~ni la aku~

My photo
sweet to look... simple to know... smart to stand...

~lain-lain~

Thursday, April 16, 2015

..:: Suara Dari Kubur ::..

Assalamualaikum...

Morning semua my beloved followers...bloggers...blogwalkers and sesiapa yang terjumpa blog ni...

~rezeki itu milik Allah...Dia berhak menentukan dan mengagihkan...Dia yang berhak untuk memilih siapa yang memerlukan dan bila diperlukan...kalau rezeki itu bukan untuk kita di sini, mungkin rezeki itu Dia tetapkan untuk kita di sana~

Tajuk entri post kali ini macam mistik tak? scary tak? scary tak? kikiki...tak payah scary sangatlah...ekceli ini tajuk buku yang aku baca masa umur aku 14 tahun...hampir 20 tahun dulu...tapi isinya memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku...cerita dalam buku ni banyak sangat tapi cerita tentang rezeki tu yang banyak aku pegang...sebab kadang2 kita ni (aku sendirilah terutamanya) selalu lupa makna rezeki itu terlalu luas...bukan setakat wang dan makanan...

Okay aku cerita dulu mana aku dapat buku ni...ekceli buku ni aku tak tahu sape punya...masa kat hostel dulu kami de sebuah bilik buku...bilik tu menempatkan semua buku2 milik penghuni asrama sbb kitorang tak boleh bawa naik buku banyak2 dalam dorm...rak buku kitorang 3 ke 4 tingkat cenggitu...and setiap pejar dapat ruang kecik je lebih kurang sebesar kotak saiz A4..pepandailah korang susun...that is hostel life...sweet...tempat buku aku tingkat kedua daripada bawah...satu hari aku balik hostel tengahari nak amik buku utk kelas preparation (kat hostel kitorang panggil prep class) tiba2 de buku tu...buku tu comel je...kulit pun tak tebal mana...saiz lebih kecik daripada tab 7" tau...1st sight aku ignore and letak kat tingkat atas sbb aku yakin benor itu buku orang atas...then terus pergi prep...tapi palotak aku asik teringat2 buku tu...sampailah ke malam baru masuk semula bilik buku untuk simpan buku and ready buku esok...and Suara Dari Kubur tu ada lagi kat tempat aku...okay, aku biar je and cakap dalam ati klu esok de lagi aku baca...dipendekkan citer buku tu de kat situ...okay aku amik dan baca...

What is Suara Dari Kubur all about?
Too many...aku ni positif pasal penulisan...mungkin sebab aku jenis mudah separated data...ambil yang positif dan ketepikan yang negatif...perjalanan cerita buku ni kalau tak silap pengkisahan bicara orang yang telah mati dan berada di dalam kubur...kalau tak silap aku penulis bercerita tentang mimpi ke atau kisah dia dalam koma...pelbagai kisah yang dikongsi tapi yang betul2 'menampor' hati aku ialah tentang rezeki...

"sebagai orang Islam dan percayakan Allah...beriman dan percaya pada rukun yang dijadikan panduan, percayalah rezeki Allah itu ada untuk setiap hambaNya...kalau rezeki itu Allah tak bagi di dunia, bermakna Dia dah sediakan untuk kita di akhirat..." itu kesimpulan daripada cerita tentang rezeki.

Apa Suara Dari Kubur cerita tentang rezeki sampai jumpa kesimpulan tu?
Too many...persoalan tentang keimanan yang merudum kerana usaha doa dan tawakal yang tidak berjawab...persoalan tentang kemarahan dan keegoan yang menggunung kerana tercabar dengan suruhan dan ajaran...

"aku mengerjakan solat, mengaji, bertanggungjawab dan berusaha mencari rezeki tapi kenapa masih di takuk ini?"

"aku orang Islam...beriman kepada Allah...menunaikan zakat...tapi kenapa masih bangsa lain yang mendapat limpahan kekayaan dan kemenangan dalam setiap perjuangan kerjaya dan kehidupan (bangsa lain tu tak perlulah aku tuliskan ye)"

"nabi kata Allah tu sebaik-baik tempat meminta tapi kenapa aku minta tak dapat?"

persoalan-persoalan yang selalu wujud dalam kepala kita kan? aku tak pasti orang lain tapi aku pernah...tapi Suara Dari Kubur itu meyakinkan aku tentang kuasa Allah sebagai penyebar rezeki...membuka mata hati aku tentang makna sebenar Allahuakbar...kalimah yang aku sebut setiap kali mengangkat takbir untuk setiap solat...Suara Dari Kubur berjaya memujuk aku kemewahan duniawi bukan jaminan kesenangan dan kebahagiaan akhirat nanti...sesiapa yang mendapat segalanya di dunia belum tentu mendapat segalanya di akhirat...namun segalanya atas kekuasaan Dia...

selepas habis meneroka Suara Dari Kubur, aku letakkan semula di tempat selalu aku jumpa dia...esoknya tak muncul lagi...tapi ingatan itu meresap dalam minda dan mata hati aku...

semalam aku solat sebab tuntutan agama aku...rukun Islam yang aku perlu patuhi
hari ini aku solat sebab aku nak Allah kenal aku...
semalam aku berusaha untuk menjadi pandai dengan membuka buku pelajaran
hari ini aku berusaha untuk menjadi pandai dengan mendapatkan keberkatan daripada mak abah dan cikgu2
semalam aku percaya kalau belajar bersungguh2 akan dapat result bagus sebab Allah bagi ganjaran pada yang berusaha
hari ini aku percaya kalau belajar bersungguh2 mungkin Allah akan uji denga kegagalan tapi Allah bagi ganjaran berkat kesabaran

aku pegang segala yang baik yang aku dapat ketika 'menjelajah' bersama Suara Dari Kubur...bermula dari hari itu hingga ke detik ini...sepanjang kehidupan aku skang selalu orang kata kat aku

"Akma ni baik sangat"
"Akma berani menyuarakan pendapat"
"Akma memang macam tu selamba je kalau nak sound boss"
"Kau ni berani betul"
"Puan garang tapi baik hati"
"Rajin buat kerja...tak kisah pun nak menolong orang"
*korang bleh tengok semula kat Apa Orang Kata Pasal Aku sebab <<< ni orang cakap...

masa arwah pergi meninggalkan aku dulu...aku sebenarnya dah dapat rasa perkahwinan aku akan kandas...aku akan terpisah dengan dia...dan pada malam makcik dia bagitahu dia dah tak ada...aku tenang je sampaikan kat mak abah...aku menangis selepas seminggu dia pergi...sebab hati aku dah dipujuk tentang keredhaan...and dia tak pernah muncul dalam mimpi aku...never...never ever since he left...aku percaya Allah betul betul mendengar dan menerima bicara hati aku masa dia pergi...sebelum jenazah diangkat ke tanah perkuburan aku bisikkan pada dia...pergilah abang...sayang ampunkan semua dosa abang, sayang dah halalkan segala yang terlebih dan terkurang sepanjang perkahwinan kita, sayang redha...harap abang pun sama...dan itulah terakhir kali melihat wajah dia...

dalam kerja pun sama...klu korang kerja gomen korang tahu stp tahun akan dinilai dengan markah prestasi...should be markah par 85%...tapi dah dua tahun berturut aku dapat bawah dari markah itu...kawan2 dah bising (bagi pihak aku) kenapa aku dapat markah rendah sedangkan aku melepasi segala KPI wajib...aku join dan moderate banyak aktiviti...tapi aku malas nak amik port...sebab hati aku dah diberi makan kesabaran...aku lebih teruja nak kejar yang kat sana nanti...

terima kasih Suara Dari Kubur yang sering jatuh di atas timbunan buku2 aku...kerana Suara Dari Kubur aku sentiasa redha tidak cemerlang dalam akademik...kerana Suara Dari Kubur aku selalu tenang dengan kekalutan menjaga emak masa makm sakit...dun worry mak along tahu mak sayang along...

sebab Suara Dari Kubur aku selalu percaya nilai matawang turun dan naik sekadar mainan ujian Allah...aku bukan tak terkesan dengan kenaikan harga minyak atau barang2...aku bukan tak terkesan dengan isu GST yang menggegar otak dan kehidupan rakyat...tapi aku lebih suka mengambil laluan positif untuk melengkapkan diri...andai masih tersungkur, setidak tidaknya aku telah berusaha mengikut kemampuan aku...

korang diluar sana baik lelaki mahupun perempuan, bersyukurlah dengan kehidupan terutamanya pasangan masing-masing...Suara Dari Kubur telah memberikan aku kepercayaan pada qada' dan qadr Allah...

maaf atas entri yang terlalu panjang...aku sekadar berkongsi dari mana aku punya kekuatan...
sehingga kini aku percaya Allah yang mengilhamkan Suara Dari Kubur aku temui dan mendapatkan sedikit ilmu di situ...

Allah Ya Rabb
Terima kasih untuk MalaikatMu yang selalu bersamaku

#sayasayangencikazid
#AlFatihahbuatarwahsuamiku

~it's me~

6 comments:

  1. Terkedu.. Akak... Inspired gileee... Nk kne tmbh kesabaran ni... Kekadang klu sale tak de. Slalu merungut.. Tq akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. just sharing faizal...akk hrap stp yg akk share akn beri manfaat utk semua...bleh buat bekalan kat sana kan...

      Delete
  2. memang buku suara dari kubur sangat eksklusive dan best untuk dibaca. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup really...kisah tom pun best jugak ahaks...

      Delete
  3. Best entri ni kak. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tp xjupe dh buku tu...mmg Allah nak bg time tu je...

      Delete

~korang de nak kata apa2~