~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Tuesday, April 7, 2015

..:: #BloggerTalk : Great Five From RedGiant ::..



Assalamualaikum

~tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat bermain...kalau main jangan lari2 nanti jatuh sakit...wakakakaka~
~hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri...yang baik tetap negeri sendiri...tapi kat negeri sendiri dah lama tak hujan...kikikiki~

maaf klu tak klakor...

Helloooo my luvly followers...sorry eksaited nak post entri lupa nak tegur u ols...
Bloggers...especially #sahabatblogger and very2 special geng #groupwassupsahabatblogger...
Blogwalkers...and everybody yang terenter link ni...

#BloggerTalk edisi kali ni memang gempak...nak vote saje dah sampai 14 inline...tapi akhirnya topik #8 menjadi pilihan...kisahnye korang baca kat tajuk entri aku atas nun...so aku pilih RedGiant sebab aku anak jati Selangor IC -10- :-) aku tahu Negeri Selangor mencatat bacaan kes denggi tertinggi dan masalah bekalan air yang meruncing...itu memang sangat tak menarik...so apa yang menarik???
JOM CEKEDOUT!!!


TEMPAT BERSEJARAH
...ada banyak tempat bersejarah kat Selangor ni...aku share sikit yang aku tahu...ni memang aku tahu betul2 bukan belas ihsan kasihan atuk google...

1. Jugra, Banting.
Jugra atau Kampung Bandar antara pusat pemerintahan awal kerajaan negeri selangor...ada banyak monumen tinggalan sejarah yang boleh kita p melawat lawat sambil belajar...de setengah2 tu dah dibina semula dipulihara dan ada setengah2 dibiarkan dalam penjagaan rapi...kat area Jugra ni antara yang glemer Istana Bandar, Rumah Api Bukit Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, Balai Polis dan Penjara Lama....banyak lagi la...Istana Bandar tu pernah digunakan masa pengambaran filem Puteri Gunung Ledang...tapi bahagian depan je yang masuk filem...Balai dan Penjara lama pun dah dijadikan Muzium...rumah api Bukit Jugra antara yang terkenal dan glemeres sesangat skang ni...selain digezetkan antara tempat mencerap anak bulan, puncaknya juga menjadi tumpuan untuk peminat sukan udara paragliding (nanti aku story banyak sket pasal paragliding)
Istana Bandar Selepas Pemuliharaan


Istana Bandar Sebelum Proses Pulihara


Balai Polis Penjara Lama

Muzium INSITU

Pintu Gerbang Ke Makam Sultan Abdul Samad
Makam Sultan Abdul Samad
2. Bukit Melawati, Kuala Selangor
ni area yang rare dan de sentimental value...masa aku form three, ni la projek Sejarah aku...gagah panjat bukit melawati tu wooo!!! masa tu xde ketapi cm skang ni...bestla kat situ...de Meriam Lama, Batu Hampar, Telaga, Tangga Seribu and de juga serpihan batu yang menurut orang tua-tua kat situ itu sebahagian daripada kapal yang dinaiki Hang Tuah...katanya la...tangga tu plak katanya temu ujungnya kat melaka...de plak storynye kata boleh naik ke Gunung Ledang...macam2...entohle kesahihan tu tidak dapat dibuktikan...tapi skang kawasan tu dah dimajukan...and dah ada Muzium Sejarah Kuala Selangor...


Bukit Malawati Kuala Selangor


Sekolahku yang terchenta (1995-1997)
Banyak lagi tempat2 menarik dan bersejarah cuma kena la menggodek-godek location.

LUBUK MAKANAN
...klu pasal makan ni memang tak dapat dinafikan lagi...dari utara Selangor di sempadan Perak-Selangor sampai ke selatan merah kuning di sempadan Selangor-Negeri Sembilan...korang takkan kebulur klu datang ke Selangor...atau tersesat jalan ke...atau wave mabuk ke...

1. Utara
Kalau masuk Selangor melalui Teluk Intan, korang akan rentas Sungai Besar, Sabak Bernam, Sekinchan, Pantai Remis, Tanjong Karang, Kuala Selangor sebelum korang masuk area bandar besar cam Shah Alam dan lain-lain...kat area sini yang glemer ikan bakar, mee udang...klu seafood tu korang bleh singgah makan kat kedai2 makan seafood ataupun bleh ke tongkah atau kelong...p mengail sendiri...p mancing sendiri...hahahaha...aku memang x ingatla nama-nama kedai tapi tak mengecewakanla...ada mee udang nala sedap...korang masuk je kat Pantai Remis banyak kedai2 makan kat situ...klu kat Tanjong Karang plak ada kedai sate size XXL...memang puas makan...lembut sedap...kedai tu dekat dengan Hospital Tanjong Karang...janganlah order sate dia macam korang order sate kedai biase 20 atau 30 cucuk untuk 1 family...10 cucuk pn berbaloi2...


Mee Udang Pantai Remis, Jeram
Satay XXL, Tanjong Karang
2. Tengah
Turun ke area tengah Shah Alam, Petaling Jaya, Klang banyak makanan yang di bawa dari luar...restoran2 jenis haptudet sbb kat sini dah banyak pembangunan...mungkin makanannya biase juga jumpa kat tempat lain...tapi aku dgn family klu turun Shah Alam wajib p makan kat Seksyen 11 Nasi Ayam...mabeles...sedap...kalau kat Klang makan rojak berhampiran dengan Hotel Gold Cost...tapi xtau la skang ada lagi ke tidak...





Nasi Ayam Seksyen 11
3. Selatan
Belah2 bawah ni dah masuk semula area kampung...and makanan banyak dipengaruhi oleh masakan drpd jenis masakan tradisional...mai turun area orang jawa belah Sijangkang, Telok Panglima Garang, Banting...korang akan jupe nasi ambeng original...sedap dan boleh mimpi...kahkahkah...ada juga pengaruh makanan minang kat area2 selatan ni...dan ada sesetengah kedai masakannya dipengaruhi oleh negeri asal owner...de kedai masakan pantai timur macam nasi dagang, nasi kerabu...de gak kedai yang sediakan menu masakan Johor macam asam pedas...kalau menghala ke Dengkil yang terhangat di pasaran cendol bakar...aku tak penah rase...kuikuikui...sebab aku rasa cendol Banting lagi hebat!!!terbaek bak hang...and de satu restoran burger terhebat abad ini kat area Sijangkang...






Senang kata jangan risaula pasal makan kalau korang sampai ke Selangor ni.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
...Selangor juga ada tempat-tempat menarik untuk dilawati...dan boleh dikatakan saban minggu lokasi ni sentiasa penuh dengan pengunjung...

1. Pantai
aku pun baru perasaan banyak juga pantai boleh dilawati kat Selangor ni...yang terdekat dengan aku Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Bagan Lalang...aktiviti keluarga dan sukan pantai pun banyak dianjurkan kat sekitar pantai ni...pesta pantai, program forum perdana, sukan pantai dan macam-macam lagi lah...





2. Taman Tema
selain tepi pantai taman tema dan rekreasi air pun tumbuh bagai cendawan lepas hujan...waaahhhh ayat Bahasa Melayu A1 sangat...yang tengah glamz skang ni Gold Coast Morib dan Gold Coast Sepang...selain penginapan dengan pemandangan pantai yang menarik, de juga pusat permainan keluarga...harga pun berpatutan...bleh bawa anak2 dan keluarga...detim2 tak sah xmo hokeh!!!


Gol Coast Morib
Gold Coast Morib Theme Park


3. Taman Alam
Ini antara satu lagi yang best tentang Selangor ada tempat tempat berunsur alam yang boleh dilawati dan juga dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah keluarga...contohnya macam Kelip-kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor, Taman Cahaya Seri Alam Shah Alam, Taman Botani Negara Shah Alam...tempat2 ni best untuk dilawati...bawa family or pergi dengan kawan2...bleh cycling, amik gambor...





Kelip kelip Kampung Kuantan


itu yang menarikla untuk aku kongsi...selain tu ada lagi macam Zoo Negara, Taman Rama-rama, KLIA, Litar Sepang...dan banyak lagi...

PUSAT PENDIDIKAN
...few years ago, kerajaan negeri selangor de mewar-warkan untuk menjadikan Selangor ni hub pendidikan negara sebab banyak pusat pendidikan di sekitar Selangor tak kira sekolah, kolej, universiti dan sebagainya...selain tu, pusat pentadbiran pun berdekatan...

1. Konvensional
ni antara pilihan pendidikan yang biasa...sama macam kat tempat lain...sekolah2 atau kolej2 atau universiti yang menawarkan kursus dari aliran konvensional...

2. Pendidikan Agama
kalau dulu, masjid2 atau surau dijadikan pusat perkembangan pendidikan keagamaan...skang ni beberapa buah sekolah dan pusat pendidikan aliran agama telah diiktiraf di negeri Selangor...ada antaranya yang tidak dikenali pun tapi bagi aku as anak Selangor aku bangga sebab sekolah2 atau Maahad Tahfiz ni mendapat sambutan dan perhatian dari segenap lapisan masyarakat seluruh negara...antaranya MITIB (Maktab Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar) dan Maahad Ihya' Al Ahmadi di Sungai Kelambu...selain tu banyak sekolah-sekolah yang diserapkan aliran agama sejak peringkat rendah lagi...malah terdapat juga individu yang secara persendirian membangunkan sekolah-sekolah berteraskan agama...





3. Pendidikan Tinggi
sekitar selangor ni pun boleh tahan juga perkembangan pendidikan tinggi...apatah lagi kebanyakan sekolah teknik dan vokasional dah dinaiktaraf kepada kolej vokasional...satunya aku rasa sebab berada dekat dengan pusat bandar dan pusat pentadbiran negara...tapi aku sendiri sekolah dan belajar merata luar Selangor...kahkahkah...


Kenangan Terindah (1998-1999)

Tempat Kerja Aku Skang

AMAZING RED GIANT
...nombor lima ni cam gempak tak??? hehe...memula aku nak letak 'pelik tapi benar' tapi macam tak kena plak dengan isi cerita...so aku tukar jadikan 'Amazing Red Giant'...jangan tak percaya dengan isinya...ini kenyataan bukan cobaan...few things and facts yang mungkin ada orang Selangor sendiri tak sedar...

1. Ladang Teh Tanah Pamah Terbesar Di Asia
kat Selangor ni satu-satunya tempat yang ada Ladang Teh Boh Tanah Pamah terbesar di Asia...biasanya ladang teh di kawasan bukit atau tanah tinggi tapi yang ni seriyes kat tanah pamah...terletak di Bukit Cheeding tapi hakikatnya tak ada bukit pun...





2. Ladang Kelapa Sawit Atas Pulau Terbesar Di Asia Tenggara
ni pun memang sangat rare...satu-satunya Ladang Kelapa Sawit atas pulau yang terbesar di Asia Tenggara...terletak di Pulau Carey...dulunya di bawah pengelolaan Golden Hope (M) Bhd...tapi skang dah di bawah Sime Darby...and yang best lagi kawasan Pulau Carey ni dah dibangunkan dengan cantik sekali siap ada tempat untuk percutian keluarga...

3. Tandem Paragliding
okay series aku tak pernah join sukan ni...and aku rasa gayat plak bila tengok orang yang diterbangkan oleh payung paragliding tu...huhu...basically aktiviti paragliding ni incharge by Persatuan luncur Udara Malaysia yang telah berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia...baru baru ni pun ada penganjuran tandem paragliding asia kat situ...



Siap Bleh Wefie Lagi

4. Agensi Angkasa Negara
tetiba teringat plak kat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha...erk?! hahaha...ok ini kisah benar dan betul...di Selangor terletaknya Agensi Angkasa Negara...to be more spesifik letaknya kat Banting...okay kampung aku...hahaha...selain jadi pusat perhimpunan angkasawan dan saintis angkasa, klu de fenomena gerhana bulan ke gerhana matahari ke atau2 apa2 sajelah yang senagkatan...penduduk kampung boleh masuk tengok...masa tu memang homestay dan kedai makan sesak dengan pengunjung reporter dan rakyat Malaysia sekaliannya...



Sesaja Je Ni

Aku rasa itu je dulu buat masa ni...semua yang aku share tu yang memang aku tahu dan certain part aku lalui sendiri...hopefully boleh menarik orang ramai datang ke negeri tanah tumpahnya darah aku yang berjenis A+ okay tak lawak!!! Aku rasa banyak daripada yang aku share ni dekat dengan kampung halaman aku Banting...my homtown yow!!!

*Semua picts ihsan kasih sayang atuk Google

Till then enjoy exploring Malaysia...semoga jumpa lagi...

~it's me~

10 comments:

  1. Ladang teh tu bukan kt tanah tinggi? Baru tau ade kt tanah datar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ini siyes...nama je Bukit Cheeding tp xde bukit pon...

      Delete
  2. Menarik..hehe..tahun lepas ima pernah duduk selangor.tak sempat pun kenal mana-mana tempat kat sana..masa tak mengizinkan nak round selangor.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ima duk kat area mana?klu kenal bleh bawa akk bwa p jln2...

      Delete
  3. Paragliding tu nampak best lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha memang best sangat Syaf tapi akk gayat tengok...hehe...

      Delete
  4. Best tengok gambar2 akak share... bc lagi teruja nak pergi... xsmpai lagi kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la CikAsh...bwa family...klu nak mai bgtau...

      Delete
  5. Hahahha.. Detim2 ngancyang sah.. Cam ingat je words sape tu... Hehehehe.. Hakaaakkkk.. Bestnye facts story akak ni.. Teruja nak ke selangor. Even 6 years dulu kt selangor UiTM never know all this places.Terutamanya the rare part tu.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la...sekali sekala bawa family...kat sini banyak homestay...nk dtg bgtau...nti klu akk ke BP akk bgtau pejal plak

      Delete

~korang de nak kata apa2~