~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, July 13, 2012

..:: Menanti Ramadhan ::..

~this weekend is my birthday yang ke 30...ooo dah masuk three series la~


assalamualaikum semua
selamat pagi Jumaat


okay tak payah comment cepat sangat...
aku pun tak pasti kenapa entry aku dimulakan dengan ingatan birthday aku (senyum sampai telinga)


lebih kurang seminggu lagi seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak...walaupun hakikatnya umat Islam yang dituntut menunaikan ibadah puasa sepertimana termaktub dalam Rukun Islam, tapi aku kira seluruh dunia tahu banyak kaum yang lain sama berpuasa untuk merasai nikmat puasa.
~teringat kawan-kawan zaman belajar dulu yang non muslim pun sama berpuasa~


Ramadhan tahun ni pastilah berlainan sekali buat aku...kalau tahun lalu ada 'dia' tahun ni tak ada...memanglah 3 tahun dulu ada masanya aku sensorang sebab 'dia' kerja malam...tapi selang beberapa hari akan ada 'dia'...kali ini 'dia' tak ada...memang tak ada...aku harap 'dia' sudi menjengah aku Ramadhan ni...sekadar melihat-lihat keadaan 'isterinya' yang selalu dia tinggalkan berseorangan dan memang telah dia tinggalkan.
~aku tetap mendoakan 'dia' kalaupun dia tidak menjengah aku kerana itu yang aku lakukan sekarang~


aku juga berharap Ramadhan ini akan lebih baik buat aku dan kehidupanku. Berdoa agar aku dapat meningkatkan amalan yang tak tertunai untuk Ramadhan2 yang lalu. Tahun lepas Ramadhan keluarga kami sedikit suram sebab emak masa tu tak sihat...'dia' pun kerap sakit dan kami berulang ke hospital berulang kali sepanjang Ramadhan. Hospital dan klinik panel telah menjadi rumah kedua kami sepanjang Ramadhan lepas...entah sejauh mana kemampuan aku melalui Ramadhan kali ini...aku berharap aku kuat dan kuat untuk lalui semuanya dan memulakan sesuatu yang baru.
~yang baru kita masuk paragraph bawah~


Ramadhan tahun ni juga aku harapkan menjadi landasan terbaik buat aku dengan kehidupan baru aku...aku tak meletakkan apa-apa harapan yang besar tapi biarlah aku selimutkan dengan doa supaya Ramadhan ini menjadi titik permulaan yang baik buat aku dan Encik Sayang aku...tak semudah itu memulakan sesuatu yang baru tapi aku perlu bangun dan berdiri...aku berlu bertatih dan berlari...setakat ini Alhamdulillah laluan itu sedang terpandu dan aku berharap ianya bertahan sehingga hujung nyawa...
~relaxlah korang tak payah emo sangat...insyaAllah berkat doa semua dan keredhaan Allah Encik Sayang aku akan muncul juga satu hari nanti...amiiiinnnnn~


apa lagi yang mampu kita ungkapkan sebagai hambaNya kerana seluruh 'alam telah maklum dengan keajaiban bulan Ramadhan Al Mubarak yang dipenuhi seribu barakah dan keredhaan Allah...sebagaimana kita membuat persiapan menunggu Syawal, begitulah seharusnya kita membentang waktu dan masa yang lebih untuk menanti Ramadhan yang sudah hampir benar dengan kita...seharusnya kita telah buka pintu hati kita untuk menjemput semangat Ramadhan...semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam menjalani ibadah puasa kali ini...


~it's me~

1 comment:

  1. rasanya setiap kali ramadan akan membawa cerita baru . selamat menyambut ramadan.

    ReplyDelete

~korang de nak kata apa2~