aku dan kawan2 lain tak sama dengan pengalaman yang dikongsi oleh orang yang rasa sendiri kedudukan yang sama dengan dorang.

Anak anak ensem kat atas nun sekarang ada syarikat sendiri dalam usia semuda 20 tahun...menjadi Pengurus syarikat sendiri...syarikat yang ada aset sendiri, pekerja sendiri...dorang jana pendapatan sendiri, uruskan kewangan syarikat dan gaji pekerja...mendapatkan tender...membuat kolaborasi...dan sekarang dorang ni menjadi partner aku dalam team keusahawanan...pelajar yang duduk sebaris dengan aku sekarang malah lebih daripada aku sebenarnya...pendapatan bersih dorang setiap bulan lebih daripada RM10k...tahniah anak anak...

Adakah Aku Sehebat Mereka???
Aku tak ada jawapan tu...apa yang aku tahu, aku nak jadi sehebat dorang bertiga...dan aku harap dalam doa dorang setiap hari ada sedikit titipan untuk aku...biarpun sebesar zarah untuk mendoakan aku terus jadi cikgu yang sabar berdepan dengan anak anak yang mungkin tidak nampak masa depan mereka suatu masa dulu...

Orait...jom layan mata tengok gambor sepanjang program yang aku jadi Floor Manager tu...hahahahaha...nak juga selit promo...


santek kan banner...comey
moderator forum Mr.Go (man of the match) - students favorite

audience - anak anak hebatku

semua yang terlibat

Okaylah korang...begitulah kisah anak anak yang membuat aku bangga menjadi seorang pendidik...mendidik anak anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran menuntut kesabaran yang tinggi dan sangat banyak kesabaran perlu dituai...tapi bila melihat hasil macam ni...aku tak akan pernah lelah jadi cikgu...

~it's me~

No comments:

Post a Comment

~korang de nak kata apa2~