~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Friday, April 17, 2015

..:: Ulasan Buku : Anda Berhak Hebat ::..

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat...esok cuti!!! Hoyeah!!!

Semoga Allah memberkati kita semua followers yang disayangi...keluarga besar bloggers...blogwalkers...members #groupswassupsahabatblogger...and semua umat manusia...

So as usual Jumaat hari nak review buku...ekceli baru start 2 minggu lepas kan kan kan...buku nak review arini ialah...jeng jeng jeng...

buku ni abah yang bagi...tq abah...along sayang abah...

Tengok kata-kata pujangga depan buku pun dah terbakor ati...kihkihkih...so, apa cer buku ni...ekceli memula dapat macam tak berapa berminat nak baca...tapi as i said, aku ni positif semedang...tangan gatal ni pun belek2...mana taknye otak ni asik paksa paksa...bacalah...bacalah...dan terjumpa part depan sekali...terus 'termula' baca...series susunan penulisan buku ni berjaya...

the motivation started here
Part ini yang akan kita jumpa memula sekali sebelum perkara-perkara lain dalam buku ni...bayangkanlah pandangan positif tentang buku ni...siap mention lagi "patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya orang Melayu.." maka aku yang memang Melayu ni rasa bersemangat nak tahu kenapa dan kenapa dan kenapa...seriusly memang best...

isi kandungan buku simple and easy to go

Pada aku isi buku ni memang padat tapi tak sarat...maksud aku xde begitu berbunga2 pujangga dengan kosa kata dewan bahasa dan pustaka sangat tapi padat dengan isi-isi nasihat dan motivasi...bahasa yang digunakan penulis pun senang faham...and yang menarik lagi ada disertakan quotes dari pelbagai lapisan tokoh dunia...quotes yang mudah difahami dan sesuai dengan setiap situasi...

Antara banyak-banyak bab dalam buku ni aku suka nombor 3 dan 4...dua-dua tu related...exactly Keputusan Anda Adalah Destini...apa yang kita pilih itulah yang menjadi tujuan kita nanti...kadang2 susah membuat keputusan...sebab kita kena fikir banyak perkara...dan kadang2 bila kita ada keputusan kena pula fikir banyak faktor lain...daripada buku ni penulis share tentang apa kaedah yang boleh kita gunakan untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan.

Aku suka bila penulis mengingatkan masa depan itu hak kita...kita kena tahu keputusan yang terbaik untuk kita...dan keputusan tu bukan untuk sekarang tetapi untuk masa depan...sebab yang nak buat tu kita...

best gak ada panduan cenggini

Secara keseluruhannya buku ni memang sangat positif...sangat memberikan motivasi kat aku...kadang2 bila aku macam ketandusan dan kebuntuan aku selak buku ni...hahaha...cari ilham...aku sarankan klu sesiapa yang rase terlalu kekurangan semangat atau asik negatif je dalam sesuatu perkara wajib miliki buku ni...percayalah...penulis berjaya menyuntik keyakinan bertepatan dengan tajuk penulisannya 'Anda Berhak Hebat!'

percaya diri...antara nasihat bukan dari individu sembarangan

harapan penulis...untuk kita...

kena tahu...dan kena cari...apa dimana dan bagaimana menjadi hebat...
~kehebatan itu datang dari dalam diri kita...buku ni takkan menjadikan kita hebat...buku ni cuma boleh meyakinkan kita bahawa kita mempunyai hak untuk hebat...kalau kita ada matlamat dan impian tapi tak ada keyakinan, aku sarankan buku ni...tapi kalau kita tak ada keyakinan, tak ada impian dan tak ada matlamat...aku sarankan Al-Quran...sebab Al_quran membuka mata hati...lepastu baru kita topup sket dengan buku ni sebab buku ni tongkat je...~

Tuhan
Jangan biarkan hati ini mati dengan ujian
Jangan biarkan jiwa ini mati dengan dugaan

Tuhan
Jangan jadikan jiwa ini besar dengan pujian
Jangan jadikan hati ini teguh dengan kebanggan

Kukuhkan hatiku kerana Quran dan sunnahMu Ya Allah
Kuatkan semangatku kerana cendikiawan pilihanMu Ya Rabb

Kau memberi ilham sebagai panduan
Kau memberi ganjaran atas kesabaran

#sayasayangencikazid
#iamZaraAqeela

~it's me~

5 comments:

  1. Best.. The best from the best part is.. Kaya bukan kaya harta tapi kaya hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup exactly...kalau hati kita dah miskin susah...

      Delete
    2. tipu la papa.. ko xbaca entry ni lepas tu sbok nak komen best.hmmm

      Delete

~korang de nak kata apa2~